PENGENALAN SEJATI
Apabila Nur Rahmani (cahaya Allah) menzahirkan dirinya tanpa tabir Rabb, ianya tidak ada warna, kualiti, dan persamaan. Dalam hal ini, tidak ada barat dan tidak ada timur, tidak ada kiri dan tidak ada kanan, tidak ada bawah dan tidak ada atas, tidak ada masa dan tidak ada ruang, tidak ada siang dan tidak
ada malam.
ada malam.
Ertinya : "Dengan Allah, tidak ada pagi atau petang"
Bayazid Bistami pernah berkata;
"Aku sampai kepada Allah dengan dua langkah.Satu kaki atas nafs saya sendiri, dan satu lagi di lorong yang dicintai”.
Kebanyakan orang berkata ini bererti berlawanan dengan Nafs dan Mujahadah. Sebenarnya satu kaki dalam manifestasi (alam) dan yang lagi satu dalam wujud "ke-AKU-an" salik. Satu dalam memahami diri dan yang lagi satu dalam memahami Allah.
Ertinya: "Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada Tuhannya".
Menurut pandangan orang-orang Mazhab Syatariyah, di situ tidak ada bersalahan nafs atau Mujahadah; dan juga tidak ada fana atau Fanaul-Fana, kerana Fana memerlukan dua diri, satu yang hendak difanakan dan yang satu yang hendak diwujudkan, maka ini berlawanan dengan Tauhid. Orang-orang Syatariyah mengakui tauhid dan memandang Zat dengan Sifatnya dalam semua peringkat dan tajalliyat.
Nabi berkata : “Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada Tuhannya”.
Beliau tidak berkata : “Siapa yang menyalahi nafsnya, kenallah pada Tuhannya”.
Mereka melihat 'tidak ada tanda' dalam tanda-tanda di mana-mana sahajakebendaan dan keruhanian. Semua objek adalah bayangan Wujudnya dan pergerakan objek adalah diperlukan oleh tajalliyat asma dan sifat.
Apabila tajaliyyat bergerak, bayangannya (objek) pun bergerak. Yang bermakna : "Tidak ada yang bergerak, melainkan dengan izin Allah".
Tidak ada yang wujud melainkan Allah. 'Dia' Allah terzahir dalam bentuk 'Aku' salik. Oleh itu memahami 'aku' sendiri adalah memahami 'Dia' Allah.
Dia lah yang mengetahui dan yang diketahui-
"Aku kenal Allah dengan Allah"
"Aku kenal Allah dengan Allah"
Bererti : "Dan Dia dalam nafs kamu dan kamu tidak nampak Dia" [Surah Adz-Dzariyat : 21]
Memahami atau mengetahui Allah lebih dahulu dari mengetahui diri sendiri. Oleh itu mereka berkata ; "Lupa akan Allah adalah lupa akan diri sendiri".
Lupa datang kemudian daripada tahu. Seseorang yang lupa pada dirinya (nafs), lupa pada Tuhannya. Seorang Darwisy yang memakai pakaian hitam masuk ke dalam tempat ibadat Junaid Baghdadi. Apabila ditanya kenapa dia memakai pakaian hitam, Darwisy itu menjawab mengatakan Tuhannya telah mati. Dia dihalau keluar tiga kali. Kemudian baru diketahui yang Darwisy itu telah membunuh diri (nafs)nya sendiri dengan kerana kejahilan, dan oleh itu beliau memakai pakaian hitam.
Badan Nabi-nabi dan Wali-wali Allah bukan badan kebendaan (material) tetapi adalah badan keruhanian. Badan kami ialah ruh kami, dan ruh kami adalah badan kami, kata Muhibullah dari Allahabad.
No comments:
Post a Comment