*🔱MARI MENDENGAR NASIHAT SILAM🔱*
*MISI KRISTIANISASI ANAK GADIS MELAYU*
*MUSUH MUSUH ISLAM DARI DALAM ISLAM*
Bismillah : Jagalah anak anak gadis kamu sebaiknya, awasi dengan siapa dia berkawan, pastikan kawan kawan mereka orang orang yang beriman, soleh dan benar benar *Islam aqidahnya* ..
Sebaik sebaik ibu bapa yang soleh (dah jarang ada dah ibu bapa seperti ini, tapi 'masih ada' insya Allah) sejak dari kecil usia anak anak gadis, mereka dah didik anak anak gadis mereka agar agar membuat batasan diri dalam pergaulan _(biasanya ia berlaku pada gadis gadis "Niqabis" - Alhamdulillah),_ tidak berkawan rapat dengan lelaki yang "Bukan Muhrim" di alam nyata kecuali dengan kawan kawannya yang soleh, para Ustaz jurupandu agama, atas sebab seorang lelaki soleh, dia tahu batas batas mereka dengan seorang gadis yang bukan muhrim.
Maka anak anak gadis tuan tuan dan puan akan selamat di tangan mereka, walaupun orang solehpun terkadang juga terlanjur jika telah berdua duan sendirian dengan bukan mahram.
Atas kerana itu umat islam terutamanya ibubapa muslim perlu menjauhi anak anak mereka dari ruang ruang zina iaitu tidak membenarkan pergaulan bebas lelaki bukan mahram dengan anak anak gadis mereka. Ibubapa muslim wajib tutup segala ruang ruang syaitan untuk masuk di dalam diri anak anak gadis mereka.
Kalau 30 - 40 tahun dulu, kesan dari pergaulan bebas anak anak gadis melayu dengan lelaki bukan mahram yang tampa dipantau oleh ibubapa-ibubapa "soleh" .. akhirnya anak anak gadis mereka menghadiahkan mereka "cucu percuma" tampa nikah ... berbangga tak? 😭 ...
.. Tapi kesannya pada hari ini bagi ibubapa yang tidak memantau pergaulan anak anak gadis mereka .. akhirnya dalam diam anak anak gadis mereka yang "kurang" asuhan didikan agama itu, akan bercinta dengan lelaki lelaki melayu Kristian yang berpura-pura Islam. Tapi malangnya mereka tidak tahu hal tersebut.
Kamu tidak tahu latar belakang *aqidah* kawan kawan lelaki yang anak anak gadis kamu berkawan .. kamu tak peduli siapa mereka! Janji rupanya baik, berjawatan baik, bergaji besar, dan membawa anak anak gadis kamu dengan kereta mewahnya ..
Maka mulalah kamu tersenyum lebar dan bangga bilamana anak anak gadis kamu memperkenalkan "kekasih kekasihnya" kepada kamu yang mana bakal menjadi anak menantu kamu yang "berada" dan berjawatan besar ..
Kamu berasa bangga atas sebab anak anak gadis kamu dah berjaya *"memilih"* bakal suami yang sangat *"tepat" mengikut selera jiwa kamu* .. Kamupun bercerita dengan saudara mara dan jiran jiran, bahawa bakal anak menantu kamu nanti adalah seorang berjawatan besar, berkereta mewah dan berpewatakan sangat baik dan hormat orang tua-tua dll ..
Mereka semua kagum dengan kamu dan anak anak gadis kamu tersebut, hingga kamu tidur malampun terkenangkan bakal anak menantu kamu tersebut. Dan kamu "rasa" pada saat itu, kamulah ibnubapa yang *terbaik* dan telah berjaya mendidik anak anak gadis kamu hingga dia bakal dikahwini dengan "menantu" ciri ciri idaman hati kamu tu.
Tapi sebenarnya kejayaan yang kamu sangka tersebut rupa-rupanya *sangat tercela di sisi Allah SWT.* Rupa rupanya bakal anak menantu kamu itu adalah *"seorang lelaki melayu beragama kristian"*, iaitu seorang kafir yang sangat sangat memusuhi Islam!
Mereka berjaya memikat anak anak gadis kamu atas kerana *Salah diri kamu sendiri!* Kamu gagal menyelidiki latar belakang aqidah dan pendidikan agama bakal bakal anak menantu kamu itu. Kamu terpesona dengan pangkat dan harta mereka hinggakan kamu melupakan soal aqidah yang mana akan memberi kesan tidak baik (kesesatan) buat anak anak gadis kamu!
Kamu takut menyoal latar belakang bakal anak anak menantu kamu, takut nanti anak kamu mendapat malu jika disoal "lebih lebih", apa lagi untuk kamu menguji tahap ilmu aqidah mereka, solat mereka, lafas syahadah mereka (terkadang sebut *Allah* pun tapi berbunyi *"Allaa"*), tahap solat mereka dll.
Jika kamu takut menyoalnya, maka kamu telah gagal menjalankan kewajipanmu sebagai seorang ibnubapa muslim yang baik dan *"terbaik"*.
Kini *Misi Kristianisasi umat melayu Islam* sedang berjalan secara senyap. Ia telah berlaku sejak 20 - 30 tahun lalu, tapi yang terkini lebih hebat dan lebih berani. Hingga ada anak anak gadis yang berani terang terangan memberitahu ibubapa mereka bahawa "kekasih mereka" itu bukanlah melayu islam! Terkedu ibubapa mendengarnya. Tapi cinta itu sangat membutakan hati, ibubapapun sanggup mereka buang demi cinta hati mereka. Inilah tanda bala bala di akhir zaman.
Mereka kaum kufar para mubalik mubalik Kristian tidak perlu menyuruh anak anak gadis kamu menukar agama. Tidak perlu sama sekali! Tapi memadai dan cukup bagi mereka (para mubalik) sekiranya kamu *membiarkan anak anak gadis kamu bebas bercinta dan membuat "pergaulan bebas" dengan lelaki bukan muhrim. Mereka telah berjaya dalam misi misi hitam mereka!*
.. Maka di sinilah mereka memasang *jerat tersembunyi* buat anak anak gadis kamu yang kurang didikan agama dan *pendidikan akhlak Islamiyah* di dalam diri mereka.
Anak anak gadis kamu tiada terisi *Jati-diri Muslim Sejati* hinggakan merekapun tidak "mempedulikan" soal aqidah dan pengetahuan agama *"kekasih kekasih gelap"* mereka di belakang kamu hingga mereka 'terjebak' di dalam *perangkap musuh musuh Islam* yang ingin menghancurkan aqidah Islamiyah umat Islam dari dalam agama Islam sendiri.
Maka anak anak gadis kamu akan menikahi dengan bakal bakal menantu lelaki melayu _bukan Islam._ Lebih malang lagi jika mereka dikahwini lelaki lelaki yang jauh hingga kamu gagal memantau keadaan anak anak gadis kamu.
Kamu percaya bulat bulat pada anak anak menantu kamu tampa kamu membuat pantauan selepas mereka menikah.
Saudara saudari muslimin yang hamba hormati. Soal aqidah ini bukanlah suatu hal yang *kecil remeh temeh* yang boleh kamu pandang enting buat buat tidak peduli! Tapi ini adalah persoalan tanggungjawab dan "Amanah Allah" di atas bahu kamu. Anak anak kamu adalah "Amanah-Nya." Jika kamu gagal mendidik mereka sebaiknya, maka *Neraka jahanamlah tempat kamu dan 'mereka' ..*
*Demi Allah!* Inilah nasihat nasihat para Rasul dan Nabi Nabi silam! Mereka telah pernah berpesan, dan pesanan pesanan ini akan "berterusan" selepas kami mati, dan akan ada "umat lain" di masa depan yang akan memberi "nasihat pesanan" yang *"sama"* buat umat umat muslim di zaman mendatang!
Bilamana kamu telah mendengar dan membaca titipan pesanan ini, maka telah menjadi "kewajipan" bagi kamu untuk patuh dan mengikut pesanan nasihat ini - dengan izin-Nya. Kamu masih belum terlambat untuk membuat perubahan.
Ini bukan soal masa depan duniawi anak anak gadis kamu, tapi ia adalah soal yang lebih besar iaitu tentang aqidah & soal syurga nerakanya anak anak gadis kamu.
Jika kamu membiarkan mereka "rosak" tampa pendidikan agama secukupnya, kesan buruknya akan membawa pada diri kamu juga, Allah SWT *tidak akan memberi Redha-Nya* kepada kamu sampai kamu mati sekiranya anak anak gadis kamu menjadi rosak aqidah (kafir murtad) atas kerana kurangnya pendidikan agama yang kamu berikan di dalam dada-dada dan hati mereka pada "saat ini".
Misi Kristianisasi anak anak gadis melayu Islam sedang berjalan secara senyap dan sembunyi tampa pengetahuan kamu. Lelaki kelaki melayu kristian yang berpura pura Islam sedang menanti anak anak gadis kamu di luar hutan batu sana, sedang menanti agar anak anak gadis kamu masuk terjerat di dalam *"Perangkap-Perangkap Cinta"* mereka!
Inilah yang dinamakan *Fitnah Dajjal Al-Masih* .. fitnahnya bagaikan malam yang gelap, jika kamu tidak berhati hati, pasti kamu akan termasuk di dalam jerat jerat kaum kufar ini.
Anggaplah ini adalah *Nasihat Nasihat daripada Allah* untuk kamu mempersiapkan diri kamu atas ancaman ancaman jahat di zaman _jahiliah_ ini. Mohonlah *"Perlindungan Allah"* agar Dia memelihara aqidah anak anak gadis kamu disamping kamu turut juga memberi pendidikan agama dan ilmu akhlak islamiyah secukupnya pada dada dan hati hati mereka, atas kerana ini memanglah tanggungjawab kamu iaitu "Amanah Allah" yang wajib kamu kerjakan. Jika kamu gagal, azab-Nya uang membara sedang menanti kamu "tidak lama lagi."
*"Hanya Pada Allah Tempat Kami Berlindung Diri. Dan Allah lah sebaik-baik Maha Pelindung Kami. Aamiin - Wassalam."* 🔱🙏🏻🔱
*Rumpunan Nusantara Asia PMS®2016®*🔱
No comments:
Post a Comment