Tuesday, 14 February 2017

Tasawuf

*🔱ULANGKAJI TASAWWUF🔱*
*🚹🚺Tasawwuf Tadika🚸*
➰🔥➰👹💔👹➰🔥➰
🔄Bimbingan Khusus Buat *Ahli Tarekat* Yang Masih Gagal *MENTASAWWUF AKHLAK HATI.*
➰🔥➰👹💔👹➰🔥➰

🔱B i s m i l l a h
Kata *Imam Malik r.a* رضي الله عه :

_"Fiqh tanpa Tasawwuf adalah Fasiq. Tasawwuf tanpa Fiqh adalah zindiq. Menghimpun antara keduanya itu yang haq"_

Kata-kata ini telah disepakati oleh seluruh _Ulama Arifin_ walaupun dengan makna yang berbeza-beza tetapi membawa kepada maksud yang sama.
Iaitu wajib menghimpunkan kedua-dua Fiqh dan Tasawwuf.  

Mengamalkan Fiqh semata-mata *tanpa disertai Tasawwuf* membawa seseorang kepada menjadi Fasiq. Wal Iyazubillah.

*Berkata Imam Ghazali :*
  رضي الله عه :

_“Sedangkan ilmu tentang qalbu dan mengenal *penyakitnya,* berupa *iri hati, dengki, ujub, dan riya’* serta semisalnya “Adalah Fardlu ‘Ain”._

*Syeikh Alaudiin Abidin* dalam _Al-Hadiyyatul ‘Alaiyah,_ mengatakan,

_“Sudah jelas nash-nash syariah, dan Ijma’ Ulama, atas *haramnya DENGKI dan PENGHINAAN* terhadap sesama muslim, serta hasrat *kebencian* terhadap mereka. Begitu pula *haram, takabur, ujub, riya’ dan munafiq,* serta sejumlah hal-hal *kotor* dalam hati, bahkan pendengaran, mata dan hati kelak akan dimintai pertanggungjawaban, hal-hal yang pada dasarnya di bawah ikhtiar manusia."_


*Ibnu Abidin* dalam catatannya :

“Mengenal tentang sifat Ikhlas, *Ujub, Riya’, Dengki,* adalah fardlu ‘ain, begitu juga mengenal *penyakit-penyakit jiwa* seperti *sombong,  dendam, menipu, marah, membuat permusuhan, dendam, tamak, bakhil, boros,  pengkhianatan dan wah-wahan, SOMBONG TERHADAP KEBENARAN, pengkhianatan, keras hati* dan panjang angan-angan, dan sebagainya merupakan *"penyakit hati" yang dibedah sedalamnya* dalam seperempat kitab bab perilaku yang menghancurkan, oleh *Al-Ghazaly dalam kitab Al-Ihya’* disebutkan, “Sudah tidak ada alasan lagi untuk menolak, seharusnya siapa pun *mempelajari penyakit-penyakit itu sebagai kewajipan.”* (Hasyiyah Ibnu Abidin)

Terlalu banyak lagi kata-kata Ulama Mu'tabar yang semunya menunjukkan akan *kewajipannya mengamalkan Tasawwuf pada AKHLAK JASAD dan AKHLAK HATI dan larangan meninggalkannya.*

*Edited By : PMS®Nusantara 2017*

No comments:

Post a Comment