Tuesday, 14 February 2017

hakikat

Assalamualaikum, kekasih² Allah..
Sentiasalah berwaspada di dalam kehidupan seharian kita.. Ikutlah apa yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan kita di dalam menuju redha Allah.. Janganlah kita berpecah belah dan bercerai berai sesama kita.. Kerana musuh musuh Islam sentiasa memerhatikan kita.. Mereka tidak pernah tidur.. Hanya menunggu masa dan peluang yang sesuai untuk menghancurkan Islam..
Hanya orang orang yang dibimbing dan diberi petunjuk oleh Allah sahaja yang mampu istiqamah di dalam perjalanan dan perjuangan yang mulia dan suci ini.. Semoga Allah sentiasa membantu kita semua agar mencapai perpaduan dan kesatuan sesama kita.. Ingatlah, sesungguhnya kita sedang berada di akhir zaman.. Inilah masanya.
Berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah..
Dan janganlah kalian bercerai-berai.. Amiin²

No comments:

Post a Comment