APAKAH ORANG ISLAM SAHAJA YANG LAYAK MASUK SYURGA? APAKAH AGAMA SELAIN ISLAM SEMUANYA KE NERAKA?
Saudara-saudaraku yang dikasihi sekalian.. Siapalah kita untuk menghukum, orang ini ke syurga, atau orang ini ke neraka.. Ketahuilah, rahmat dan kasih sayang Allah (Tuhan) itu, ialah rahmatan lil alamiin @ rahmat buat sekalian alam.. Maka itu, janganlah pernah sekali-kali kita merasa hebat dan tinggi darjat, kerana kita ini orang islam..
Sesungguhnya Dia tidak memandang pada agama kalian, tetapi Dia memandang pada hati kalian.. Jangan pernah mempersekutukan Allah dengan segala sesuatu, waima dengan sifat keberadaan @ keAKUan diri, kerana itulah sehalus-halus syirik yang selalu kita terlepas pandang.. Semoga Allah lindungi kita semua dari kesesatan dan kejahatan.. Amiin
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan; satu golongan masuk syurga, 70 golongan masuk neraka. Nasrani terpecah menjadi 72 golongan; satu golongan masuk syurga, 71 golongan masuk neraka. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, umatku akan terpecah menjadi 73 golongan; satu golongan masuk syurga, dan 72 golongan masuk neraka. Ada sahabat yang bertanya, ’Wahai Rasulullah! Siapa mereka yang masuk syurga itu?’ Beliau menjawab, ‘Mereka adalah Al-Jama’ah‘.”
(H.R. Ibnu Majah & Abu Daud)
Dalam riwayat lain para sahabat bertanya, ’Siapakah mereka wahai Rasulullah?‘ Beliau menjawab, ‘Orang yang mengikuti jalan hidupku dan para sahabatku.‘
(H.R. At-Tirmidzi)
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”
[Q.s. Al-A'raf 7:179]
“Maka barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhan-nya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhan-nya”
(Al-Kahfi ; 110)
No comments:
Post a Comment