Saturday, 20 April 2019
fb d
Haul adalah satu perbuatan haram. Asal usul haul bermula daripada golongan penyembah dewa dewa mereka berhimpun bagi mengenang jasa jasa dewa dewa dan arwah kedua ibu bapa dan nenek moyang. Dan diikuti oleh kaum yahudi bagi mengigati jasa jasa pendeta dan rabbai mereka , dengan membaca latar belakang dan jasa jasa mereka disertai dengan doa doa dan nyanyian. Dan ianya diikuti oleh kaum nasrani dengan mengenangkan kematian nabi isa , diadakan perarakan dan membaca doa doa. Dan ianya disebarkan dan diperkenalkan pula oleh syiah rafidah , dengan diadakan majlis memperingati jasa jasa imam imam mereka, disusuli dengan zikir dan doa doa dan nyanyian qasidah. Dan haul ini jugak ada didalam budaya jawa sebelum kedatangan islam , dan gabungan antara agama hindu dan buddha. Dah haul ini pulak dipelopori oleh beberapa jemaah yang kononnya anak murid tok ku paloh konon anak cucu tok ku paloh, sedangkan tok ku paloh semasa hayatnya tak pernah membuat majlis haul bagi memperingati jasa jasa guru guru beliau atau jasa jasa kedua ibu bapa beliau. Golongan ini mengunakan hadist mungkar yang sanad datang waqiqiah yang menyatakan kononnya rasullullah setiap tahun menziarah kubur para syuhadah bagi mengenangkan jasa mereka, sedangkan hadis itu hadis mungkar kerana waqiqiah terkenal dengan sifat dusta. Jadi cukup nyata apa yang dilakukan oleh mereka yang mendakwa anak murid atau keturunan tok ku paloh itu bertentangan dengan ajaran agama islam dan pendusta. Sedangkan sudah lama para jumhur ulama murtabar menyatakan haramnya melakukan majlis haul. Kerana ianya tasyabbuh yakni menyerupai kaum kafir. Jadi yang mengaku konon anak murid atau cucu cicit tok ku paloh cukup cukup la berdusta dan melakukan perkara yang haram , yang tiada pernah dilakukan oleh rasullillah, para sahabat, para tabieen dan empat imam mazhab yang murtabar, jadi tiada satu contoh pun dari mereka semua. Yang ada contoh hanya dari kaum penyembah dewa dewa , yahudi, nasrani dan syiah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment