Wednesday, 9 December 2015
Tasawuf&tazkirah
Nk belajar ilmu matabat 7 carilah ktb2 yg muktabar sperti darun nafis kira ok lah tu...ktb yg masyhur yg dibaca oleh guru2 pondok sejak zaman brzaman...
Kalau ngaji.ktb yg tidak sahih syarahannya lari dr syariat ..bnyk terbabas tidak kena murod kitab yg asal...tafsiran yg bnyk menyeleweng dr ibarat kalam kitab .
Tidak ada batas antara khalik dgn mahkluk...
Jadi tukar bimbar lintang pukang ...hamba bertukar mnjadi tuhan...
Jelas menampakkan kesesatannya.menyeleweng dr ibarat kalam ktb yg asal.
KENYATAAN PARA IMAM DAN ULAMA MENGENAI TASAWUF
IMAM GHAZALI (450-505 H./1058-1111 M.)
Imam Ghazali, Hujjat ul-Islam, berkata mengenai Sufi, “Aku simpulkan bahawa kaum Sufi adalah para pencari di Jalan Allah, dan adab mereka adalah yang terbaik, jalan mereka adalah jalan terbaik, dan cara hidup mereka adalah cara hidup yang paling suci. Mereka telah membersihkan hati mereka daripada pelbagai perkara selain Allah dan menjadikannya sebagai saluran tempat mengalirnya sungai-sungai yang membawa ilmu-ilmu daripada Hadhrat Ilahiyya.” [al-Munqidz min adh-Dhalaal, hal. 131].
IMAM NAWAWI (620-676 H./1223-1278 M.)
Imam Nawawi berkata, di dalam Suratnya, al-Maqasid, “Ada lima keistimewaan tariqat kaum Sufi, iaitu:
Memelihara kehadiran Allah di dalam hati, baik di tengah khalayak ramai mahupun ketika bersendirian;
Mengikuti Sunnah Nabi SAW dalam ucapan dan perbuatan;
Menjauhkan diri daripada bergatung dengan manusia;
Bersyukur dengan pemberian Allah, walau hanya sedikit;
Selalu mengembalikan segala urusan kepada Allah `Azza wa Jalla.” [Maqasid at-Tawhid, hal. 20]
Wallahualam
Kisah Yang Di sampaikan Oleh Syeikh Sidi Rohimuddin Mengenai Imam Ibnu Arabi....
Imam Ibnu Arabi terkenal seorang yg Sukar Di fahami perkataannya. Beliau ada berkata, " اذا دخل السين على الشين ارتفع قبر ابن عربي"
"Apabila Masuk oleh Huruf Sin ke atas Huruf Syin maka akan timbullah Kubur (Maqam) Ibnu Arabi."
Bila orang mendengar perkataannya itu semua mereka pening dan tak mampu nak menghuraikan atau mensyarahkan Maqalah beliau tadi sampailah Beliau Wafat.
Beliau Tinggal Di Negeri Syam. Syam waktu itu diketuai Raja yang berkefahaman Qadariah dan mengkafirkan Ibnu Arabi, lalu beliau mengarahkan supaya sampah sarap di buang di atas makam Ibnu Arabi sampai menjadi satu timbunan yang besar, hingga orang kebelakangan pun tidak mengetahui bahawa d ibawah itu ada maqam.
Hingga lalulah beberapa zaman sampai bertukar raja kepada raja yang bermanhaj Aqidah Ahli Sunnah, maka beliau mendapat mimpi supaya perlu membersihkan kembali maqam Ibnu Arabi, lantas baginda membersihkannya sehingga timbullah kembali Makam Ibnu Arabi yang sudah sekelian lama di timbun dengan sampah.
Maka selepas kejadian itu barulah orang faham maksud kalam Ibnu Arabi.
Apabila masuklah oleh Sin (Salim) ke Syin (Syam) maka akan timbullah kembali kubur Ibnu Arabi🌹
Barakallahu fiikum saudara2ku yang dirahmati Allah
Amalan Syariat mengharapkan Syurga,
Amalan Hakekat mengenal Diri kita,
Jaganlah dibanding-bandingkan ilmu yang ada agar boleh bertambah ilmu didada
Surah AL- IKHLAS dalam Al Quran telah menceritakan tentang ke-wujud-an Allah s.w.t. yang menjadikan Rahsia manusia itu sendiri dan menceritakan pula ke-wujud-an Allah untuk ditanggung oleh manusia sebagai Rahsianya.
Alam INSAN atau disebut juga dengan Alam ke-tujuh sudah terkandung didalam surah AL-IKHLAS.
Proses pemindahan atau tajalli Zat Allah itu bermula dari alam Gaibul Ghaib kealam Ghaib hingga membentuk diri zahir dan Batin.
Diri manusia pada martabat INSANUL KAMIL adalah sebatang diri yang suci mutlak pada zahir dan Batin. ~> Tiada cacat dan celanya dengan Allah s.w.t. yaitu tuan Empunya Rahsia
Pada tahap martabat Alam Gaibul Ghaib, keadaan ini merupakan suatu martabat yang paling tinggi dan suci disisi Allah s.w.t. dan inilah martabat yang paling benar-benar di-redhoi oleh Allah s.w.t.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w pernah menegaskan dalam sabdanya, bahwa kelahiran seorang bayi itu dalam kedaan yang suci, dan yang membuatnya menjadi kotor itu adalah ibu bapanya dan masyarakat, serta hanyutnya manusia itu sendiri di dalam gelombang godaan kehidupan di dunia ini.
Adalah menjadi tanggung jawab seorang manusia yang ingin menuju ke jalan kesucian dan makrifat kepada Tuhan-nya untuk mengembalikan dirinya ke suatu tahap yang bernama manusia KAMIL AL-KAMIL (sempurna) ataupun dinamakan tahap martabat Alam INSAN.
Adapun martabat per-WUJUD-an Diri Rahsia Allah s.w.t. itu terbagi dalam tujuh (7) kategori/peringkat tajalinya, yaitu :
Ahdah
Wahda
Wahdiah
Alam Roh
Alam Misal
Alam Ijsam
Alam Insan
Ketujuh-tujuhnya ini terkandung di dalam Surah AL- IKHLAS, yaitu :
Qulhuawallahu ahad = Ahdah
Allahussamad = Wahdah
Lamyalid = Wahdiah
Walamyulad = Alam Roh
Walamyakullahu = Alam Mitsal
Kuffuan = Alam Ijsam
Ahad = Alam Insan
Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan Rahasia kepada tuan Empunya Rahsia, maka seorang manusia itu haruslah meningkatkan kesuciannya sampai ke peringkat awal asal kejadian Rahsia Allah Ta’ala.
Manusia harus melalui beberapa tahap ~> mulai alam insan ke martabat Zat Allah Azzawajalla yaitu martabat AHDAH.
Sebab sudah menjadi tugas kita (manusia) untuk mengenal hakikat ini dan selalu berusaha untuk mengembalikan amanah Allah s.w.t. tersebut seperti proses penerimaan amanah-Nya pada peringkat awalnya.
Sesudah lahir ke dunia manusia dihijab dengan nafsu-nafsu dan sudah kewajiban manusia itu menyucikan kembali agar ia dapat menembus satu martabat nafsu ke satu martabat nafsu yang lain hingga benar-benar tahu dengan Allah s.w.t.
Sesungguhnya Allah s.w.t. dalam usaha untuk memperkenalkan diri-Nya melalui lidah dan hati, maka Allah telah mentajalikan diri-Nya menjadi rahsia kepada diri manusia.
Pada alam Gaibul Ghaib yaitu pada martabat Ahdah, ~> kondisi ini dikatakan belum ada awal dan belum ada akhir, belum ada SIFAT, belum ada ASMA dan belum ada apa-apa satupun juga yaitu pada martabat ZATUL HAQ, disini telah di putuskan untuk memperkenalkan diri-Nya dan untuk diberikan tanggung jawab berat ini kepada manusia, maka ditajalikan-lah diri-Nya itu dari satu peringkat ke peringkat berikutnya hingga sampai zahirnya manusia yang berbadan Rohani dan Jasmani.
Adapun martabat Ahdah ini terkandung di dalam ayat Qulhuallahu Ahad yaitu pada zat semata-mata~> inilah dinamakan martabat ZAT.
Pada martabat ini kedudukan diri Empunya Diri (Zat Al-Haq) adalah dengan DIA semata-mata yaitu dinamakan Diri Sendiri.
Pada masa ini, tiada SIFAT, tiada ASMA dan tiada AFA’AL dan tiada apa-apa, yang kecuali zat mutlak semata-mata, maka berdirilah zat itu dengan DIA SEMATA-MATA, dan diri zat tersebut dinamakan Esa atau AHAD atau dinamakan KUN ZAT.
Pada peringkat yang kedua dalam proses mentajalilkan diri-Nya, Diri Empunya Diri telah mentajalilkan diri ke suatu martabat sifat yaitu SABIT NYATA PERTAMA.
Pada martabat ini dinamakan martabat Noktah Mutlak = Noktah Ghaib atau disebut juga sifat MUHAMMADIAH
Pada martabat ini juga dinamakan martabat WAHDAH yang terkandung di dalam ayat Allahussamad yaitu tempatnya zat allah s.w.t., tiada terang sedikitpun hal ini meliputi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.
Pada peringkat ini Zat Allah Ta’ala mulai bersifat.
Sifatnya itu adalah sifat batin, jauh dari nyata dan hal ini boleh diibaratkan seperti sebatang pohon yang masih didalam biji, pohon tersebut telah wujud, tapi tidak nyata, sebab itulah dinamakan Sabit Nyata Pertama pada martabat La ta’yan Awal.
Oleh kerana itu di dalam martabat ini keadaan-nya NYATA TAPI TIDAK NYATA (wujud pada hakiki) sama sekali tidak zahir.
Maka pada peringkat ini tuan Empunya Diri tidaklah ber-ASMA, dan di peringkat inilah terkumpul zat mutlak (Zatul Haq) dan sifat Batin.
Maka disaat ini tidaklah berbau, belum ada rasa, belum nyata di dalam nyata, pada peringkat ini sebenarnya pada hakiki sifat (kesempurnaan sifat), Zatul Haq yang ditajallikan itu telah sempurna, sudah lengkap segala-galanya. Hai ini semua terhimpun dan sembunyi tapi sesungguhnya telah zahir pada hakekatnya.
Peringkat ketiga setelah di-tajalli-kan Dirinya pada peringkat WAHDAH maka Empunya Diri yang ada pada Diri Rahasia manusia men-tajalli-kan lagi Diri-Nya ke satu martabat ASMA yakni pada martabat Nama-nama atau dinamakan martabat WAHDIAH.
Martabat ini terkandung di dalam ayat Lamyalid yaitu sifat yang Qadim
lagi Baqa tatkala menilik wujud Allah s.w.t.
Pada martabat ini keadaan tubuh Diri Rahsia telah yang terhimpun adalah ZAT, SIFAT Batin dan ASMA Batin. ~> yang dinamakan berhimpun tapi belum bersatu kerana pada peringkat ini sudah dapat ditentukan bangsa masing-masing (langit, bumi, gunung ..), tetapi perlu diingatkan pada peringkat ini semuanya belum zahir di dalam ilmu Allah s.w.t, yaitu di dalam keadaan (…) artinya suatu keadaan yang tetap di dalam alam rahsia (ilmu Allah) yang belum zahir.
Pada peringkat ini juga telah terbentuk Diri Rahsia Allah s.w.t. yang hakiki dalam batin yaitu boleh dikatakan juga Diri Roh di dalam Roh yaitu didalam keadaan nyata tetapi tidak nyata.
Peringkat keempat didalam usaha Diri Empunya Diri untuk menyatakan Dirinya, maka DIA mengolah dirinya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamakan ROH. Pada peringkat ini dinamakan martabat ROH pada Alam ROH.
ROH ini adalah merupakan tubuh batin hakiki-nya manusia, dimana batin ini sudah nyata Zat-Nya, Sifat-Nya, Asma-Nya, dan Afa’al-Nya. semuanya sempurna dan lengkap, seluruh anggota-anggota batinnya tiada cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan ALAM KHARIJAH yaitu nyata dan zahirnya pada hakikatnya daripada Ilmu Allah Ta’ala.
ROH ini juga dinamakan Jisim Latif yaitu suatu bentuk tubuh yang halus yg tidak akan mengalami suka-duka, sakit, menangis, senang dan hancur dan inilah yang dinamakan (…)
ayat Walamyulad
Inilah yang dinamakan keadaan tubuh hakekat insan yang mempunyai awal dan tiada berkesudahan dan Dialah sebenar-benarnya yang dikatakan diri Nyata Hakiki Allah pada diri manusia. dan berdirilah Dia dengan Diri Tajalli Allah s.w.t. dan hiduplah Dia buat selama-lamanya.
Untuk menyatakan DIRINYA ini, Allah s.w.t terus menyatakan Dirinya melalui Diri Rahsianya itu secara Nyata dengan membawa Diri Rahsianya itu untuk dikandung pada diri Bapa, maka dalam keadaan ini dinamakan Alam MITSAL ini terkandung didalam ayat
Walamyakullahu yaitu dalam keadaan yang tidak dapat digambarkan.
Dalam keadaan ini tubuh Rahsia Diri Allah adalah masih sama halus seperti di Alam Roh dan tubuh itu telah terbentuk dengan sempurna pada seluruh anggota batin-nya seperti, Rupa dan bentuk kasar diri seorang manusia itu, keadaan ini dinamakan keadaan ke-sempurna-an sifat Roh yang sempurna pada ZAT pada SIFAT pada ASMA dan pada AFA’AL hakikinya masing-masing.
Diri Rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini, kemudian tajalikan lagi ke ubun-ubun bapa dan seterusnya ke
Mani
Wadi
Di
untuk disalurkan kesuatu tempat dan bergabung dengan Diri Rahsia Batin (Roh) dan diri kasar hakiki didalam tempat bernama RAHIM IBU dan terbentuklah Manikam pada saat persetubuhan.
Perlu di-ingat-kan tubuh rahsia pada saat itu hidup sebagaimana awalnya, didalam rupa yang Elok/indah dan tiada binasa dan belum Zahir, dia akan tetap hidup dan tidak mengenal apa arti mati.
Setelah dari alam Misal yang dikandung oleh Bapa maka berpindah-lah Diri Rahsia itu melalui Mani bapa kedalam Rahim ibu, inilah yang dinamakan ALAM IJSAM.
Pada Martabat ini dinamakan martabat INSANUL KAMIL yaitu batang Diri Rahsia Allah yang telah di Kamilkan dengan tubuh diri manusia dan akhirnya dia menjadi KAMIL AL KAMIL menjadi satu pada zahirnya diantara kedua badan yaitu Rohani dan Jasmani, dan lahirlah seorang Insan melalui Rahim ibunya dan sesungguhnya martabat bayi yang baru lahir itu adalah merupakan satu martabat manusia yang paling suci yang dinamakan INSANUL KAMIL.
Sebenarnya Martabat Alam Insan diperbincangkan secara panjang lebar di dalam 3 bab sebelumnya adalah bertujuan untuk menyedarkan kita semua bahwa :
DIRI KITA INI ADALAH BUKAN DIRI KITA.
Diri kita adalah diri yang ditajallikan oleh diri kita sendiri pada Martabat Alam Ahdah, yaitu alam Gaibul-Ghaib.
Dan nyatanya diri kita ini yang mempunyai diri zahir dan diri batin pada Martabat Alam Insan adalah bagi menyatakan diri kita pada Martabat Alam Ahdah yakniMartabat Ketuhanan itu sendiri.
Sesungguhnya Allah s.w.t. yaitu diri kita pada Martabat Ahdah menyatakan diri-Nya dengan Sifat-Nya sendiri, dan memuji Sifat-Nya dengan Asma-Nya sendiri, serta menguji Sifat-Nya dengan Afaal-Nya sendiri.
Sesungguhnya tiada sesuatu-pun pada diri kita kecuali diri Allah s.w.t. Tuhan Semesta Alam semata-mata.
Di dalam perbincangan yang begitu panjang, kita telah membahas tentang Ahdah. Wahdah, Alam Roh, Alam Misal, Alam Ijsan dan Alam Insan yang merupakan Peringkat Tajalli diri kita pada martabat Ketuhanan sampailah diri kita NYATA dengan satu tubuh yang utuh berbangsa MUHAMMAD pada Alam Insan untuk menyatakan diri kita sendiri pada Martabat Tuhan.
Sesungguhnya tidak mungkin nyata Tuhan Semesta Alam itu tanpa wujud dan zahir-nya diri kita berbangsa Muhammad, dan sesungguhnya tidak mungkin zahir dan wujud-nya diri kita berbangsa Muhammad ini tanpa diri kita pada martabat Ahdah yaitu martabat Ketuhanan.
Sesungguhnya zahirnya diri kita ini sehingga berbatang tubuh berbangsa Muhammad adalah melalui TUJUH PROSES peringkat tajalli.
Pertama-nya adalah peringkat Martabat Ahdah, keadaan diri kita pada Martabat Ahdah adalah dalam keadaan KUN ZAT yaitu dalam keadaan belum nyata zat sekalipun, dimana diri kita dengan diri Tuhan adalah satu.
Diri kita itulah Tuhan dan diri Tuhan itu adalah kita, pada saat itu tiada HAMBA tiada TUHAN dan pada martabat ini belum ada sesuatu apapun yang wujud dan zahir kecuali yang nyata adalah diri kita sendiri saja pada martabat diri sendiri.
Pada martabat ini tiada AWAL tiada AKHIR, tiada ZAHIR dan tiada BATIN, tiada SIFAT tiada ZAT, tiada ASMA tiada AFA’AL, tiada BULAN tiada BINTANG, tiada LANGIT dan tiada BUMI. tiada dan tiada……………. kecuali hanya diri kita sekita-kitanya.
Dalam keadaan begini, kita memutuskan dengan diri kita sendiri untuk menyatakan diri kita sendiri dengan sifat kita sendiri. Maka kita tajallikan diri kita sendiri di dalam suatu martabat yang bernama Wahdah.
Pada peringkat martabat Wahdah ini zat diri kita telah nyata tetapi sifatnya belum nyata KUN SIFAT, keadaan seperti ini disebut KEADAAN NYATA YANG TIDAK NYATA (nyata pada diri zat saja).
Jadi diri kita pada martabat ini nyata dalam NUR ALLAH itulah sifat batin di dalam batin yang pertama yang dikatakan LA TA’YAN AWAL
Oleh kerana itu pada masa ini, kita belum dapat menentukan sifat kita sendiri yaitu diantara alam KABIR dengan alam SHAGIR yang mana kedua alam inilah yang menjadi pe-NYATA-an WAJAH dan diri kita ketika nyatanya sifat kita nanti.
Kerana hal tersebut diatas maka kita nyata-kan lagi diri kita pada MARTABAT WAHDAH, dimana pada martabat ini diri kita telah nyata pada sifat kita mengikuti bangsa-nya mesing-masing.
Pada saat itu ada di-antara diri kita yang menjadi BULAN, menjadi BINTANG, menjadi MATAHARI, menjadi BUMI, menjadi LANGIT dan lain-lain sebagainya atau dengan kata lain nyata-nya wajah kita ini meliputi seluruh Alam kabir (alam semesta) maka keadaan nyata seperti inilah disifatkan sebagai nyata.., akan tetapi diri rahasia kita belum nyata pada sifat yang manapun.
Sesungguhnya untuk menyatakan Diri Rahsia itu, maka kita tajallikan diri kita ke satu peringkat lagi yaitu ke ALAM ROH untuk menyatakan sifat kita pada sifat diri Insan yaitu batang tubuh berbangsa Muhammad (manusia). Maka pada peringkat Alam Roh sifat batin untuk manusia, yaitu diri sifat batin kita yang mengandungi Diri Rahsia kita dinyatakan maka disaat inilah per-sumpah-an (Ikrar-Janji) di antara diri kita dengan sifat kita terjadi untuk tujuan mencapai matlumat asal tajalli diri kita, untuk menyatakan diri kita dengan sifat kita, dimana sifat kita akan menyaksikan dan mengenali diri kita yang sebenarnya.
Itulah harapan kita untuk menyatakan diri kita kepada sifat kita yang bernama MANUSIA yang bakal dinyatakan melalui peringkat tajalli pada Alam Misal dan Alam Ijsan nanti.
Maka, akan nyatalah per-saksian diri kita oleh sifat kita guna menyatakan diri kita sendiri dan sesungguhnya itulah matlumat terjadinya tajalli tersebut.
Oleh kerana diri kita di dalam INSAN pada Martabat Alam Roh belum nyata, maka kita-pun men-tajalli-kan diri kita ke Alam Misal yaitu Alam Kandungan Bapak seorang manusia, kemudian tinggallah diri kita di dalam Alam Bapa itu selama 40 hari dan ter-bentuk-lah diri kita dalam keadaan DI, WADDI dan MANI serta ber-pindah-nya diri kita yang berada dalam LENDIR MANI Alam Misal (Mani Bapa) dan dipindahkan lagi ke Alam Ijsan agar dapat sifat diri batin kita (roh) dicantumkan dengan satu sifat zahir yang berbangsa Muhammad s.a.w. tinggalah kita di Alam Ijsan selama 9 bulan, 9 hari, 9 jam, 9 minit, 9 detik, 9 second dan keluar-lah sifat zahir diri kita daripada Alam Ijsan yaitu Kandungan Ibu berupa sifat apa yang di-nama-kan MANUSIA dan di dalam sifat batang tubuh Manusia yang berbangsa Muhammad s.a.w. itulah terkandung diri kita yang menjadi rahsia kepada sifat diri manusia itu sendiri.
Sesungguhnya diri kita yang berada dalam sifat zahir yang berbangsa Muhammad s.a.w. itulah yang dikatakan ALAM INSAN.
Kesimpulan daripada penerangan, proses tajalli diri kita hingga NYATA-nya diri ini adalah Diri yang mengandungi diri Rahsia kita yaitu diri Tuhan semesta alam.
Oleh kerana itu, kita yang berada dalam diri sifat kita yang bernama manusia itu menjadi Rahsia kepada diri manusia itu.
Maka adalah menjadi tanggung-jawab diri kita pada martabat zahir ini, berusaha menyucikan diri Sifatnya untuk kembali menjadi TUHAN sebagaimana diri kita pada asalnya.
Sesungguhnya bagi seorang manusia sudah menjadi maklumat hidupnya untuk me-MAKRIFAT-kan dirinya dengan Allah s.w.t. yakni kembali semula menjadi sebagaimana asal-nya.
Dan sesungguhnya untuk kembali menjadi Tuhan semula, dan mencapai proses penyucian dirinya sampai ke peringkat Martabat Ahdah itulah yang menjadi matlumat sebenar-nya pengajian Makrifat.
Disamping itu adalah perlu ditegaskan disini, bahwa tidak mungkin bagi seorang diri manusia dapat me-MAKRIFAT-kan dirinya dengan Allah s.w.t. yakni Tuhan Semesta Alam sepanjang manusia tersebut tidak kembali semula menjadiTUHAN, yaitu HAKIKAT USUL DIRINYA. = kita (manusia)
Asal kita diri TUHAN
Kita me-NYATA-kan sifat dirinNya
Mohon maaf..
Bila belajar barulah FAHAM
salam persaudaraan 🌹😊 👍
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment