Tidak wajib dan tidak diwajibkan keatas kita untuk menjadi orang islam, tetapi wajib bagi kita beriman dan mengislamkan keseluruhan diri kita. Kerana islam itu bukan nama bagi kaum, bukan nama bagi bangsa , bukan nama bagi individu, bukan nama bagi persatuan, bukan nama bagi negara atau negeri. Ramai berangapan bila islam maka dia itu orang islam. Itu salah , kamu tetap dengan bangsa apa diri kamu itu. Melayu tetap melayu, arab tetap arab, cina tetap cina atau apa apa sahaja. Kerana bila islam bukan bermaksud bangsa atau kaum atau sebagainya. Orang melayu bila dia mengislamkan dirinya maka dia tetap bangsa melayu dan bukan menjadi bangsa arab atau menjadi orang islam . Ingatlah islam itu bukan nama bagi manusia atau bangsa atau kaum dan sebagainya . Untuk mengaku islam maka wajib kamu beriman dan islamkan terlebih dahulu diri kamu. Islam itu bukan barang pusaka yang boleh diwarisi . Islam itu wajib dicari.
Iman dulu baru islam
No comments:
Post a Comment