Wednesday, 11 January 2017

NAFAS

INGAT PADA TURUN NAIK NAFAS KITA
Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir (ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang ingat kepada Allah, walaupun kita dalam berkeadaan tidur atau dalam keadaan kita lupa atau lalai.
Nafas itulah yang dimaksudkan “Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara” di mana ia merupakan 7 sifat Allah yang sebenarnya adalah Roh.
Roh itu terdiri daripada sifat Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Samak, Basyar, dan Kalam, yang menggerakkan dan menghidupkan jasad yang padanya terdiri 7 lapis Langit, merujuk kepada 2 mata, 2 telinga, 2 lubang hidung, dan 1 mulut yang menjadi 7 lapis Langit pada kepala kita dan 7 lapis Bumi yang merujuk kepada 2 tangan, 2 kaki, 1 pusat, 2 kemaluan depan dan belakang pada tubuh kita.
Tidak bergerak jasad itu melainkan jasad itu digerakkan oleh Roh, dihidupkan oleh Roh yang tertakluk kepada gerak “Tidak berhuruf, Tidak bersuara” dan hakikatnya adalah Allah.
Roh adalah diri sebenar-benar diri yang pada istilahnya merupakan bayang Allah sebagai penyata utk menyatakan Allah di dalam diri mahu pun luar daripada diri.
Turun naiknya Nafas atau keluar masuknya Nafas dalam keadaan “Tidak Berhuruf, Tidak Bersuara” yang menyatakan Zat, Sifat, Asma, Afaal, Allah yang tertakluk di dalam “KUN FAYAKUN”.

No comments:

Post a Comment