Makruh Seseorang Mengatakan "Diriku Buruk"
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ خَبُثَتْ نَفْسِي وَلَكِنْ لِيَقُلْ لَقِسَتْ نَفْسِي
Dari Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali salah seorang kamu berkata: 'Khabusat nafsi' (diriku buruk), tetapi katakanlah: 'Laqisat nafsi' (diriku kurang)."
HADIS : MUSLIM ( No.4180 )
KITAB : Lafaz-Lafaz Kesopanan
BAB : Makruh Seseorang Mengatakan "Diriku buruk"
Penjelasan :
"Diriku buruk" (Mencela Ciptaan Allah pada diri)
"Diriku Kurang" (Mengakui hakikat diri 'insan' serba kekurangan dibanding sifat Tuhan serba sempurna pada Sifat-Sifat Diri-Nya)
Perbezaan Antara INSAN dan TUHAN?
Insan - kami tidak sempurna dalam segala hal. Engkau sengaja 'meletakkan kekurangan' atas 'kami' agar kami dapat mengenal dan sifatnya INSAN dibandingkan TUHAN.
Tuhan - AKU sempurna dalan segala hal. Engkau sengaja AKU 'meletakkan kekurangan' atas diri 'kamu' agar 'kamu' dapat mengenal dan mengetahui Batasan-Batasannya antara Sifat Insan (serba kekurangan) dibandingkan dengan DIRIKU (serba sempurna).
Note : Jika seseorang Insan Allah pakaikan ia dengan sifat kesempurnaan dari-Nya .. 'dia akan lupa dirinya sebagai insan. Maka Allah menetapkan batasan-Nya atas diri insan (dipakai-Nya sifat kerendahan 'tidak cantik' pada makhluk-Nya agar mereka 'sedar diri' @ "mengenal hakikat akan hakikat diri. Hanya insan insan yang telah mengenal diri (tahu hakikat diri - para Aulia) sahaja yang akan 'ditinggikan 'maqamnya' ..
Tapi betapa ramai para hamba-Nya yang 'taat' yang masih belum "kenal" hakikat diri - orang yang sedar hakikat dirinya, dia tidak akan berlalu sombong, merasa tinggi, merasa suci atas sesama makhluk Allah.
Setiap sifat sombong sebesar debu kuman yang masih tertanam di dalam insan insan 'taat' .. demi Allah (1000X) neraka jahanamlah tempat kediamannya.
Sesungguhnya syurga itu hanya dimasuki oleh orang orang yang merendahkan dirinya atas sesama makhluk Allah. Lihatlah bagaimana Rasulullah berdiri memuliakan jenazah seorang yahudi yang lalu di hadapan Baginda? .. Kekafiran si yahudi itu bukanlah suatu alasan bagi diri Baginda untuk hilang adab & akhlak diri Baginda. Hal ini berlaku bukan atas perintah Allah ("Wahai Muhammad, berdirilah! TIDAK!) Tapi ia berlaku atas kerana "Sifat Merendah Diri" Baginda atas sesama makhluk Allah termasuklah kepada haiwan dan tumbuhan .. Rasulullah melarang menebang pokok semasa perang dan semasa ia berbuah (dll) .. Ini semua bukan tentang persoalan untung & rugi .. tetapi ia tentang "Akhlak Kerendahan" jiwa (sifat rendah diri dengan memandang mulia atas makhluk lain) dari Baginda SAW.
Antara Azazil dan Rasulullah .. 'Jalan' mana yang 'sedang' kita lalui? .. Ramai umat islam di akhir zaman ini menaiki sampan "Rasulullah" .. tetapi mereka berkayuh menggunakan "pendayung" tinggalan Azazil ..
"Semua mereka ini akan BINASA selagi mana "kayu pendayung" Azazil masih mendayung di hati. ✨🙏🏻✨
No comments:
Post a Comment