[1/11, 12:01 PM] +60 11-1440 4275: KENAPA MATA MANUSIA DI DUNIA TAK MAMPU MELIHAT ALLAH?
Kisah Pemuda Menjadi Gila Setelah Melihat Zat Allah (hanya sedikit iaitu dgn kadar setengah berat Zarrah)
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat Zarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat zarah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Zarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Zarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.
Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. Matanya terbeliak tak berkelip memandang ke langit.
Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."
Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi,
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Zarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
MATA MANUSIA TIDAK MAMPU MELIHAT ALLAH S.W.T.
Lemah dan sangat terbatasnya kemampuan alat penglihatan manusia, menyebabkan mereka tidak mampu untuk melihat Allah S.W.T.
Seandainya Allah S.W.T. menampakkan wujud-Nya, nescaya mata manusia akan buta. Bahkan seluruh tubuh manusia itu akan rosak binasa disebabkan KeAgungan dan KeHebatan Dzat Allah S.W.T.
Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam Firman-Nya melalui sebuah hadis Qudsi (yang bermaksud):
"Hai Musa!, Engkau sekali-kali tidak akan dapat melihat-Ku. Sungguh mahkluk hidup pasti akan mati kerana melihat-Ku, yang basah pasti menjadi kering kontang, yang kering pasti bertaburan,
yang dapat melihat-Ku hanyalah penghuni Syurga dan tidak akan mati pandangannya serta tidak akan hancur binasa tubuhnya".
(Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Ibnu Abbas).
Berdasarkan kepada hadis Qudsi di atas, dapat kita ketahui bahawa yang dapat melihat Allah S.W.T. hanyalah penghuni Syurga. Kerana setelah mereka mati, diciptakan semula oleh Allah S.W.T. dengan sifat-sifat kesempurnaan, kekal selama-lamanya, dilenyapkan segala kelemahan-kelemahan manusia sehingga mereka sanggup untuk melihat Allah S.W.T. bahkan mereka memperolehi kenikmatan ketika memandang kepada-Nya.
Bagaimanapun, tiada seorang juapun yang mengetahui hakikat memandang tersebut dan cara-caranya. Sedangkan para ulama salaf berpendapat bahawa soal ru'yah (memandang) itu berpangkal pada `Bila Kaifa' (tidak tahu bagaimana caranya), sehingga kita tidak dapat memperkirakan atau menggambarkannya.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka tiada seorangpun yang mengetahui apa-apa yang dirahsiakan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan".
(Surah al-Sajdah: 17).
MELIHAT ALLAH SWT
Salah satu nikmat besar yang Allah beri kepada manusia ialah dapat melihat alam nyata yang wujud di hadapan kita ini. Kita dapat melihat dengan mata kasar makhluk-makhluk Allah seperti manusia itu sendiri, gunung ganang, matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya. Hakikatnya kewujudan makhluk-makhluk Allah ini tidak sempurna kerana berdasarkan kajian sains tempoh kewujudan alam ini terbatas, ruang lingkupnya terhad, ukuran tinggi rendahnya terbatas, dan tempoh hayatnya juga terbatas.
Dalam Islam Allah adalah zat yang mencipta alam ini. Sebagai pencipta alam, maka Allah memiliki kesempurnaan sifatnya, ia tidak terikat dengan sebarang batasan, tidak terbatas tinggi-rendahnya-Nya, tidak terbatas kekuasaan-Nya, tidak terbatas ruang waktunya dan segala-galanya tidak terbatas. Oleh itu, Allah dalam Islam adalah ghaib dari kita dan kita tidak dapat melihat Allah.
Kalau kita pergi ke kedai-kedai tertentu atau kita singgah di rumah-rumah ibadat agama lain kita boleh melihat wajah-wajah Tuhan dalam pelbagai ragam, tinggi, rendah, mempunyai ruang lingkup dan sebagainya. Tuhan boleh dilukis dan direka bentuk. Apa yang jelas tuhan-tuhan berkenaan mempunyai batasan dan had-had tertentu. Malah penganut agama berkenaan boleh melihat dan mengenali tuhan mereka secara nyata. Bagaimana pun persoalan besar timbul ialah apakah kita boleh melihat Allah Yang Maha Esa di dunia ini.
Diterangkan di dalam al-Quran surah al-A’raf, ayat 143 bahawa nabi Musa a.s. diseru oleh Allah ke Bukit Thur Sina untuk menerima wahyu Kitab Taurat. Selama 40 hari 40 malam Nabi Musa bermunajat untuk menerima wahyu Allah. Sesudah menerima wahyu timbul keinginan pula Nabi Musa untuk melihat Allah.
Nabi Musa a.s bermohon: “Ya Allah! berilah kesempatan kepadaku melihatmu”. Allah menjawab: “Engkau tidak dapat melihat-Ku wahai Musa, tetapi cubalah engkau lihat ke gunung itu. Sekiranya gunung itu kukuh di tempatnya itu, engkau tentu dapat melihat Aku. Kemudian Allah memperlihatkan diri-Nya terhadap gunung itu. Apabila Allah memperlihatkan diri-Nya kepada gunung itu, maka gunung itu menjadi cair dan lenyap sama sekali dari permukaan bumi. Melihat peristiwa kehancuran gunung itu, maka Nabi Musa pengsan. Sesudah Nabi Musa sedar, maka terus Nabi Musa sujud dan memimta ampun.
Menurut ahli-ahli tafsir jika gunung yang kuat itu pun tidak sanggup dan tergaman melihat kehebatan Allah, apatah lagi manusia yang lemah badannya itu. Apabila Allah memperlihatkan diri-Nya kepada bumi, matahari atau bulan, maka matahari atau bulan akan pecah. Demikian juga apabila Allah memperlihatkan diri kepada manusia atau malaikat, maka semua manusia dan malaikat itu akan musnah.
Allah telah jadikan manusia dan memberikan akal untuk berfikir. Dengan kekuatan dan kelebihan akal yang dibekalkan, manusia mampu menguruskan kehidupan serta mereka cipta teknologi canggih. Walaupun macam mana pun, manusia tak mampu membayangkan bagaimanakah bentuk rupa Allah yang sebenar kerana tidak tercapai akal kita sebagai makhluk ciptaannya.
Mata kita hanya boleh melihat benda2 yang 'lemah'. Allah tidak lemah..maka oleh sebab itu kita tak mampu melihat Allah.
Kalaulah Allah itu boleh digambarkan bentuknya begini dan begitu, maka tidak layak bagiNya untuk bergelar Tuhan kepada sekian alam.
Sedang ciptaanNya pun ada yang tak boleh dilihat, apatah lagi Sang Pencipta. Contohnya, penglihatan manusia amat terbatas untuk melihat angin dan cahaya. Kita hanya mampu tengok daun bergoyang ditiup angin, tapi kita tak dapat lihat macam manakah rupa bentuk angin yang sebenar. Penglihatan mata terbatas di waktu malam.Tapi bila siang hari, dengan sinaran cahaya matahari macam-macam yang kita nampak. Pun begitu kita hanya nampak benda yang dilihat, bukannya kita nampak bentuk cahaya yang sebenar.
Rupa bentuk sebenar angin dan cahaya pun kita tak boleh lihat, apatah lagi zat Allah Yang Maha Agung. Marilah sama-sama kita mempertingkatkan dan memperbaharui iman.
Rasulullah saw bersabda:
Mafhumnya: “ Aku pernah bertanya kepada Malaikat Jibril, pernahkan engkau melihat Tuhanmu ya Jibril?. Jibril menjawab: Di antara aku dan Allah ada 70 lapis dinding yang terdiri daripada cahaya. Bila aku melihat kepada lapisan cahaya yang paling luar, aku pasti terbakar ”. (Hadith Riwayat at-Tabrani).
Dengan hadis ini, ternyata bahawa manusia tidak dapat melihat Allah. Bagaimana pun banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa orang yang beriman akan diberi kesempatan di akhirat untuk melihat Allah.
Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 22 dan 23:
Maksudnya: "Pada hari akhirat itu, muka (orang yang beriman) berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya”.
p/s : Menyampaikan dakwah adalah tanggungjawab setiap orang Islam. Hukumya adalah wajib (fardu 'ain)
#FIKIR RISAU UMMAT#
#DAKWAH,IMAN,YAKIN,AMAL#
#ALLAH KUASA MAKHLOK TIDAK ADA KUASA#
☝π»ππππ
[1/11, 3:15 PM] ο·²:
_diberi Allah sebutir percikan halus air "Cinta" daripada-Nya (di indonesia disebut "tuak ilahi") .. ke dalam hati hamba pilihan-Nya di dalam Kisah ini._
Dzat Allah tak berupaya kita lihat di dunia ini walau sekecil kuman yang dibelah berpuluh juta sekalipun, kita pasti musnah dan mata yg melihat sekecil Dzat-Nya akan berkecai .. Itulah kehebatannya dan kecantikkan-Nya Wajah Allah SWT.
Baru Allah beri butiean halus "rasa cinta" kepada-Nya pun dah membuat seseorang insan menjadi gila dan "gila bayang" pada Wajah Allah SWT, itu belum lagi jika Allah beri peluang padanya untuk "melihat" Wajah-Nya di syurga nanti.
Jadi kenallah Allah sedaya upaya dengan menuntut ilmu ilmu dalam menuju-Nya, mudahan niat iklas tersebut maka Allah akan kurniakan pada hati kita agar dapat "rasa" dalam mencintai pada-Nya.
Sebab di dalam mencintai Allah itulah tersembunyinya hakekat "Rahsia" khusyuk di dalam solat. Solat dan menyembah-Nya (akuan kehambaan diri) dengan penuh "lazat". Rokok dan bersujud yang "lazat" ..
Itulah kuncinya Rahsia solatnya para Wali Wali Allah. Solar mereka bukan lagi pada maqam "menunaikan tanggungjawab syariat" .. Tapi "penyerahan πKecintaan"π kepada π±π»♀Allahπ©π» di dalam solat.
_"Kan "CINTA" tu sangat "mengasyikkan?"_
_"Tapi jika kamu tidak "MENGENAL", bagaimana "CINTA" mungkin hadir?_
_"Kamulah terlebih dahulu yang patut "belajar" mencintai Allah .. Maka pada saat itu barulah Allah akan membimbinmu .. "Kenal Allah dengan (bantuan) Allah._
_Carilah "Dia" sampai "dapat" .. Ia dinamakan "JIHAD MAKRIFATULLAH" demi meraih "MAHABBATULLAH!"_
wallahu'alam.. πππ»π
No comments:
Post a Comment