DARI MANA DATANGNYA SUARA
Malam tadi seorang lelaki muda dan sahabatnya datang bertemu dengan saya, dan lelaki itu pembicara bab mengenal diri, saya hanya mendengar sahaja ucapan lelaki itu yang nampak sedikit ego bila bercerita bab mengenal Tuhan..
Selepas habis sahaja ia bercerita bab mengenal, saya pun bertanya kepadanya.
"Tuan boleh saya tahu dari mana datangnya suara, adakah suara itu datangnya daripada mulut?" pertanyaan saya padanya.
Di sambung lagi pertanyaan saya padanya.
Kalau ada mulut tetapi tidak ada lidah boleh kah kita bercakap ?
Kalau ada lidah tapi tak ada kerongkong boleh kah bercakap?
Kalau ada kerongkong tak ada perut boleh kah bercakap?
Kalau ada perut, hati, akal boleh bercakap tak?
Lalu lelaki itu menjawab" Roh iaitu hayat barulah manusia boleh bercakap" katanya...
"Orang bisu ada Roh dan hayat tapi tak boleh bercaka macam mana pula ?" tanya saya kepada lelaki itu.
Kemudian lelaki itu menjawab zat yang berkata-kata, lalu saya bertanya " kalau zat yang berkata-kata mana wajahnya zat yang berkata-kata itu?"...
Lelaki itu tidak dapat menjawab, lalu saya pergi meninggalkan lelaki itu bersama sahabatnya kerana saya suka bersendirian daripada banyak berbicara dengan orang sebegitu...
No comments:
Post a Comment