AKU KAH YANG BERKUASA UNTUK SOLAT?
AKU KAH YANG BERKEHENDAK UNTUK SOLAT?
AKU KAH YANG BERKEHENDAK UNTUK SOLAT?
SIAPAKAH AKU ITU?
Maka karamlah DIRI di dalam lautan yang tidak bertepi itu, nescaya yang SOLAT itu bukan lagi ENGKAU tetapi AKU ZAT yang menzahirkan Kerja Aku di dalam RupaKu yakni SifatKu yang nyata di dalam kelakuan hambaKu..
Sesungguhnya engkau itu tiada DAYA UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu, malahan engkau lakukan di atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata..
Kenapa engkau masih merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata? Yang mengerjakan kelakuanmu itu, adalah Aku di atas Kudrat & IradatKu.. Yang menentukan waktu itu pun Aku, kerana Aku punya Ilmu..
Tanpa semua itu, nescaya engkau tiada wahai hambaKu.. Aku sengaja menyatakan DiriKu padamu, dan Aku memuji DiriKu di atas lidahmu wahai hambaKu..
Maka itu, janganlah sekali-kali ada rasa di dalam hatimu, bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu.. Ketahuilah pada hakikatnya, bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR, dan hanya berhak menerima PemberianKu..
No comments:
Post a Comment