Kita ini yang sebenarnya tidak pernah hidup, hanya tuhan sahaja yang maha hidup. Diri kita ini hanya kenyataan yang maha hidup. Diri kita ini tak ubah umpama bayang bayang, kerana bayang bayang itu kenyataan yang ampunya bayangan. Bila tuhan berkata : katakanlah olehmu tuhan yang esa yakni yang tunggal, maka tiada yang kedua, ketiga dan seterusnya hanya DIA sahaja yang ada , yang maha hidup. Jika kita mengaku kata kita hidup maka sudah pasti kita sudah syirik , apakah kita ada kuasa untuk hidup ?, apakah boleh kita ini hidup?. Baiklah cuba lihat cincin dijari , bergerak cincin itu kerana cincin itu bergerak atau jari yang mengerakan cincin itu?. Sudah pasti jari yang bergerak bukan cincin itu, bergerak cincin itu kerana jari yang bergerak bukan cincin yang bergerak. Begitulah dengan diri kita, kita tidak hidup, yang hidup itu tuhan , jasad kita ini kenyataan yang maha hidup.
No comments:
Post a Comment