SYEIKH SITI JENAR & KESATUAN AGAMA
Dalam proses dakwahnya mengenai ilmu Manunggaling Kawula Gusti di semenanjung tanah Nusantara, Syeikh Siti Jenar sering kali merasa sangat malu apabila beliau harus berdebat mengenai permasalahan agama. Alasannya amat sederhana sekali, iaitu dalam agama apapun, setiap penganut sebenarnya tetap menyembah Sang Maha Tunggal ataupun Zat Yang Maha Kuasa.
Hanya saja setiap daripada mereka itu masing-masing menyembah dan mengabdi dengan menyebut nama yang berbeza-beza dan juga menjalankan ritual dengan cara yang belum tentu sama. Oleh kerana itu, maka masing-masing penganut tidak perlu untuk saling berdebat bagi mendapatkan pengakuan atau menegakkan pegangan bahawa hanya agamanya sahaja yang paling benar di sisi Tuhan sekalian alam.
No comments:
Post a Comment