MANA BENARNYA : TUHAN ITU WUJUD? VS TUHAN ITU TIDAK WUJUD?
Tuhan itu meliputi segala sesuatu YANG WUJUD (Ada) dan meliputi segala sesuatu YANG TIDAK WUJUD ! (Tiada)
Dalam ADA-Nya itu, Dia menyatakan KETIADAAN DiriNya !
Itulah bukti yang DiriNya Maha Suci lagi Maha Esa. Tuhan Maha Tunggal, yang tiada segala sesuatu pun serupa dan tiada segala sesuatupun yang dapat menyerupaiNya. Tiada segala sesuatu pun boleh memahamiNya melainkan DiriNya sendiri.
ADA-Nya tidak dapat dinyatakan. Nyata ADA-Nya, tidak dapat dicari. Makin dicari makin TIADA! Tiada BUKAN kerana TIDAK ADA. Tiada kerana dek terlalu NYATA !
Mana nyataNya DIA ?
Nyata DIA pada ‘IDENTITI Pengenalan DiriNya’ yang meliputi 4 tanda pengenalan :
1. NAMA
2. SIFAT
3. PERBUATAN
4. ASAL USUL (ZAT)
2. SIFAT
3. PERBUATAN
4. ASAL USUL (ZAT)
Identiti-Nya yang 4 itu, hanyalah sebagai panduan untuk kita memudah faham sahaja. BUKAN bermaksud Tuhan itu ada 4 identiti.
Jika diperhalusi, identiti-Nya yang 4 ini meliputi disiplin ilmu yang 4 itu juga. Setiap Nama, setiap Sifat, setiap Perbuatan dan setiap Zat itu meliputi : 1. disiplin Syariat, 2. disiplin Tariqat, 3. disiplin Hakikat dan 4. disiplin Makrifat.
Kesemua 4 tanda identiti pengenalan diriNya ini NYATA pada setiap:-
DERIA PENGAMATAN (5), ORGAN TINDAKAN (5), PANCAINDERA BATIN (2) yang ada pada setiap manusia.
DERIA PENGAMATAN :
Nyata Identiti-Nya yang 4 pada setiap :
1. PENGLIHATAN yang dilihat.
2. PENDENGARAN yang didengar.
3. BAU yang Dihidu.
4. RASA di lidah.
5. SENTUHAN di kulit.
2. PENDENGARAN yang didengar.
3. BAU yang Dihidu.
4. RASA di lidah.
5. SENTUHAN di kulit.
ORGAN TINDAKAN
Nyata Identiti-Nya yang 4 pada setiap :
1. Gerak ALAT TANGAN yang berkuasa
2. Gerak ALAT KAKI yang berjalan
3. Gerak ALAT MULUT yang berkata-kata
4. Gerak ALAT KELAMIN yang melahirkan
5. Gerak ALAT KUMUH yang membersihkan
2. Gerak ALAT KAKI yang berjalan
3. Gerak ALAT MULUT yang berkata-kata
4. Gerak ALAT KELAMIN yang melahirkan
5. Gerak ALAT KUMUH yang membersihkan
PANCAINDERA BATIN
Nyata Identiti-Nya yang 4 pada setiap pertimbangan AKAL
Nyata Identiti-Nya yang 4 pada setiap rasa di HATI (Roh)
Jika IDENTITI yang 4 ini TIDAK dapat dikenal pasti oleh PANCAINDERA BATIN, maka DERIA PENGAMATAN tidak dapat SYNCHRONIZE dengan ORGAN TINDAKAN. Akibatnya Akal tidak akan FAHAM dan HATI tidak akan ME-RASA Faham itu. Bila tidak merasa faham, maka inilah yang dikatakan TIDAK KENAL. Bila tidak KENAL, maka dikatakan DIA itu TIDAK ADA.
Pada ATHEIS, Tuhan itu Tidak Ada ?
TIDAK ADA bukan kerana tidak wujud atau bukan kerana tidak nyata. TIDAK ADA kerana TIDAK KENAL, meskipun Identiti Pengenalan DiriNya telah dizahirkan kepada setiap DERIA PENGAMATAN (5), ORGAN TINDAKAN (5), PANCAINDERA BATIN.
Pada Atheis, Tuhan itu Tidak Ada kerana Atheis TIDAK KENAL ! Bagaimana bisa kenal kepada Tuhan melalui alat Akal yang diciptakan Tuhan? Atheis perlukan bukti. Bukti pula perlu kepada pembuktian, dan setiap pembuktian perlu dibuktikan. Maka apakah Tuhan itu dapat dibuktikan wujudNya dengan menggunakan akal yang diciptaNya sendiri?
Umpama ingin melihat mata melalui mata itu sendiri !
Apakah mata bisa melihat dirinya sendiri? Mana mungkin mata bisa melihat mata tanpa ada alat pantulan? Bila ada alat pantulan seperti cermin, kamera atau air, barulah mata boleh nampak PENZAHIRAN atau pantulannya 'mata' nya. Kita ini diibaratkan CERMIN (alat pantulan) itu, yang tidak bisa langsung melihat mata, melainkan mata itu sendiri yang datang memperlihatkan pantulan dirinya melalui cermin itu.
RENUNG-RENUNGKAN...
Umpama melihat diri manusia yang bernama AHMAD. Yang nyata dizahirkan AKAL pada pandangan mata ialah makhluk manusia yang bertubuh jasad yang ber- NAMA : AHMAD.
Namun bila diri yang bernama AHMAD itu dicari, tidak pula berjumpa. Bila cari AHMAD, ternampak tubuh yang berbentuk (SIFAT). Disentuh tubuh terpegang tangan.
Untuk menyentuh atau untuk memegang itu memerlukan GERAK. Bergerak itu PERBUATAN. Bila bergerak, maka nyatalah PERBUATAN. Bila nyata PERBUATAN (dari gerak) dan bila nyata SIFAT (dari tangan), maka ternyata, itu gerak tangan (PERBUATAN) milik si AHMAD. Ternyata itu SIFAT tangan milik si AHMAD, namun diri si AHMAD itu masih belum juga ketemu.
Tangan itu BUKAN diri si AHMAD tetapi tangan milik jasad yang bernama AHMAD. Nampak SERUPA, tetapi TIDAK SAMA.
Dibelek tangan, ternampak kulit, dibelek kulit ternampak urat, dicari urat, yang ternampak daging, ternampak darah, ternampak tulang. Direnung tulang, terlihat sel, dikaji sel ternampak ATOM, namun diri si AHMAD itu masih juga tidak dijumpai !
Bila tidak dijumpai, maka inilah yang dimaksudkan TIDAK WUJUD !
Nampak macam si AHMAD itu ADA, namun bila dicari, TIADA pula berjumpa.
TIADA itu mengenalkan ADA. Jika TIADA mustahil kita boleh tahu yang AHMAD itu ADA !
dan...
ADA itu mengenalkan TIADA. Jika ADA, kenapa bila dicari si AHMAD itu TIADA ?
Ibarat bila TIADA malam, barulah nyata ADAnya siang dan bila ADA malam barulah nyata TIADAnya siang.
ADA nya si AHMAD itu hanya pada NAMA dan “GANTI NAMA” nya sahaja. Dalam mencari si AHMAD itu, dirinya dirujuk dengan ganti nama ‘DIA’, ‘MAKHLUK’, ‘MANUSIA’, ‘LAKI-LAKI’, ‘ORANG’, ‘PEMILIK NAMA’ dan pelbagai lagi Nama dan ganti nama.
Di kalangan sahabat, ada yang memanggil dia AHMAD. Ada yang memanggilnya Boss. Pada anak dia panggil Papa. Pada kekasih, dia digelar Sayang. Pada adik, dia digelar Abang. Pada murid, dia dipanggil Guru. Pada guru, dia dipanggil Murid. Pada ibu, dia dikatakan Anak. Cina memanggilnya Taiko. India, dia dipanggil An-ne. Di Jakarta, dia dipanggil Akang. Di US, dia dipanggil Mr. Di Saudi, dia dipanggil Brother. Di UK, dia dipanggil Sir. Di KL dia dipangil Bro di dalam FB ini, dia digelar Tuan !
Apa jua Nama dan Ganti nama yang diberikan, ia tetap merujuk kepada diri si AHMAD yang satu itu juga bergantung kepada siapa yang memanggilnya mengikut kesesuaian.
Bila dipanggil AHMAD maka yang ADA dan Nyata terdengar adalah AHMAD. Maka segala nama-nama lain itu TIADA terdengar. Bila TIADA didengar, maka TIDAK WUJUD lah nama-nama lain pada pendengaran telinga.
Tidak wujud itu BUKAN kerana Tiada, tetapi kerana ia tidak didengar ! Bila disebut, baru Nyatalah Dia !
KESIMPULAN
ADA dan TIADA. Wujud dan Maujud (penzahiran), kedua-duanya saling nyata menyata!
Pada pihak yang mengatakan WUJUD. Memang Dia Wujud ! WujudNya Dia pada Hati diri yang dapat merasakanNya.
Pihak yang mengatakan TIDAK WUJUD. Memang Dia itu tidak wujud TETAPI tidak wujudNya itu hanya terpakai, bila kita mencari ! Bila tidak bertemu dalam pencarian, maka tidak merasa Kenal di hati. Bila tidak Kenal, maka Tidak Wujudlah Dia pada hati orang yang tidak mengenal, meskipun Dia NYATA-SENYATA-NYATANYA !
Wujud itu tanda NYATA penzahiran diriNya
Tidak Wujud itu tanda TIDAK NYATA penzahiran Hakikat DiriNya. Bila dicari Dia Tiada !
Jika tiada, bagaimana kita boleh membicarakan perihal sesuatu yang TIADA ?
Jika boleh berbicara tentangNya, itu tanda Dia ADA !
Ahhhhhhhhhhh ... KELU !!
No comments:
Post a Comment