Tuesday, 6 September 2016

kalam

Musyahadah adalah hasil daripada zikrullah dan mujahadah nafsu

Dengan memasuki pintu taubat dan memakai pakaian taqwa iaitu taat kepada perintah dan larangan Allah

Merasa hina dan rendah diri kepada Allah, sabar dalam pengujian Allah, berharap dan bergantung hanya kepada Allah

Zikrullah dan istighfar adalah alat penyuci sepanjang waktu menuju kepada Allah

Zikrullah wajib ditalkinkan dengan orang yg telah khatam zikirnya iaitu orang yg Wasil kepada Allah

Sebagai wasilah penghubung kerohaniyah kepada Allah, Tangan Allah diatas tangan-tangan mereka

Engkau tidak mampu kesisi Raja melainkan melalui pintu-pintu Raja kecuali orang-orang yg ditarik oleh Allah secara langsung( majzub )

Salik dan majzub, salik ialah orang yg dibawah pimpinan guru dan majzub ialah orang yg ditarik oleh Allah

Para Nabi adalah pintu-pintu  kepada Allah, selepas wafat para Nabi para Mursyid yg Wasil adalah pengganti pintu-pintu kepada Allah

Para ulamak adalah pewaris dan penyambung ajaran Nabi

Para Wali mempusakai rahsia-rahsia Kenabian membawa manusia menuju Dzat Allah iaitu Makrifatullah yg sebenar

Kenal Allah dengan Allah....

- BUTA SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment