بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kuliah pagi Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
30.12.2016
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Betapa bercahaya hati sedangkan pelbagai rupa akwan berada dalam hati
Hati adalah sir latifah yg ditaruhkan Allah didalam rongga dada belah lambung kiri manusia
Hati segumpal daging yang menjadi raja bagi jasad
Hati itu ada dua muka, satu muka menilik bagi dirinya dan satu muka pada Tuhannya
Bila baik hati maka baiklah sekalian jasad, bila rosak dan buruk hati maka buruklah jasad
Kena baiki hati dulu barulah baik diri, orang tasawuf sibuk dgn baiki dan bersih hati
Kalau pokok bubuh baja diumbi, maka nak baik diri maka baikilah hati
Betapa dapat berjalan kepada Allah orang yang masih tertambat dengan nafsu syahwat
Tak dapat kembali kepada Allah orang yang masih terikat dengan nafsu syahwat
Kena buang dan ungkai tambatan dan ikatan nafsu syahwat dulu baru dapat berjalan kepada Allah
Kata sesetengah orang Arif.. sengat tebuan pada tubuh lebih ringgan dan lebih mudah daripada sengatan nafsu syahwat atas hati seseorang
Betapa dapat masuk kepada hadrat Allah sedangkan ia tiada menyucikan daripada segala janabah dan lalai
Masuk ke hadrat Allah itu adalah sedar dan pandang pada tiap2 waktu bahawa dirinya adalah dalam qudrat Allah, pengetahuan Allah dan dalam kehendak Allah..
Daripada Allah, dengan kehendak
Allah dan kepada Allah...
Akhir sekali dalam lakuan Allah
Orang yg dalam janabah adalah tertegah untuk beribadah dalam masjid dan sebagainya
Orang yg berada dalam janabah lalai adalah tertegah masuk dalam hadrat Allah
Hadrat Allah itu suci dan tidak akan dapat masuk padanya malainkan orang yang suci hati
Pendek cerita kena zikir dulu
Kata Syeikh Hijazi.. hadrat Allah itu adalah hakikat hati yang dinamai rumah Allah ..
Bila hilang segala penyakit hati dan telah suci hati daripada kekeruhan basyariah dan segala khatir maka zahirlah cahaya ilahiyyah
Selagi masih ada dalam hati itu sifat adat tabiat yang sibuk dengan segala hal ehwal makhluk maka tiadalah dapat masuk kepada hadrat yang mulia
Wahai manusia jangan kamu jadi macam haiwan yang hidup tidak ingat akan mati..
Betapa diharap dapat segala rahsia yang seni2 orang yang tiada taubat daripada segala dosa dan kesalahan..
Betapa dapat faham kepada rahsia ketuhanan orang yang turun daripada syurga kepada bumi tempat lupa..
Betapa dapat taubat daripada segala kesalahan dan dosa orang yang ditawan oleh syahwatnya
Kata Syeikh Abu Hassan al Sazali ra.. bermula bersahabat dengan Allah itu iaitu dengan meninggalkan segala syahwatnya..
Dan tiada sampai hamba itu kepada Allah selagi masih tertambat dengan nafsu syahwat
Kena berjuang dan bermujahadalah dengan nafsu untuk naik ketingkat tinggi
Kena balah dengan diri dulu baru dapat keluar daripada diri
Lama berjuang menentang nafsu dan berbalah dengan diri barulah dapat keluar daripada diri
Tiada dapat berhimpun dua yang berlawanan seperti berhimpun antara gerak dan diam, siang dan malam
Begitulah tiada berhimpun dalam hati dua yang berlawanan antara hak dan bathil.. nur dan zulmat
Bermula kun dan sekalian alam itu kelam dan gelap. Hanyasanya yang menerang padanya bila zahirnya nur al haq
Kita pun kelam dan gelap jugak duduk berpegang pada makhluk
Bermula kun itu dua.. yang hissi dan maknawi.. yang nampak dengan mata dan nampak dengan matahati
Terhijab dengan kun daripada memandang mukawwin iaitu Pencipta Kun..
Apabila memandang Allah hilanglah Zulmat
Allah mencipta kun atau makhluk adalah untuk menunjukkan wujud Nya dan mengenal Nya..
Sebenar2 cahaya adalah Allah
Barangsiapa yang melihat kun tapi tidak dipandang Allah padanya dahulu dan kemudian maka ia tertutup daripada cahaya dan menutupi hatinya zulmat
Sesungguhnya Allah menciptakan sesuatu dan atas tiap2 sesuatu itu Dia adalah wakil
Ada empat perkara jalan nazar atau pandang dan mengambil dalil untuk mengenal Allah..
Pertama dengan jalan mengambil dalil ia atas makhluk..
Tiada dipandang makhluk malainkan Pencipta Makhluk
Yang kedua itu menilik pada hakikat ilmu wujud, dgn jalan fikir dan nazar .. tiada wujud sesuatu malainkan ada yg mengadakan..
Yang ketiga itu tiada memandang kun atau makhluk melainkan dengan memandang mukawwin
Yang keempat itu fanalah ia daripada nazar dan khabar dan kekallah dengan Allah yang tiada didahului oleh tiada
Matahari makrifat terdinding dengan segala awan athar yang wahamiyyah dan adamiyyah bagi orang yang dalam keraguan yang diliputi zulmat
Bermula martabat orang ahli syuhud itu memandang Allah kepada Allah, memandang Allah kepada makhluk...
Orang awam itu memandang makhluk kepada Allah .. mengambil dalil atas makhluk kepada Allah
Ada orang hari ni yang nak zahir diri dengan mendakwa dapat ilham daripada Allah supaya suruh siar dan kabo...
Ilham rohaniah bukan ilham rahmaniah.... takut
Syaitan cuba tipu Syeikh Abdul Qadir dan cuba tipu Syeikh kita...
Syeikh kita cuba ditipu syaitan dengan katanya.. kamu boleh dah tak nak sembahyang...
Kata Syeikh.. aku nak jadi hamba Allah..
Kalu aku dok sembahyang bagaimana aku nak buat contoh pada orang
Setengah daripada yang menunjukkan sifat wujud qahhar Allah bagi hamba Nya adalah diadakan dinding atau hijab antara hamba dan ALLAH
Bahawa wujud tiap2 sesuatu itu adalah Allah yang menjadikan nya dan sekalian sesuatu itu daripada Allah dan akan kembali kepada Allah
Telah muafakat kata segala orang Arif dan ahli muhakkik bahawa sekalian itu adam dan hamba terdinding dengan nya daripada memandang Allah
Kata Syeikh Abu Hasan Al Sazali ra.. bahawa kami menilik kepada Allah dengan mata hati dan yaqin dan mengkayakan akan kami dengan dalil ...
Terdinding kepada Allah itu dengan syahwat yang bangsa dunia
Ahli dunia paling ramai, ahli akhirat itu sedikit dan ahli Allah sedikit dalam sedikit
Bila terangkat hijab maka fanalah mcereka daripada mereka dan baqa lah mereka itu dengan Allah dan jadilah mereka hamba Allah yang sebenar
Kata Syeikh .. kamu jangan mengaku dan mendakwa jadi hamba Allah selagi Allah belum mengaku kamu menjadi hamba Nya
Payah orang alim dan orang yang dah beramal untuk surrender dan merendah diri
Bermula fana itu tiga bahagi..
Pertama fana dalam afal atau perbuatan Allah... satu perbuatan... tidak ada yang berbuat melainkan Allah
Kedua.. fana dalam segala sifat .. satu sifat.. dikata tiada yang hidup dan tidak ada yang berkuasa malainkan Allah
Ketiga .. fana dalam Zat.
. Tiada yang wujud melainkan Allah
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..
اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
آمين يارب العالمين
والله اعلم
والسلام
No comments:
Post a Comment