Monday, 2 January 2017

PENYERU

"MARI MENJADI PENYERU AGAMA ALLAH"

"ORANG BAIK ITU RAMAI TEMAN TAPI
PENYERU KEBAIKAN RAMAI MUSUH"

✳ Bismillah : Untaian Hikmah nan Indah

 ما الفرق بين الصالح والمصلح ؟

✳ Apa bezanya Orang Baik (Soleh) dan Penyeru Kebaikan (Musleh)..?

 الصالح خيره لنفسه والمصلح خيره لنفسه ولغيره.

✳ Orang Baik, melakukan kebaikan untuk kemanfaatan dirinya sendiri. Sedangkan Penyeru Kebaikan (Musleh) mengerjakan kebaikan untuk dirinya dan demi kemanfaatan orang lain..

الصالح  تحبُه الناس. والمصلح تعاديه الناس .

Orang Baik, dicintai manusia..
Penyeru Kebaikan dimusuhi manusia..

 لماذا !!!؟
Kenapa gitu...?!?!

الحبيب المصطفى(صلى الله عليه وسلم) قبل البعثة أحبه قومه  لأنه صالح .

☀Rasulullah SAW sebelum diutus, baginda dicintai oleh kaumnya kerana baginda adalah orang baik..

ولكن لما بعثه الله تعالى صار مصلحًا فعادوه وقالوا ساحر كذاب مجنون.

✳ Namun ketika Allah ta'ala mengutusnya sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya dengan menggelarkannya; Tukang sihir, Pendusta, Gila..

 ما السبب ؟
 لأن المصلح يصطدم بصخرة
أهواء من يريد أن يصلح من فسادهم .

✳ Apa sebabnya..?
Karena Penyeru Kebaikan 'menyikat' batu besar angkara nafsu kemaksiatan dan kemungkaran lalu memperbaikinya dari kerosakan tersebut..

ولذا أوصى لقمان ابنه بالصبر حين حثه على الإصلاح لأنه سيقابل بالعداوة.

✳ Itulah sebabnya kenapa Luqman al hakim menasihati anaknya agar BERSABAR ketika melakukan seruan kebaikan, karena dia pasti akan menghadapi permusuhan..

( يا بني أقم الصلاة وأمر بالمعروف وانهَ عن المنكر واصبر على ما أصابك )

☀Hai anakku tegakkan solat, perintahkan kebaikan, laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu..

قال أهل الفضل والعلم : مصلحٌ واحدٌ أحب إلى الله من آلاف الصالحين ،

✳ Berkata ahli ilmu:
Seorang penyeru kebaikan lebih dicintai Allah daripada ribuan orang baik (yang bukan penyeru kebaikan)
لأن المصلح يحمي الله به أمة ،والصالح يكتفي بحماية نفسه .

✳ Kerana melalui penyeru Kebaikan itulah Allah menjaga umat dan agama ini dari malapetaka kerosakan ..
Sedangkan untuk menjadi orang baik hanya sekadar cukup menjaga dirinya sendiri dari dosa dan noda ...

فقد قال الله عزَّ و جلَّ في محكم التنزيل :

Allah SWT berfirman :

( وَمَا كَانَ رَبُّكَ  لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُون َ).

☀"Dan tidaklah Tuhanmu (akan) membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan.."

✳ Penyeru kabaikan itu adalah salah satu sifatnya para Aulia Allah, dengan sifat terpuji ini para para hamba-hamba-Nya yang iklas, Allah menjaga agama ini dari kerosakan dan kehancuran ;

✅ Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).

☀“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah (*para penyeru kebaikan) para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

✅ Imam Ali Bin Abi Thalib berkata (membacakan hadis) kepada Kumail An Nakha’i:

☀“Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah (*penyeru) dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya (atas kerana usaha mereka meninggikan roh 'zahir' & 'batin' agama Allah). Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka (di dalam kelubung persembunyian). Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak (*para penyeru yang 'menonjolkan diri & dikenali sangat ramai tapi yang 'sebaliknya' tidak ramai - itu maksudnya), tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka (*para Aulia/penyeru), Allah menjaga agama-Nya (ilmu dari para alim Tasawuf) dan syariat-Nya (*ilmu dari para alim Fekah), sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka (*orang-orang yang ingin mencari 'petunjuk'). Mereka menyebarkan ilmu dan roh keyakinan (ilmu & semangat agar ilmu itu diamalkan manusia). Mereka tidak suka kemewahan (ahli zuhud), mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia (bergaul bersama manusia), tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut (*hati dan akalnya kekal bersama Allah di 'dalam Allah)'). Mereka adalah khalifah-khalifah (*ilmu) Allah di muka bumi dan para da’i (penyeru) kepada agama-Nya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

ولم يقل صالحون ...

✳ Tetapi Allah tidak berfirman;
"...Orang Baik (soleh)"

كونوا مصلحين ولا تكتفوا بأن تكونوا صالحين.

✳ Maka jadilah kaliau salah seorang 'PARA PENYERU KEBAIKAN', jangan mudah merasa puas hanya sebagai ORANG BAIK sahaja, tetapi kalian tidak mempunyai hasrat hati agar orang lainpun menjadi baik seperti diri kalian.

✳ Kalian akan dianggap Allah SWT sebagai seorang 'ahli fekah' (ahli zahir syariat) jika sekadar menjadi baik atas diri kalian semata tetapi tidak menyeru insan lain kepada kebaikan.

✳ Tapi kalian akan dianggap Allah SWT sebagai seorang 'ahli tasawuf' (ahli kerohanian) jika kalian berusaha menjadi baik lalu menyeru insan lain juga agar turut 'berusaha' menjadi insan yang baik. Itulah yang terlebih baik dan terbaik di sisi pandangan nilaian Allah.

✳ Orang yang menyeru kebaikan itu tidak semestinya dirinya  terlebih baik dari orang yang diserunya. Namun niatnya mulia atas kerana dia ingin orang-orang yang tidak sebaiknya agar menjadi orang-orang yang 'terlebih baik' dari dirinya sendiri selepas seruan disampaikan.

✳ Tetapi terdapatnya segolongan orang-orang yang baik, mereka lebih suka dan selesa sekiranya diri mereka 'lebih baik' dari orang-orang yang berada disekeliling mereka, dengan itu mereka sentiasa selesa merasa 'tinggi' atas orang-orang disekeliling mereka.

✳ Mereka tidak mahu menyeru agar orang-orang disekeliling mereka itupun agar menjadi baik seperti dirinya. Ia adalah penyakit hati segelintir orang orang baik di akhir zaman.

✳ Malah mereka rasa tidak selesa sekiranya ada insan lain yang lebih baik dari dirinya, timbullah perasaan iri, dengki, mencari salah, mencela, berkhianat dan sebagainya. Inilah salah satu sifat yang tidak baik dari segelintir orang-orang baik yang tidak menyeru kebaikan. Malah seruan bagi lidah lidah mereka adalah celaan.

✳ Sifat berusaha menjadi insan baik dan terbaik itu sangat mulia. Tetapi sifat berusaha 'menyeru' agar insan-insan lainpun menjadi baik dan 'insan terbaik' .. itu terlebih mulia dan terpuji dari sifat yang pertama di atas.

✳ Orang baik yang tidak menyeru kebaikan itu (diam yang tercela), Allah anggap mereka adalah orang-orang yang berpaling dari menjalankan amanah Allah dan Rasul ; "Sampaikan walaupun sepotong ayat (nasihat) daripadaku"

✳ Jangan malu untuk memberi seruang nasihat atas sesama manusia. Kerana hal itu adalah 'Amanah Allah' yang berpahala yang WAJIB kamu kerjakan atas sesama manusia. Orang-orang yang membelakangi menjalankan 'amanah Allah' ini, mereka akan mendapat azab yang pedih.

Allah bertanya di akhirat :

☀"Wahai manusia yang celaka dan tercela. Tidakkah kamu membaca firman-Ku tentang keharaman memakan riba? Tidakkah kamu pernah mendengar hadis hadis dari para Rasul-Ku tentang keharaman memakan Riba? Padahal setiap minggu dan bulan kam membawa Ayat-Ayat-Ku Tentang Keharaman Riba?!!"

☀"Kamu memakan Riba seolah-olah kamu tidak pernah membaca Ayat-Ayat Larangan-Ku! Malah kamu tidak melarang (menyeru) orang orang lain dari memakannya!"

☀"Wahai manusia manusia yang 'taat' menjalankan Syariat-Ku. Hari ini adalah hari yang sangat CELAKA buatmu! Ketahuilah olehmu bahawa Azab Neraka-Ku itu Aku ciptakan buat mereka mereka pemakan Riba! Wahai Malaikat Malik, rantaikan mereka semua ini dengan rantaian dari azab azab-Ku dan humbankan mereka ini di dalam neraka jahanam yang terbawah sekali!

Lalu menjerit seorang wanita :
👩🏻"Ya Allah!! Aku dulu di dunia seorang muslimah yang baik lagi taat kepada semua suruhan-Mu! Aku tidak pernah meninggalkan solat atau puasa, aku taat pada ibuku, aku tidak pernah menyakiti jiranku atau hati manusia. Aku membaca al Quran setiap hari .. Tapi apakah atas kerana aku memakan Riba ASB itu menyebabkan aku menjadi celaka?? Suamiku Ustaz, tetapi dia tidak pernah melarangku dari memakannya??

☀Allah berkalam :
"Wahai manusia yang malang lagi celaka, kamu membaca Ayat-Ayat-Ku, tetapi sebahagiannya kamu abaikan tidak peduli. Hari ini bukanlah hari untuk bersoal jawab dengan-Ku, dan segala persoalan yang kamu ajukan itu sudah tidak mempunyai apa apa makna lagi!"

☀"Dan ketahuilah olehmu, bahawa pahala solat wajib, puasa, sedekahmu itu tidak akan memberi apa apa sebarang manfaat buat orang orang yang memakan Riba dan Harta anak anak yatim."

☀"Menyembahmu kepada-Ku itu adalah perintah wajib atas setiap makhluk-Ku. Sedangkan memakan Ribamu itu adalah pelanggaran atas Ayat-Ayat Tegahan-Ku, maka dosa memakan riba itu tidak mampu disucikan walaupun kamu beribadah jutaan tahun bagaikan Azazil. Tapi ibadah jutaan tahun Azazil itu tidak mampu untuk menebus dosanya menghina dan merendahkan Adam. DIA TELAH MELANGGARI LARANGANKU! Begitulah nasib yang bakal menimpa buat orang-orang yang mengikut 'jalan-jalan' Azazil laknatullah.

☀"Wahai malaikat Malik, tariklah wanita celaka ini bersama suaminya yang tidak 'menyampaikan' amaran nasihat-nasihat-Ku atas manusia. Humbanlah kedua-duanya kedalam kawah kawah cecair tembaga api neraka jahanam ini! Kekallah kamu di dalamnya bersama-sama orang-orang yang zalim."

〰➰〰➰〰➰〰➰〰

✳ Note : Bismillah - Wahai adik adik, pakcik pakcik, makcik dan tok. Begitulah pentingnya "Seruan Agama" .. jika ia di diamkan dan tidak ada yang mahu menyampaikan (*seruan kebaikan) maka hal ini akan menyebabkan roh ilmu agama mati, tidak diketahui atau dilupakan oleh umat manusia yang "lalai duniawi" dan tidak faham isi-isi nasihat di dalam Al Quran yang mereka baca.

Jadilah kalian seorang "Penyeru" agar dunia ini diramaikan oleh orang-orang baik, mudahan Roh Cahaya ilmu agama terus "bersinar" di dalam hati-hati manusia yang iklan mencari petunjuk Allah dari tangan-tangan insan-insan yang iklas membawa cahaya kebenaran Agama. (PMS)🔱

No comments:

Post a Comment