Setiap pengakuan cinta akan diuji, cinta kepada sesuatu lupa kepada sesuatu. Cinta kepada dunia lupa akhirat, cinta kepada akhirat lupa dunia dan cinta kepada Allah lupa selain Allah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Dan (sekarang) lihatlah kepada Tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya.
(Taha : 97)ج
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dan Allah mengingatkan kamu akan DiriNya(Ali-Imran:30), iaitu Allah Sendiri yg akan berbicara kepadamu tampa orang tengah, Dia akan mengenalkan DiriNya kepadamu dan memberi yakin serta petunjukNya.
Wahai hambaKU! Hati yg tenang ialah hati yg tiada didalamnya sesuatu selainKU....
Wahai hambaKU! Hati yg tenang ialah hati yg mendengar AKU berbicara....sabarlah wahai hambaKU, AKU-lah yg mengujimu....
Wahai hambaKU! Hati yg tenang ialah hati yg sentiasa berhadap kepada ZatKU semata-mata, walaupun ia tidak dapat mendengar bicara apa-apa pun daripadaKU....
- SIR AR-RUBUBIYYAH ُ
Benarlah janji Allah dan RasulNya bahawasanya orang yg dicintai akan diujiNya.
Ujian yg akan membawa kepada pecah hati kepada Allah sehingga bertambah dekat dan dekat kepadaNya.
Hilanglah segala pergantungannya kepada selain Allah, lalu ia dibukakan pintu pengenalan kepada Zat Yg Maha Agung.
Sehingga ia tidak mahu lagi melihat dan berbicara kepada selain Allah kerana hatinya telah merasakan kecukupan dengan Zat Yg Maha Esa.
Walaupun telah hilang segala-galanya baginya, namun kepuasannya bersama Zat Yg Maha Suci lagi Maha Tinggi.
Tiada lagi yg diingininya melainkan Allah لا اله الا الله .
"Kalau tak tau apa apa jangan tuduh macam macam"
Dalam khazanah kisah kisah sufi ada diceritakan tentang seorang pemuda yang begitu lantang mencemuh tokoh sufi Zun Nun Al Misri dan tharikatnya.
Sesudah si pemuda puas memperlihatkan kebenciannya, Al Misri mencabut cincin daripada jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar, gadaikanlah dengan harga satu dinar saja"
Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua dan dibawa ke pasar. Dia menawarkan kepada para pedagang, dari penjual buah sampai penjual makanan. Tiada seorang pun melirik apatah lagi tertarik.
Lalu dengan wajah hampa pemuda itu kembali kepada Al Misri dan berkata, "Engkau membohongiku, cincin ini tidak berharga"
Jawab Al Misri, " Jangan marah dulu, sekarang juallah cincin itu kepada ahli permata. Tawarkan seribu dinar."
Tentu saja pemuda itu menjadi gusar dan pelik. Tapi rasa ingin tahunya membuatkan dia menuruti perintah ahli sufi itu.
Sungguh menghairankan, ternyata para pedagang permata berebut untuk membeli cincin itu.
Pemuda itu merasa takjub dan bergegas menemui Al Misri dan berkata " Mereka bersaing untuk membelinya."
"Nah." kata Al Misri. "Orang tidak akan mengetahui suatu benda berharga atau tidak jika ia belum mengenalnya. Bagaimana mungkin kamu berani mencaci para sufi dan ilmu tasauf, jika kamu belum mengetahui isinya? Pelajari dulu baik baik, barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak." اللهـم صل على سيدنا محمد
No comments:
Post a Comment