Monday, 3 July 2017

Penat Berdebat Balik Memantat

Kenapa Nabi tidak suka berdebat tentang agama?Sebabnya ialah Nabi tahu hanya Melayu yg memilih utk menjadi biol dengan berdebat.LOL
Tuhan melarang berdebat dlm agama kerana hasilnya adalah lebih buruk daripada baik.Tapi inilah kegemaran utama Melayu.Kenapa?
Sebab Melayu merasa seronok "jalan ke syurga sudah terbuka luas utk mereka". Berdebat dlm hal agama dapat memuaskan ego Melayu(dapat me-nerakakan orang lain) dan dapat mengisi kekurangan pencapaian hidup mereka.Lalu mereka seronok berdebat(untuk menang) walaupun tahu ianya tidak dapat menyelesaikan apa-apa.
Tugas Nabi(yg dipercayai oleh Melayu) ialah menyampaikan(tabligh).Tidak pula disebut berdebat.Dalam Quran disarankan bercakap dgn lembut dan hemah sewaktu menerangkan sesuatu yang HAQ.Kata Melayu,"hidayah itu milik tuhan",tapi kenapa Melayu selalu "butthurt" jika pandangan orang lain tidak selari dgn pandangan mereka?
Jika benarlah Nabi suka berdebat,tunjukkan pada ana bukti (transkrip/manuskrip) Nabi berdebat dengan Abu Jahal,Abu Lahab,Abu Sufian atau lain-lain pemuka Quraisy yg kafir?.Jadi kenapa Nabi tidak berdebat walhal beliau adalah pesuruh Allah?Dan kenapa Melayu yg bukan pesuruh Allah suka berdebat sambil menganggap orang lain sesat,bodoh,kafir,tidak mendapat hidayah dan akhirnya ke neraka.
Aneh.Melayu suka benar berdebat dengan sesama Islam,tetapi bacul pula utk berdebat dengan pemuka agama yg lain(jika seronok sangat utk berdebat).Siapakah tokoh Melayu yg handal berdebat dengan tokoh Kristian,Buddha,Hindu dll di Msia ini?Ada?Melayu cuma tahu tunjuk terer mengislamkan orang asli,itupun orang asli di Msia,bukan orang asli dihutan Amazon,Irian Jaya,Peru atau lain-lain kawasan didunia spt yg dilakukan oleh para mubaligh Kristian.Nak pujuk masyarakat Melayu yg telah murtad pun mereka gagal,ini pulak nak berdakwah dgn masyarakat Kristian,Buddha atau Hindu.Poyo betul Melayu.
Tapi dengan sesama Melayu,mereka menghamburkan segala macam teori agama,fatwa,hadis sahih,hadis x sahih,hadis palsu,riwayat Arab,hadis Qudsi dan pelbagai lagi quote-quote dari ostad dan ulamak.Untuk apa?Dengan mazhab lain spt Syiah atau Wahabi,mereka sanggup tidak tidur,tidak makan dan tidak minum demi "suatu perdebatan suci utk memperjuangkan agama" kononnya.Kalau betul anda yakin anda dipihak yg suci lagi benar,pergi saja masuk ke semua page Kristian,Buddha dan Hindu di laman sosial,kemudian berdebatlah dan masukkan lah mereka kedalam Islam.Boleh?(Jangan lupa posting kejayaan anda di FB nanti).
Nabi Muhammad(sama spt nabi-nabi lain) menyampaikan idea-idea baru(gagasan/anjakan paradigma) kpd kaum Quraisy utk mereka berubah.Nabi tidak menghabiskan masa dengan ceramah dan berdebat.Nabi datang utk menawarkan idea-idea baru utk merubah jalur-jalur sosial masyarakat.Nabi bukan datang utk "cari makan" dgn agama dan berdebat soal agama.Kerja Nabi mudah iaitu menyampaikan.Jika mahu dengar,dengarlah.Jika tidak mahu,tidak mengapa.
Sebab itulah setiap kali ayat-ayat "hukum" disampaikan kpd manusia,awalan ayatnya dimulakan dengan perkataan "Wahai orang-orang yg beriman".Sesiapa yg tidak beriman dgn suruhan tersebut,baginda tidak memaki hamun mereka.Baginda tidak mengatakan mereka sesat atau berhati gelap atau menyindir-nyindir dgn niat provokasi(sptmana kelakuan majoriti Melayu).
Melayu memang tidak suka mendengar idea-idea baru dalam agama.Mereka mahu kekal hidup dlm zon masa 1400 tahun dahulu.Nabi datang kpd kaum Quraisy utk membawa mereka ke masa depan(kerana mereka hidup dlm kegelapan),tetapi Melayu dan umat Islam hidup dengan melihat ke belakang dan menentang idea-idea pembaharuan serta mahu kekal dlm kegelapan.Sebab itulah kurma masih dianggap makanan sunnah walhal buah kiwi dan anggur pun banyak khasiatnya.
Katakanlah jika Nabi Muhammad bukan Nabi terakhir,dan tahun depan akan lahir Nabi baru dikalangan Melayu,nescaya sikap Melayu terhadap Nabi baru mereka saling tak tumpah sptmana sikap kaum-kaum kafir Quraisy terhadap Nabi Muhammad.Mereka akan menentang Nabi yang baru dgn alasan "nenek moyang kami tidak mengajar kami sptmana apa yg kamu ajar,so kami tidak akan berubah".
Betul kata Mahathir tentang Melayu,pelajar Melayu yg dihantar keluar negara pun tidak gemar bergaul dgn orang asing.Kenapa?Sebab mereka mempunyai mentaliti "kultus"(cult).Mereka hanya fokus dan berfikir tentang kaum mereka sahaja.Lebih-lebih lagi jika orang asing tersebut adalah "kafir laknat",itu sudah pasti akan menggangu kehidupan dan pemikiran Melayu.Ini juga terpakai dalam kes-kes Melayu yg suka berdebat terutamanya dalam media sosial.Melayu yg dilihat "tidak Islamik" mengikut kacamata mereka dan bukan dari kultus mereka,akan sewenang-wenangnya disergah dan dibelasah dgn pelbagai fatwa dan fuck-wa.
Sepatutnya(jika Melayu begitu prihatin dgn nasib orang-orang kafir yg belum beriman),mereka lebih risau dengan kekafiran orang-orang Cina yg menganut agama Buddha atau orang-orang India yg menganut agama Hindu disekeliling mereka.Tetapi ini tidak berlaku.Mereka hanya sentap melihat sesetengah Melayu tidak "bodoh" dan tidak "biol" sptmana mereka.Lalu orang-orang yg tidak mahu mendengar pandangan "benar dan suci" mereka dituduh sebagai Anti Hadis,Liberal,Quranist,Wahabi,Syiah,kafir,zindiq,sesat dan pelbagai lagi gelaran-gelaran yg hanya memuaskan ego "suci" mereka.
Akhirnya masyarakat Cina terus-terusan menganut agama Buddha dan Kristian,masyarakat India terus-terusan menganut agama Hindu dan juga Kristian.Umat Melayu syok sendiri berpusing-pusing mendengar ceramah ostad "cari makan" sepanjang masa. Jadi dimana kejayaan "debat" ente semua selama ini?Bangsa lain tidak berselera utk memeluk Islam,umat Melayu pun ramai yg telah keluar dari Islam.
Telah 60 tahun negara Melayu Merdeka didiami oleh majoriti umat Islam,berapa kerat sangatkah masyarakat Cina dan India yg memeluk Islam kerana terpukau dengan "kepandaian Melayu berdebat"?Kesimpulannya,Melayu gagal dan terus gagal tapi bongkak dengan masyarakat Melayu Islam lain yg berfikiran berbeza dgn mereka.
Yang kelakarnya,Melayu dlm media sosial suka berdebat menggunakan kaedah "copy paste".Ini kerana otak mereka sudah "jammed" dengan pemikiran lojik dan waras.Lalu mereka akan seboleh-bolehnya menyalin(copy paste) pandangan-pandangan ulamak yg telah mati beratus-ratus tahun dahulu sebagai hujah.
Kalau ente rajin membuka website-website Melayu yg bercerita tentang agama,semuanya hanya "copy paste" pandangan-pandangan lama yg banyak tidak lagi releven dgn dunia skrg.Banyak juga kisah-kisah yg bila dibaca,kelihatannya hanya diperbesar-besarkan.Tetapi jika ada golongan Islam yg cuba mempertikaikan kisah-kisah sebegini,mereka akan di cop tidak beriman,sesat atau liberal.
Orang Melayu berfikir bahawa dengan "berdebat" atau berhujah mengenai "keagungan Islam" maka orang-orang kafir(termasuk Melayu yg dilabel kafir) akan cair dan lembut hatinya.Inilah namanya "delusional"atau syok sendiri.Pada hari ini,pada tahun 2017 ini,tidak ada orang kafir yg melihat Islam sebagai suatu "platform" atau "force" yg boleh mengangkat martabat sesuatu bangsa atau negara.Contohnya telah wujud di depan mata.Hampir semua negara Islam mundur ekonominya,teknologinya dan berantakan dengan isu-isu salah tadbir,rasuah dan pelbagai lagi isu-isu sejagat.Adakah ini impian tuhan ketika Dia "menurunkan" agama yg suci ini kpd manusia?
Kata Ostad,"nabi datang utk menyempurnakan akhlak(manner)".Tetapi yg berlaku kepada Melayu adalah sebaliknya.Melayu hanya mampu menyempurnakan minum air Yassin untuk mengubati akhlak anak mereka yg degil atau jahat.
Walau semaju mana pun sesebuah peradaban,akhlak akan sentiasa menjadi "penanda aras" bagaimana kemajuan itu ditafsirkan.Pada hari ini,kemajuan akhlak secara umumnya didominasi oleh orang-orang yg tidak pernah beriman kpd Allah.Kenapa?Adakah orang-orang ini membaca Quran dan Hadis?Jika tidak dari mana sumber "akhlak" itu ditemui?Jika bukan dari akal yg sihat dan pemikiran yg waras,dari mana lagi agaknya sumber-sumber kemajuan akhlak itu ditemui?Jika akhlak yg baik boleh ditemui tanpa merujuk kpd Quran dan Hadis,kenapa Melayu masih "menghafal" Al Quran?
Oleh itu Melayu,tinggalkanlah kesombongan utk berdebat dan memuji agama sendiri.Agama yg tidak dibalut dengan akhlak akan rosak.Jika sesama Islam(Islam Syiah,Islam Wahabi,Islam Liberal dll) pun Melayu tidak mampu menahan emosi,bagaimana mahu "berdakwah" dengan "musuh-musuh" Islam yg kafir?
BERTAUBATLAH MELAYU...

No comments:

Post a Comment