Friday, 4 December 2015

Tasawuf kitab&rasa


🔱 MARI MENGENAL KITAB-KITAB SILAM 🔱

✳ Bismillah - Sebuah kitab yang berjudul "al-Qhurar", merupakan antara khazanah-khazanah kajian keturunan Bani 'Alawi yang terawal. Kitab ini merupakan salah sebuah rujukan yang paling utama dalam kajian nasab kabilah-kabilah di Yaman, ia menjadi rujukan para pengkaji nasab termasuk ahli akademik dari kalangan pensyarah universiti dan penyelidik.

✳ Jika anda membuka mana-mana kitab moden yang menceritakan perihal kabilah Arab di Yaman pasti akan dapati kitab ini merupakan salah satu rujukan utama penulis.

✳ Apa yang penting, kitab ini menceritakan latarbelakang  sejarah penghijrahan keturunan Ahlul Bait dari bumi Basrah ke Hadramaut. Apa yang penting juga, kitab ini membahaskan biografi satu persatu nenek moyang para habaib yang berhijrah dan mengembangkan dakwah Ahli Sunnah Wal Jama'ah di bumi Yaman.

✳ Bermula dari latar belakang al-Imam Ahmad bin Isa al-Muhajir ilAllah -رحمه الله تعالى-(yang difitnah berfahaman syiah) sehingga lah anak-anak dan cucu-cucu beliau yang berkembang pesat khususnya di Hadramaut dengan curahan bakti dan jasa mereka kepada masyarakat di sana.

✳ Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang salasilah dan asal usul nasab/keturunan Habaib sila lah baca kitab ini untuk mendapat maklumat-maklumat yang tepat agar jauh dari segala fitnah yang tidak bertanggungjawab. Bagi mereka yang sering menyebut ini adalah keturunan dakwaan, perlu diingatkan beberapa perkara:

🍃1) Jangan cepat dan sewenang-wenangnya menafikan nasab sesiapa pun, ia memberi implikasi yang sangat buruk apabila kita berhadapan dengan Allah Ta'ala nanti. Ketahuilah akibat menafikan nasab seseorang maka dosanya amat lah besar, melainkan penafian itu mempunyai bukti yang kukuh di sisi syarak.

🍃2) Begitu juga dosa besar bagi mereka yang sewenang-wenangnya mengaku berketurunan fulan bin fulan sedangkan hakikatnya bukan begitu. Melainkan nasab yang diakui itu adalah benar-benar nasab keturunannya.

🍃3) Mengaku berketurunan tidak semestinya sombong atau berlagak, tetapi perakuan itu adalah hakikat yang tidak perlu diselindung. Contohnya nisbah seseorang pada datuknya yang hebat, ini bukan bermakna menumpang populariti datuknya, namun ia adalah hakikat yang sebenar yang dia adalah cucu kepada datuknya.

🍃Jika seseorang itu anak kepada insan yang sangat hebat. Adakah masuk akal jika dia terpaksa menafikan bahawa dia bukan anak kepada bapanya kerana khuatir dituduh berlagak atau menumpang glamer bapanya???

🍃4) Begitu juga, nasab atau keturunan yang dijaja atas tujuan kesombongan, riak dan ujub sudah pastinya ia terlarang. Namun sombong, riak dan ujub adalah urusan hati, hanya Allah yang maha mampu menilai isi hati manusia, sedangkan kita hambanya hanya mampu menilai pada zahir di hadapan mata. Oleh jangan mudah berburuk sangka dan membuat tuduhan melainkan terdapat bukti kukuh yang membuktikan kesombongan seseorang.

🍃5) Adakala keturunan yang dijaja bukan lah dari tuannya, malah ramai yang menjaja keturunan atau nasab habaib dari pencinta-pencinta para habaib. Seperti yang sedia maklum, dalam setandang pisang tidak semuanya elok, apatah lagi terdapat ribuan para pencinta para habaib pastinya ada di antara mereka yang jahil kurang berilmu dan taksub sehingga menjaja nama dan keturunan habaib dengan cara yang tidak selayaknya.

🍃6) Jangan samakan kaum Alawiyeen di Syria mahupun di Iran dan Iraq yang beragama Syiah dengan keturunan Bani Ba 'Alawi. Walaupun namanya hampir sama tetapi ia adalah dua entiti yang berbeza malah ia tiada hubung kait antara kedua-duanya. Apa yang dikesalkan ada individu yang jahil telah mengaitkan keturunan Bani Ba 'Alawi dengan puak Alawiyeen di Syria dan merata tempat yang berfahaman Syiah.

🍃7) Sejarah keturunan Alawi(nisbah kepada Saidina Ali) memiliki sejarah yang amat panjang dan pecahan keturunan sangatlah besar dan luas. Oleh itu nasab Bani Ba 'Alawi hanya pecahan yang sangat kecil. Bahkan nama Ba 'Alawi itu bukan lah nisbah kepada Saidina Ali Radiyallahu 'anhu, malah ia nisbah kepada cucu kepada Imam Ahmad al-Muhajir yang pertama sekali lahir di Hadramaut, iaitu Imam Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa.

🍃8) Perkara yang jelas membezakan antara puak Alawiyeen dengan Bani Ba 'Alawi ialah fahaman akidah dan pegangan mereka. Puak Alawiyeen berfahaman Syiah manakala Bani Ba 'Alawi berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, ia boleh dibuktikan melalui khazanah-khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh mereka yang berbentuk kitab-kitab yang sangat bermanfaat.

🍃9) Semua sedia maklum begitu juga para habaib bahawa nasab dan keturunan sama sekali tidak menjamin seseorang itu bahagia di akhirat kelak. Para habaib juga sering mengingatkan bahawa Allah Ta'ala sama sekali tidak melihat dan menilai nasab keturunan seseorang, hanya taqwa yang mampu meraih keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala.

Selamat membaca dan mengkaji. Wallahu A'lam.🌿

Penulis : "Abdullah Si Hamba Allah"
Sebaran : Ustaz Basith Admin M.C.R
Penyunting : p.m.s


Bismillahirrahmanirrahim

MENGENALI RASA..

DIA ada pada setiap "Rasa" yang "Hidup",

DIA ada pada setiap ke"mati"an sepanjang zaman dan keabadian

DIA ada untuk dan pada setiap hati dan jiwa.. ~> tak perduli dia bercahaya atau tidak, tak perduli pada jiwa yang suci atau hina...

Tiada satu tempat tanpa kecuali...,
tanpa Cinta Kasih Sang Maha Suci

Tiada satu makhluk luput dari Nur-NYA, kecuali kemunafikan kerana terhijab kesombongan

Tiada yang mampu atau tak mampu..,
semua memiliki dan diberi waktu..,
bukan kerana kehendak atau keinginan Sang Guru.., namun Sang Khalik penentu semua takdir itu

jika "RASA" yang bicara

jika "RASA" yang bekerja,

jika "RASA" yang bertahta,

maka tidak ada yang boleh dijelaskan...,
kerana tidak ada penjelasan yang layak dimengerti atau dipertanyakan, kerana itu tidak cukup untuk merealisasikan apa yang terjadi dan dialami, kecuali kemesraan diri dan sang Diri...

Terpanalah aku padaMU, kerana dimana2 hanya ada Engkau...
Cukup yang kutahu adalah Sejatiku, kerana hanya Engkau yang menemani hidup dan matiku

Terpesonalah aku padaMU, kerana disetiap saat kudapati senyuman Engkau... Cukup aku sendirian, kerana dalam sendiri Engkau menyatu dalam seluruh rasa hakiki

Terbiar aku dari lelapku, kerana larut dalam hangatMU..

"*Terjaga" lebih baik daripada "Tidur*"

Bisu aku dari suaraku, kerana malu dan takjub akan bisikanMU..
Lebih baik diam, kerana hanya DIA yang mampu mendengar

Tertunduk aku dan kuasingkan sang waktu, demi berlama2 menghirup harum nafasMU...aku bicara melalui qalbu, kerana Dirimu setia beri Cinta dihatiku

Wahai jiwa yang putus asa..
tahukah engkau asa yang paling mulia, bukan berharap pada sesuatu yang mengikat, bukan bersandar pada sesuatu yang masih berkutat di dunia nalar, tiada hidup selain Cinta, tiada kebahagiaan selain kedamaian Kasih di dunia hati yang terdalam, DIA lah Cinta Kasih Tuhan, yang tak bersyarat, tiada tandingan dan tak berkesudahan...

Maha Cinta dari segala sifat, rasa dan kehendak, berlari dan raihlah IA semata, lepaskan duka, surutkan lara, sucikan hati dan rasa...

Sementara "saat ini" adalah waktu tepat dan bijak mendewasakan kesedaran diri, bukan nanti atau esok hari...

Penuh kesedaran, lalu bawalah segenap kerinduanmu sebagai hamba yang hanya berhajat akan CintaNYA semata, di atas yakinmu dan imanmu..

Hijrahlah kepada hakikat, agar niat dan jalanmu tiada tersesat, sesungguhnya insaf adalah amal yang nikmat..
Aamiin Yaa Rabbal Alamin..

~selain "DIRI" Hakiki, maka siapapun, tidak ada yang mampu menjamin ketenangan dan kebahgiaan hidup seseorang, kecuali hijab dari kemelekatan...

~Sungguh ALLAH maha Pengasih dan Penyayang, tiada si hina, tiada si munafik dan pendosa, adapun ujian dan segala perkara pahit dan berat adalah KasihNYA, RahmatNYA dalam menyucikan kembali jiwa2 hambaNYA yang teramat diKasihiNYA~

Salam persaudaraan💖 📖 💖



No comments:

Post a Comment