Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
03.02.2017
Dicatatkan oleh Ustaz Kassim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Setengah daripada alamat dan tanda beroleh bahagia dalam segala kesudahan itu adalah kembali kepada Allah dalam segala permulaan halnya dengan tawakkal dan mendirikan segala haknya..
Tanda dan alamat beroleh kerugian dalam kesudahannya adalah rujuk pada nafsu dalam segala permulaan...
Bermula pada permulaan bagi Allah maka kesudahannyanya adalah dengan Allah dan bagi Allah
Barangsiapa yang berhemmah ia kepada Allah dalam perjalanan nya dengan rujuk kepada Allah dan meninggalkan segala sifat mazmumah dan berperangai dengan dengan segala perangai Tuhan yang karimah nescaya akan berbahagialah dengan kemuliaan yang azimah
Barangsiapa yang kembali kepada Allah dalam permulaan dengan istiqamah dan berpegang teguh dengan Allah maka berbahagialah ia dalam kesudahannya dan berjaya sampai kepada Allah
Sebagaimana bidayah maka begitulah nihayah..
Bermula dengan Allah dan kesudahan dengan Allah
Barangsiapa sah bidayah maka sahlah dengan rujuk kepada Allah
Kasyaf paling penting adalah terbuka hijab dengan nampak segala aib, kesalahan dan kekurangan diri sendiri
Barangsiapa terbit cahaya permulaan perjalanan dengan beriktimad dan berpegang atas Allah dan sentiasa mendirikan segala yang wajib ubudiyah bagi Allah nescaya terbit cahaya kesudahan dengan wusul kepada Allah
Barangsiapa yang terbit cahaya bidayah dengan melazimkan thareqat maka terbit cahaya nihayahnya dengan terbuka hakikat..
Barangsiapa yang terbit cahaya bidayah dengan tinggi hemah nya daripada segala akwan maka terbit cahaya nihayahnya dengan kasyaf dan terbuka hijab
Apa yang tersembunyi dalam hati pasti nyata pada zahirnya pada perkataan dan perbuatannya
Barang yang ada dalam hati pasti akan terzahir pada wajah muka
Orang yg suci dan baik hati pasti cerah wajah muka
Barangsiapa yang ada rahsia dalam bathin nya daripada makrifat dan yakin nescaya terzahir pada amalan dan akhlaknya
Zahir itu tentera bathin.. bila khusyuk hati maka khusyuklah anggota lahirnya
Hati itu adalah satu bekas yang apabila penuh dengan kebaikan dan kebenaran nescaya melimpah pada anggota zahirnya.. bila penuh dengan kekeruhan dan kebathilan nescaya terlimpah kekelabuan pada wajah dan kelam pada anggota zahirnya
Orang yang tak solat dan tidak taat kepada Allah biasanya keruh, kelabu dan kelam wajahnya
Adalah dikenal seseorang itu dengan tiga perkara..
Perkataan, perubahan dan tabiatnya.. biasanya orang yang baik batinnya bila orang yang bersalah dimaafkannya
Ramai orang tak boleh beza dan tak boleh kenal antara yg hak dan bathil, yg baik dan yg buruk
Jauh dan sangat berbeza antara orang yang mengambil dalil dengan Allah dan orang yang mengambil dalil atas segala makhluk
Syuhul wahdah fil kasrah..
Pandang yg esa pada yang banyak...
Orang yang ambil dalil dengan Allah
Syuhul kasrah fil wahdah..
Pandang banyak makhluk kepada yang esa Allah
Mengambil dalil atas makhluk kepada Allah
Beza jauh antara orang yang memandang dengan nur Tuhan dan orang yang memandang dengan nur mukaiwin
Orang salik terhijab daripada Tuhan dengan melihat makhluk.
Majzub itu kenal haq Allah dan terangkat hijab maka tiada dilihat sesuatu melainkan Allah
Kesempurnaan zat Allah adalah dengan melihat ciptaan Allah pada Alam.
Zahir dan nyata perbuatan Allah pada alam ini..
Maqam musyahadah apabila terbuka hijab dengan memandang segala perbuatan, sifat dan asma Allah pada alam semesta ciptaan Allah
Mengambil dalil itu kerana tidak sampai kepada Allah. Apabila sampai ia kepada Allah nescaya tidak berkehendak kepada dalil lagi
Sampai kepada haqqul yakin tidak perlu kepada dalil
Orang duduk bawah nak cakap tinggi itu bahaya..
Kata Syeikh
Setengah yang terlebih ajaib adalah semua kaiinat itu membawa kepada Allah
Tanpa hidayah dan petunjuk dari Allah nescaya sesat dan tidak akan kenal Allah
Allah itu hampir dan meliputi sesuatu dan pada sesuatu itu nyata perbuatan Allah, kebesaran dan keagungan Allah
Sesungguhnya Allah itu amat hampir kepada hamba Nya daripada sesuatu
Nak kenal Allah dengan ilmu ladunni.. kenal Allah dengan Allah
Fikirlah ciptaan Allah yang membawa kepada kenal Allah dan jangan fikir zat Allah nescaya kamu binasa..
Ada sebahagian manusia tidak boleh terima hakikat kerana terlalu jauh daripada Al Haq Taala
Allah tidak tersembunyi pada seseorang melainkan orang yang bermata hati buta...
Mahasuci Allah, tiada yang terlebih zahir daripada Allah dan tiada wujud sesuatu serta Allah
وبالله التوفيق والهداية والله اعلم..
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..
آمين يارب العالمين🌹
No comments:
Post a Comment