Saturday, 14 January 2017

INSAN KAMIL MUKAMIL

INSAN KAMIL MUKAMIL
Manusia sejati atau lebih dikenali sebagai Insan Kamil mampu mengubah bentuk kejadian atau ciptaan, kerana dia berhubung erat dengan Pencipta sendiri. Dia adalah wakil sebenar kemanusiaan. Di dalam kesedarannya tidak ada sesuatu, malah dia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu. Tiada hijab dan tiada halangan di antara kewujudannya dengan Zat Allah.
Nabi Muhammad s.a.w. menggambarkan suasana demikian sebagaimana sabda baginda s.a.w. "Ada masa aku dengan Allah di mana tiada malaikat yang hampir dan tidak juga nabi yang diutus."
Maksud nabi di sini ialah kewujudan lahiriah yang sementara bagi Rasulullah s.a.w. sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan Allah ialah cahaya suci Muhammad s.a.w. iaitu kejadian pertama. Dalam suasana kerohanian itu, baginda s.a.w. sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya dengan Allah.
Baginda s.a.w. menggambarkan lagi suasana demikian, "Ada syurga Allah yang tidak ada mahligai dan taman-taman atau sungai madu dan susu, syurga yang di dalamnya seseorang hanya menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci."
Allah s.w.t. berfirman: "Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya dia memandang." (Surah Qiamat, ayat 22 & 23).
Pada suasana atau makam tersebut, jika seseorang makhluk termasuklah malaikat mendekatinya, kewujudan badannya akan terbakar menjadi abu. Allah s.w.t. berfirman melalui rasul-Nya: "Jika Aku bukakan penutup sifat keperkasaan-Ku dengan bukaan yang sangat sedikit sahaja, semua akan terbakar sejauh yang dilihat oleh pandangan-Ku."
Jibrail yang menemani Nabi Muhamamd s.a.w. pada malam Israk Mikraj, apabila sampai di Sidratul Muntaha, telah mengatakan jika dia melangkah satu langkah sahaja lagi, dia akan terbakar menjadi abu. Allahu Akbar

No comments:

Post a Comment