[Pengamal Perubatan Tradisional Buddha Thailand Pecahkan patung!]
Seorang pengamal perubatan tradisional Buddha bernama Jiraphan Phetkhao atau lebih dikenali sebagai ‘Mor Plah’ dari negara Thailand sedang mengajak penganut agama Buddha untuk kembali ke jalan yang benar supaya tidak terjebak dalam kegiatan serta amalan khurafat yang tidak dianjurkan oleh Buddha sendiri.
Channel YouTube beliau, Ghost Doctor TV https://www.youtube.com/user/ghostdoctortv sangat popular dengan jutaan view bagi setiap episod programnya di mana beliau akan mengubati pesakit dan memecahkan patung di rumah mereka bagi membebaskan mereka dari gangguan dan rasukan jin.
Ini susulan beratus kes dan insiden rasukan serta gangguan makhluk halus terhasil daripada pemujaan patung-patung dan berhala serta amalan animisme dan ilmu sihir.
Dalam siri-siri dokumentari Mor Plah melalui Ghost Doctor TV, beliau seringkali mengajak umat Buddha untuk menghindari perbuatan-perbuatan khurafat serta memperbanyakkan amalan-amalan yang baik bagi memakmurkan kehidupan harian.
Sepertimana dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh daie Muslim dalam mengajak manusia kepada kebenaran, Mor Plah juga tidak terlepas daripada ugutan dan kontroversi yang dilemparkan oleh sesetengah pihak berkepentingan susulan daripada apa yang diusahakan oleh beliau seperti memusnahkan patung-patung dan berhala serta tempat-tempat pemujaan semangat yang menurut beliau, dipercayai menjadi punca kejatuhan umat manusia.
Terdapat banyak nasihat yang logik, berguna dan praktikal oleh Mor Plah seperti persoalannya dalam pertikaikan kenapa harus penganut Buddha memuja patung dan berhala/berarah juga dewa-dewi, hantu dan semangat yang tidak membawa sebarang manfaat atau kebaikan kepada manusia sebaliknya memudaratkan serta membawa kejatuhan dan penyakit rohaniah (spiritual).
Menurut Mor Plah, sebagai manusia yang sempurna, penganut Buddha sepatutnya bekerja keras dalam usahakan kerjaya serta kehidupan harian termasuk amalan-amalan yang diajar oleh Buddha dan bukannya terjebak dengan amalan-amalan yang menjatuhkan martabat manusia seperti memuja patung dan berhala/berarah juga dewa-dewi, patung-patung hantu dan binatang.
Difahamkan Mor Plah bertegas dan berpegang kuat dalam hal keagamaan serta kebudayaan adat beliau sebagai seorang umat Buddha. Mor Plah bukanlah calang-calang pengamal perubatan tradisional tetapi merupakan seorang pemegang ijazah dalam bidang kejuruteraan daripada Rajamangala University of Technology Thanyaburi dan beliau pernah menuntut ilmu agama Buddha secara mendalam ketika menjadi seorang sami Bhikkhu pada suatu ketika dahulu.
Ini di Thailand, negara yang bermajoriti penganut agama Buddha. Andai Mor Plah sendiri bukannya beragama Buddha, mungkin orang telah mengeluarkannya sebagai Taliban kerana menghancurkan patung?
Sebagai umat Islam, kita tidak menganjurkan sebarang amalan, sembahan atau pemujaan patung dan berhala/berarah, dan pada masa yang sama kita tidak menafikan kewujudan makhluk di alam lain. Firman tuhan;
“Berhala-berhala itupun tidak mampu mampu memberi pertolongan kepada penyembahnya dan kepada dirinya sendiripun berhala-berhala itu tidak sanggup memberikan pertolongan.”
(Al A’raf 7:192)
(Al A’raf 7:192)
Oleh itu di dalam kitab/Al-Quran, tuhan berfirman dan mengajak semua manusia untuk mentauhidkanNya sahaja (taat pada tuhan tanpa sebarang sekutu);
“Sembahlah tuhan(saja) dan janganlah kalian mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.”
(An Nisaa’ 4:36)
(An Nisaa’ 4:36)
Semoga tuhan mengurniakan kepada kita taufiq dan hidayahNya. Ameen.
No comments:
Post a Comment