Saturday, 4 February 2017

Sifat

" Maksiat yang melahirkan sikap hina di hadapan Allah itu lebih baik daripada ketaatan kepada Allah yang melahirkan sikap merasa mulia dan sombong. "

Sebesar apa pun kemaksiatan dan dosa seseorang, jika memasuki pintu taubat, Allah tetap menyambutnya dengan Pintu keampunan yang agung, bahkan dengan kegembiraannya yang Maha dahsyat kepadamu. Kerana sebesar langit dan bumi ini, jika anda penuhi dengan dosa-dosa anda, didarab lagi dengan lipatan jumlah penghuni planet ini, kelipatan dosa itu, sesungguhnya keampunan Allah masih lebih besar dan lebih agung lagi. Oleh sebab itu Ibnu Athaillah membesarkan hati orang yang telah berbuat dosa agar tidak putus asa terhadap keampunan Allah, bahkan orang yang berdosa namun bertaubat dengan penuh rasa hina dihadapan Allah itu dinilai lebih baik, berbanding orang yang ahli ibadah yang merasa hebat, merasa suci, merasa paling mulia dan merasa sombong dengan ibadahnya. Mengapa ? Kerana ada dosa yang lebih tinggi lagi berbanding maksiat, iaitu dosanya orang takjub atau kagum pada diri sendiri.

Bahkan Rasulullah saw. bersabda :

" Jikalau kalian tak pernah berbuat dosa, nescaya yang paling saya takutkan pada kalian adalah yang lebih dahsyat lagi, iaitu 'ujub ( kagum pada diri sendiri ). "

Walaupun betapa banyak orang yang dulunya ahli maksiat lalu diangkat darjatnya menjadi manusia mulia di hadapan Allah Taala. Begitu juga banyak ahli ibadah tetapi berakhir hina di hadapan-gara-gara ia sombong dan merasa lebih dibanding yang lain. Orang yang amar makruf nahi mungkar, apakah ia aktivis muslim, da'I, ustadz, kyai, ulama ', muballigh, ketika mereka menyeru amar makruf nahi mungkar, lantas dirinya merasa lebih baik daripada yang lain, adalah wujud kesombongan yang hina pada dirinya. Dibanding orang awam yang bertaubat, pelacur yang bertaubat, pencuri yang bertaubat dengan kerendahan jiwa di hadapan Allah, mereka yang merasa paling Islami itu justru menjadi paling hina, jika ia tidak segera bertaubat.

Nabi Adam a.s, mendapatkan kemuliaan luar biasa sebagai Nabi, Rasul, Khalifah, Abul Basyar, justru ketika sudah turun di muka bumi, kerana tindak dosanya di syurga. Namun Nabi Adam bertaubat dalam remuk redam jiwanya dan hina hatinya di hadapan Allah, justru Allah mengangkat dan menyempurnakan ma'rifatnya ketika di dunia, bukan ketika di syurga dulu. Nabi Adam a.s, menjadi Insan Kamil ketika di dunia, bukan ketika di syurga. Oleh sebab itu terkadang Allah mentakdirkan maksiat pada seorang hamba dalam rangka agar si hamba lebih luhur dan dekat kepada Allah. Status ini dilontarkan agar manusia tidak putus asa atas masa lalu dan nodanya di masa lampau, siapa tahu, malah membuat dirinya naik darjat.

Status ini pula tidak boleh dipandang dengan nafsu dan hasrat hawa. Misalnya, " Kalau begitu maksiat saja, siapa tahu, kita malah naik darjat ..." Kalimat ini adalah kalimat yang muncul dari hawa nafsu ! Status mengenai naiknya darjat melalui maksiat, hanya untuk orang yang sudah terlanjur maksiat, agar tidak putus asa dan tetap menjaga rasa baik sangka kepada Allah Taala ( husnudzon ).

Apalagi di akhir zaman ini, jika disurvey, membuktikan bahawa orang yang kembali kepada Allah dengan taubatnya, biasanya didahului oleh kehidupan yang penuh dgn kehancuran, maksiat yang penuh noda. Akhir zaman ini juga banyak dibuktikan, khususnya di kawasan bandar, betapa banyak orang yang merasa bangga diri dengan ahli ibadahnya, ketekunan dan taatnya, diam-diam ia ujub dan sombong, merasa lebih dibanding lain. Sifat hina adalah wujud kehambaan kita. Manusia akan sukar mengakui kehambaannya manakala ia merasa mulia, merasa sombong, ujub, apalagi merasa hebat berbanding yang lain. Kerana itu rasa hina, apakah kerana disebabkan oleh kemaksiatan atau seseorang mampu menjaga rasa hina di hadapan Allah, adalah kunci terbukanya Pintu-pintu Allah Taala, kerana kesedaran seperti itu, membuat seseorang lebih mudah fana 'di hadapanNya.

No comments:

Post a Comment