“Engkau bukanlah titisan dalam lautan.
Engkau adalah lautan dalam titisan.”
Engkau adalah lautan dalam titisan.”
[ Jalaluddin Rumi ]
Puisi di atas menyatakan dengan simbolik bahawa sesungguhnya makhluk (titisan) menampung Tuhan (lautan) dalam dirinya. Tuhan bersemayam dalam diri segenap makhluk, kerana itu setiap makhluk suci bagi makhluk lainnya. "Ke mana pun engkau menghadap, di sanalah wajah Tuhan" (Al-Baqarah: 115). Seperti ungkapan Syeikh Siti Jenar "Manunggaling Kawula-Gusti".
Tuhan tidak bisa engkau temui secara peribadi di masjid, gereja, tokong, kuil, atau kota-kota suci di dunia, kerana sesungguhnya Dia itu bersemayam dalam dirimu. Dirimu adalah Arasy-Nya dan juga Sidratul Muntaha-Nya. Sejauh apa pun perjalanan yang engkau lakukan, muaranya adalah dirimu sendiri juga. Engkau adalah Yang Awal dan Yang Akhir dari sebuah perjalanan.
No comments:
Post a Comment