Bismillah : setiap nasihat yang 'baik' .. ia adalah dari Nabi .. sekalipun tiada sumber sahih ia dari Nabi .. Tapi apabila sesuatu nasihat@hadis tu sampai pada pendengaran/bacaan kita, bermakna ia 'sampai' dengan izin & ketentuan dari Allah 'khusus' Allah nak 'sampaikan' pada kita ..
Jadi WAJIB BERSANGKA BAIK dari setiap ayat ayat nasihat yang 'dilabelkan' sebagai hadis sekalipun perawi hadis dan status matan hadis tidak diketahui darimana sumbernya.
Akhlak dlm mendengar sesuatu 'bacaan hadis' ..
Syeikh Sufi Ibnu Al Arabi ada menggariskan beberapa ADAB dan AKHLAK pada masa dibacakan hadis kepada kita :
1) Bersangka 'baik' terhadap setiap hadis yang didengari selagi mana matan hadisnya tidak bertentangan dengan hukum Allah dan adab adab di dalam Islam.
2) Mendengarnya dengan khusyuk dan membayangkan seolah olah yang membaca itu adalah dari Lidah Nabi SAW sendiri walaupun orang lain yang membacanya.
3) Hendaklah kamu "diam" saat hadis tersebut diperdengarkan seolah-olah yang membacakannya adalah Rasulullah SAW sendiri. Jangan 'cepat' sangat mempersoalkan tentang 'status hadis' tersebut. Jika isinya baik, telan sahaja selagimana isinya menganduni hal hal yang membawa kebaikan atau 'nasihat'.
4) Hendaklah berdiri dengan tegap lurus saat diperdengarkan matan hadis, janganlah berpalingkan wajah ke kiri atau ke kanan pada saat mendengar hadis yang di bacakan.
5) Hendaklah menganggap setiap hadis yang di bacakan itu, dibayangkan seolah olah mendengarnya secara terus dari Nabi SAW, lalu difahami setiap baris hadis yang di bacakan lalu disimpan di dalam hati.
6) Menghormati orang-orang yang sedang membacakan matan hadis tersebut dan tidak memotong bicara saat hadis tersebut sedang diperdengarkan ..
7) dah tak ingat.
〰➰〰➰〰➰〰➰〰
Adab mulia generasi silam saat mereka menerima sesebuah hadis yang dikatakan dari Nabi SAW, pertamanya mereka "Gembira" mendengarkannya. Tidak "Bersangka Buruk" dengan hadis yang dibacakan
Note : berbeza dengan 'sikap' umat kini, banyak keraguan dan sangkaan 'rendah' pada hadis yang dibacakan :
Eh sahih ke nie?
Pelek je bunyinya eh palsu ni!
Eh hadis ni daif la bongok, buang buang dlm tong sampah!ehem ustaz xyz dah kata berdosa sebar hadis daif sebab daif tu byk yang palsu! (*betul ke hadis daif tu palsu?)
Berbeza dengan sifat umat silam .. umat silam tak pernah ada yang jenis bila dengar hadis ja, mereka tak tanyapun, "eh sahih ke nie?" "Ini hadis daif ke palsu?" .. "eh takde nama perawi hadis la, hadis palsu kot ni? ..
Tak .. tak .. tak .. umat silam tak begitu akhlak mereka bila mendengar sesebuah hadis tu .. sebab Allah dah beri mereka 'akal' dan 'firasat mukmin' .. maka mereka akan menimbang isi hadis tersebut dengan akal dan firasat sangkaan-sangkaan yang 'baik' pada hadis yang mereka terima .. tak pernah terlintas di hadis mereka : "isi hadis ini mengandungi nasihat & 'petunjuk' yang 'baik', oh Palsu kot hadis ni!" ... Tak mungkin macam tu .. sebab sangkaan 'baik' mereka terhadap seauatu hadis tu lebih tinggi dari sangkaan 'tak baik' pada sesuatu hadis yang mereka dengari.
Jadi kalau bolehlah .. cuba elakkan bila mendengar sesuatu hadis tu, elak timbulnya ayat : "Sahih Ke Nie??" ... buang la dari hati ayat ayat berupa keraguan ini jauh jauh .. sebab iblis ni akan menimbulkan keraguan hati bila seseorang anak Adam nak mengamalkan sesuatu hadis, "iblis akan guna 'kaedah agama' juga untuk "menjauhkan" kita dari hal hal yang baik. Dia sangat bijak. Jadi elakkan hati dari terlalu cepat nak meragukannya.
Terima ja setiap hadis dengan sangkaam baik dan berlapang dada selagimana isinya mengandungi oso nasihat yang baik. Wallahu'alam. maaf sebab panjang tulis. 🙏🏻
No comments:
Post a Comment