*๐☘NOTA TASAWWUF☘๐*
By : Ustaz Abdul Basit MCR©
Admin M'sia Cinta Rasul®
Cinta Rasul Community®
๐☘๐☘๐☘๐☘๐
Di zaman Khalifah Al-Ma'mun bin Harun al-Rashid kecil, beliau sering dipukul oleh gurunya dengan tongkat tanpa sebarang sebab dan setiap kali beliau bertanya apa salahnya, gurunya mengherdik : "diam", tanpa memberi sebarang jawapan.
Setelah berlalu dua puluh tahun, beliau kemudiannya dilantik sebagai khalifah. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah memanggil gurunya dahulu dan bertanyakan apakah sebabnya ketika beliau kecil dahulu beliau sering dipukul.
Maka gurunya bertanya :
"Kau masih belum lupa?"
Khalifah al-Ma'mun berkata : "Demi Allah! Aku masih ingat".
Jawab gurunya :
"Aku lakukan itu semua agar engkau ingat bahawa orang yang dizalimi tidak akan lupa dia pernah dizalimi. Oleh itu jangan kamu berlaku zalim kepada sesiapapun kerana kezaliman itu ibarat api yang tidak akan terpadam dalam hati orang yang dizalimi walau bertahun-tahun masa berlalu."
_Ustaz Dr. Nik Roskiman_
No comments:
Post a Comment