Memohonlah kepada Allah supaya kita dapat redha kepada takdirNya dan dapat tenggelam di dalam perbuatan Allah.. Kerana, di situlah terletak kedamaian dan syurga dunia ini dan itulah pintu gerbang Allah yang agung serta cara mencapai kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNya yang beriman..
Barang siapa dikasihi oleh Allah, maka orang itu tidak akan disiksa atau dihukum di dunia dan di akhirat.. Dalam merasa redha kepadaNya dan dalam tenggelam di dalam perbuatanNya itu, terletak hubungan dengan Allah dan kebersatuan serta keterpaduan denganNya..
Daripada kitab 'FUTUHUL GHAIB'
oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
No comments:
Post a Comment