Monday, 6 February 2017

Datuk nabi

*Sirah awal perjalanan kehidupan :*
_Abdul Muttalib ibn Hashim ibn Abd Manaf_
(Datuk kepada Rasulullah saw)


Nama sebenar beliau adalah Syaibah Hamdi..
Maksud Syaibah Hamdi adalah
" si uban yg dipuji "
kerana sewaktu beliau masih bayi, beliau telah mempunyai uban.

Ayah beliau, Hasyim Bin Abd Manaf adalah Pembesar Quraisy dan penjaga Kaabah.

Suatu ketika, beliau telah dijemput oleh Raja Rom di Palestin dan mahu mengahwini puteri Raja Rom kepada Hasyim Bin Abd Manaf.

Di dalam perjalanan, beliau berhenti rehat di Yatsrib(Madinah) dan bernikah dengan seorang wanita bernama Salma Binti Amr.
Selepas itu terus berangkat ke Palestin.

Di dalam perjalanan, beliau telah meninggal dunia. (tidak sempat bernikah dgn Puteri Rom)

Berita telah sampai kepada Al-Muttalib bin Abd Manaf(abang kepada Hasyim). Al-Mutatalib mencari pengganti Hasyim dgn menyelidik siapakah zuriat lelaki Hasyim.

Setelah beberapa tahun, berita sampai kepada Al-Muttalib bahawa Hasyim pernah bernikah sewaktu di Madinah. Beliau terus mencari anak buahnya di Madinah.

Ketika sampai di Madinah, beliau telah bertemu Salma Binti Amr, iaitu ibu kepada Syaibah Hamdi dan meminta izin mengambil Syaibah Hamdi untuk diangkat menjadikannya sebagai pembesar Quraisy di Makkah. Umurnya ketika ini masih belum baligh.

Namun ibunya tidak membenarkan dibawa ke Makkah. Ketika waktu malam menjelang, Al-Muttalib secara sembunyi telah mengambil Syaibah Hamdi dan terus pulang ke Makkah.

Ketika sampai di Makkah, hari telah terang. Penduduk Makkah ternampak Al-Muttalib membawa seorang anak kecil dan mereka menyangka itu adalah "hamba sahya" Al-Muttalib dan memanggil Syaibah Hamdi dengan panggilan, "hamba kepada Al-Muttalib" (Abdul Muttalib)..

Inilah sedikit yang kami dapat coretkan daripada pembelajaran Jaslahtul Ithnain, bersama
*Al-Habib Ali Zaenal Abidin Alkaff*
Masjid An Nekmah, Bkt Piatu Melaka.

No comments:

Post a Comment