Bila bertanya pada bikhu(sami)buddha apakah membina patung untuk disembah itu ada tertulis didalam kitab. Maka bikhu menjawap tidak ada dan tidak pernah disuruh atau dibenarkan oleh buddha untuk membina patung untuk disembah. Tapi kenapa dibina jugak?. Bikhu menjawap apa salahnya benda baik supaya ramai yang datang untuk beribadah diwihara(rumah ibadah).
Bila bertanya pada ustaz, tok guru dan ulama , mengapa sambut nisfu syaaban, mengapa pada malamnya dibaca yassin tiga kali, mengapa baca yassin malam jumaat , mengapa buat tahlil kematian , apakah ada tertulis suruhan didalam al quran atau hadis atau ada ulma muktabar melakukannya atau ada contoh dari nabi dan shabat dan tabiin melakukannya?. Maka dijawab memang ianya tak ada tak memang tak ada contoh atau suruhan. Habis tu kenapa buat disuruh buat dan ada yg menulis kitab berdalilkan dengan dalil dhaif, palsu serta dengan fadhilat palsu. Maka dijawap benda baik apa salahnya.
Jadi dua agama berbeza tetapi semuanya suka melakukan ibadah yang tiada contoh dan nas serta dalil. Dan sengaja buat buat lupa larangan nabi bahawa setiap amalan ibadah yang bukan ada contoh darinya maka ianya tertolak tidak diterima. Maka banyak kecelaruan dan kepalsuan ibadah yang ditokok tambah oleh ulama nusantara mengikut selera mereka , bukan yang datang dari perintah tuhan dan rasull.
No comments:
Post a Comment