Wali Dakhilul Hijab dalam1 abad hanya ada 4 orang. Wali ini tidak dapat diketahui kewaliannya oleh para wali yang lain sekalipun sekelas Wali Qutb Seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani kerana wali ini ada di dalam Hijabnya Allah. Namanya tidak tertera di Lauhul Mahfuz sebagai barisan para Aulia.
Namun Nur Ilahiyyahnya dapat terlihat oleh para auliya' seperti diriwayatkan dalam kitab Nitajul Arwah, bahawa suatu ketika Syeikh Abdul Qadir Jailani melaksanakan Tawaf di Makkah. Tiba-tiba Syeikh melihat seorang wanita dengan Nur Ilahiyyahnya yang begitu terang benderang sehingga Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mukasyafah ke Lauhul Mahfuz.
Dilihat di Lauhul
Mahfuz, nama wanita ini tidak ada di barisan para wali-wali Allah. Lalu
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani bermunajat kepada Allah untuk mengetahui
siapa wanita ini dan apa yang menjadi amalannya sehingga Nur
Ilahiyyahnya terpancar begitu dahsyat.
Kemudian Allah memerintahkan Malaikat Jibril A.S. untuk memberitahu kepada Syeikh bahawa wanita tersebut adalah seorang waliyyah dengan maqam/pangkat Dakhilul Hijab ertinya "Berada di dalam hijabnya Allah".
Kisah ini mengisyaratkan kepada kita semua agar senantiasa berhusnudzon iaitu bersangka baik kepada sekalian umat manusia, sekalipun dia itu kelihatan kotor, hina, dan tercela di mata manusia.

No comments:
Post a Comment