Hukum Adat VS Hukum Akal
Adat kata api sifatnya wajib panas membakar.
Akal kata api boleh/harus bersifat panas membakar dan boleh/harus bersifat sejuk yang membeku.
Betapa pentingnya memahami hukum akal dan hukum adat dalam displin ilmu Akidah/Usuluddin. Ianya membantu memantapkan Akidah kita, insya Allah.
Dalilnya ada dalam ayat Al-Quran cerita tentang Nabi Ibrahim. Ulama membahaskan ayat Al-Quran tentang Nabi Ibrahim hendak dibakar ini:
Semasa api hendak membakar Nabi Ibrahim, Allah Ta'ala perintahkan api supaya sejuk semasa peristiwa Nabi Ibrahim hendak dibakar, maka semua api dalam dunia ini sejuk sampai tahap maksimum. Kemudian Allah Ta'ala perintah lagi, api yang hendak membakar Nabi Ibrahim sahaja sejuk, maka api lain di dunia panas kembali, hanya api yang hendak membakar Nabi Ibrahim sahaja sejuk. Kemudian Allah Ta'ala perintah lagi api tersebut dengan perintah sejuk yang sejahtera. Jika Allah Ta'ala tidak perintah dengan perintah sejuk yang sejahtera, nescaya Nabi Ibrahim akan beku dan mati dalam kesejukan api.
Allahuakbar. Betapa taatnya api kepada Allah Ta'ala. Bagaimana taat kita kepada Allah Ta'ala?
Perbahasan ini juga menjadi dalil hebat dan tingginya ilmu para ulama silam. Betapa hebat dan dekatnya hubungan mereka dengan Allah Ta'ala.
Sama-samalah kita berusaha mendalami ilmu-ilmu Islam yang telah diwariskan kepada kita melalui para ulama. 3 prinsip ilmu yang wajib kita tambah nilai ialah Ilmu Akidah/Usuluddin (Iman), Fekah(Islam) dan Tasawuf/Akhlak (Ihsan). Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment