Thursday, 1 September 2016

Hakikat Insan


Kau & Aku
Kita Satu
jika kau katakan
seolah-olah telah melihat-Nya
di dalam ibadahmu
sebenarnya kau
masih dalam bersangka-sangka
jika kau katakan
kau dan DIA
sentiasa bersama
tidak berpisah
tidak berjauhan
bersatu tapi tak bersentuh
sebenarnya kau
masih jauh dalam perjalanan
belum lagi mengenal dirimu
namun jika kau katakan
kau adalah DIA juga
DIA adalah kau juga
tiada yang ada kecuali DIA
tak perlu pada penafian
sebenarnya kau
adalah manusia merdeka
sempurna tanpa syirik
barulah layak kau digelar
orang makrifat
yang mengenal
siapa dirimu
siapa Rabbul Izzati
Jika apa yang dikatakan makrifat
tetapi tidak ada di dalamnya Rasa Cinta
itu cuma ilmu pengetahuan
yang masih bersangka-sangka
bermain di dataran akal
Jika apa yang dikatakan makrifat
bila semakin makrifat
semakin lagi dalam Rasanya Cinta
itulah Penyaksian
pertemuan Kekasih dengan kekasih
di puncak Gunung Thursina
di ufuk Sidratul Muntaha
di syurga Maqam al-Mahmud
Tatkala kau berada di Lembah Thuwa
tanggalkan kasut kewujudanmu
di luar sana
dengan air mutlak itu
kala kau membasuh mukamu
kala kau membasuh tanganmu
kala kau membasuh kepalamu
kala kau membasuh kakimu
kau bukan kau lagi
kau itu meliputi KeEsaanNya
kau itu menyatakan DIA
DIA menyatakan kau
sesungguhnya AKU inilah Allah
tiada Ujud kecuali AKU
timur dan barat milik-Ku
ke mana kau menghadap
di situ Wajah-Ku
mengabdilah kepada-Ku
dan dirikanlah sholat
untuk mengingati AKU
usah bersangka-sangka lagi
dengan AKU
tiada aku-Mu
tiada aku-Ku
hanya AKU semata
tanpa yang lain
AKU dan Muhammad-Ku
tiada bayang-bayang
AKU dan Muhammad-Ku
tiada wahdatul wujud
AKU dan Muhammad-Ku
tiada wahdatus syuhud
AKU dan Muhammad-Ku
hanyalah Ariful Wujud
"Sesungguhnya DIA Itu Lebih Hampir Dari Urat Lehermu"
Diri anda itulah yang mengasingkan anda dari DIA Rabbul Izzati. Diri anda yang berbicara di dalam hati anda sendiri bahwa "si fulan dan si fulan itu telah melukakan hatiku, tidak tahu mengenang jasa budi- baik ku, jika tanpa sokongan ku tak mungkin dia jadi menteri!" Kata-kata seumpama itu menunjukkan hijab makhluk dan semua itu adalah syirik. Anda sepatutnya berucap, "Semuanya dari Allah dan milik Allah. Allah yang menentukan dan berbuat segala sesuatu. Tiada yang wujud melainkan Allah." Setelah berucap demikian, anda hendaklah terus beristiqamah. Istiqamah bermaksud apabila anda telah berkata "Satu", maka janganlah sekali-kali berkata "dua". Ada Khaliq ada makhluk, ada hamba ada Tuhan, bererti adanya dualiti. Tetaplah bergantung kepada Allah sahaja dan usahlah memikirkan makhluk kerana makhluk itu tidak wujud dalam pandangan keruhanian anda. Cintailah Yang Satu lagi Ahad yang kekal dan tidak binasa. Dengan itu hakikat diri anda pun akan hidup kekal dan tidak lenyap serta binasa.

No comments:

Post a Comment