Wednesday, 9 December 2015
Tasawuf kalam&tazkirah kutbah
#Assalamualaikum shbt..
Khutbah terakhir Nabi Muhammad saw yang disampaikan di Lembah Gunung Uranah, Gunung Arafah, pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijrah.
D E N G A R
B A I K - B A I K
A P A Y A N G
I N G I N A K U
K A T A K A N..
Dengar baik-baik apa yang ingin ku katakan. Aku tidak tahu adakah aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini..!
Sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Wahai manusia,
Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik. Berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah sama sekali tidak boleh membenarkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,
Dengarlah bersungguh-sunguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu juga adalah sama. Tiada seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dengan taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan.
Oleh itu awaslah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,
Tiada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dangan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Qu'ran dan Sunnahku. Hendaklah orang orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
""Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.""
Moga kalian fahami ayat terakhir dari petikan khutbah Baginda SAW..
[7:32 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Setengah dari tanda bahawa seorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan/dosa.
- SYEIKH IBNU ATHO'ILLAH AL-HIKAM
[7:36 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ikhlas itu tiada diri
[7:37 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Siapa yg bergantung kpd dirinyavakan buta dengan Allah
[7:38 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Org yg melihat Allah tdk melihat amalnya
[7:41 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Org yg bergantung dgn diri dlm amalnya akan menuntut ganjaran dan manfaat drp amalnya
[7:43 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Org yg mengenal Allah tdk bertambah harapannya kpd Allah dlm amalnya dan tdk berkurang harapnya kpd Allah ketiadaan amalnya
[7:44 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ia tetap dgn Allah
[7:44 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Tdk berpaling kpd syurga dan neraka
[7:46 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Org yg mengenal Allah menyembah Allah dlm segala tempat dn waktu
[7:47 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Org yg bersandar kpd dirinya dlm menyembah Allah memilih tempat dgn nafsunya
[7:48 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ia terjauh drp Allah
[7:48 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Pada hakikatnya ia menyembah dirinya
[7:49 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Allah yg disembah setiap masa dan setiap tempat
[7:49 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ia menyembah Allah dgn Allah bukan dgn dirinya
[7:50 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ia tdk bersandar lagi dgn dirinya mati
[7:50 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Mati sebelum mati
[7:51 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Hatinya telah menjadi kaabah Allah
[7:52 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Rohnya sentiasa tawaf keEsaan Zat Allah
[7:53 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Hatinya telah menjadi tanah haram
[7:53 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Diharamkan selain Allah mendiaminya
[7:54 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Hatinya milik Allah
[7:54 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ia bersaie kpd Allah
[7:55 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Berulang alik drp alam kpd Pencipta alam
[7:56 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ia mengucapkan salam perpisahan dgn kaabah dimekah dgn hati yg gembira
[7:57 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ia meninggalkan kaabah dimekah menuju kpd KeEsaan Allah
[7:58 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Hatinya bukan lagi dimekkah dan madinah
[7:59 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Rohnya telah meninggalkan masjidil haram dan masjidil Aqsa
[7:59 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Menuju hadrat Allah
[8:00 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Rohnya bukan lagi dialam semesta
[8:01 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Rohnya telah kembali kerahmatullah
[8:02 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Hanya tinggal jasad sebagai batu nisannya didunia
[8:03 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Inilah maqm mereka yg tdk bergantung kpd amalnya, tetapi ia bergantung kpd Zat Tuhan sekalian alam
[8:03 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Ia buta selain Allah
[8:03 PTG 09/12/2015] KALAM QADIM: Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment