Wednesday, 4 January 2017

Pondok

Terasa jugak nak buat syarat pencapaian "A" UPSR atau PT3 sebagai kelayakan masuk ke Pondok An Nuur. Kerana sudah pasti lebih mudah mengajar pelajar2 yg pintar berbanding pelajar2 yg kurang pintar. Lagi pun kalau ramai pelajar pintar nama sekolah akan terkenal. Tapi ada beberapa Sbab sya tidak berbuat demikian;

1. Niat asal saya mengasaskan An Nuur ialah untuk memberi peluang kpd siapa sahaja agar dapat mempelajari agama.

2. Ketika saya masuk belajar di Pondok Pasir Tumboh, tokguru saya tidak meletakkan syarat 5A. Kalau mereka meletakkan syarat begitu nescaya gagal lah saya untuk masuk dan sudah pasti sampai sekarang sya sgt jahil tentang agama.

3. Semua org berhak untuk belajar. lalu saya buka kepada siapa sahaja. Hatta pelajar yg saya tahu mempunyai rekod disiplin yg tidak baik di sekolah terdahulu. Kerana sya tetap meletakkan harapan ia akan berubah. Kerana manusia semuanya berpotensi untuk menjadi baik.

4. Ketika saya melancarkan derma untuk membangunkan pondok ini, ramai yg menghulurkan bantuan. Termasuk individu yg anak2 mereka kurang pintar. lalu mengapa saat kita memerlukan bantuan mereka kita tidak mengira bantuan itu dari org yg pintar atau tidak?. tetapi saat mereka memerlukan bimbingan dan didikan kita, lalu kita letakkan syarat kepintaran sebagai kelayakan.

5. Pengalaman mengajar saya; " dlm pencapaian pendidikan agama, belum tentu yg pintar akademik itu akan berjaya. Dan belum tentu yg lemah itu gagal". Begitu juga pendidikan akhlaq dan adab.

itulah alasan saya. Lalu dtg lah siapa pun asalkan punya keinginan untuk belajar insyallah mereka akan dibantu Allah. Cuma jgan lah yg punya penyakit kronik, atau penagih. Bukan kerana kami memandang hina kpd mereka tetapi kelemaham kami yg tidak punya tenaga yg cukup untuk mengendalikannya.

Bagi pusat2 pendidikan yg membuat tapisan kemasukan sudah tentu ada alasan mereka sendiri dan kita perlu menghormati alasan mereka. Yg penting kita semua sedang bekerja untuk agamaNya.

UMS
Gombak Selangor
30/12/2016

No comments:

Post a Comment