MELARIKAN DIRI
Al kisah, Socrates dijatuhi hukuman mati kerana dianggap menentang dewa-dewa dan menyebarkan gagasan baru yang merosakkan pemikiran generasi muda. Padahal, yang ia lakukan semata-mata bertanya kepada setiap orang yang ditemuinya, kepada cendekiawan ahli agama yang dianggap bijak, tentang berbagai pengetahuan dan kebajikan. Melalui cara tersebut, nyatalah bahawa para pemuka yang bijak itu tidaklah seberapa bijak.
Pelbagai kejadian berlaku gara-gara Socrates, sehingga ia disidang dan dinyatakan bersalah. Namun, Socrates menerima hukumannya dengan tenang. Bahkan ia menolak bantuan kawan-kawannya untuk melarikan diri. Dia mengatakan tidak takut akan hukuman atau kematian. Sebab, rasa takut hanya akan dimiliki oleh orang yang bersalah.
Ia pun berkata, “Apakah melarikan diri merupakan perbuatan yang adil? Sungguh tidak adil membalas ketidakadilan dengan ketidakadilan lainnya.”
No comments:
Post a Comment