Wednesday, 11 January 2017

hakikat Allah

SESATKAH AKU?
Terlatah perkataan 'aku' dan
terlatah perkataan 'Allah'
“Apa yang dimaksud dengan takhta Allah?”, seseorang bertanya kepada Abu Yazid.
“Takhta itu adalah aku”, jawab Abu Yazid.
“Apakah yang dimaksud dengan ganjalan kaki Allah?”
“Ganjalan kaki itu adalah aku”.
“Apakah yang dimaksud dengan luh (tanda peringatan) dan pena Allah?”
“Luh dan pena itu adalah aku”.
“Allah mempunyai hamba-hamba seperti Ibrahim, Musa dan Isa”.
“Mereka itu adalah aku”.
“Allah mempunyai hamba-hamba seperti Jibril, Mikail dan Israfil”.
“Mereka itu adalah aku”.
Lelaki yang bertanya itu terdiam. Kemudian Abu Yazid berkata: “Barang siapa yang telah lebur di dalam Allah dan telah mengetahui keadaan sebenar mengenai segala yang ada, maka segala-galanya adalah Allah”.
Pengajaran:
Pengajaran yang dapat kita kutip dari kiasan cerita di atas ialah seseorang yang telah dalam berkeadaan mabuk kepada Allah dan seseorang yang dalam berkeadaan lebur dalam wajah Allah, mereka tidak lagi terpandang kepada keberadaan dirinya (tidak lagi terlihat dan tidak lagi merasai yang dirinya itu wujud). Seseorang yang telah dikatakan berada dalam keadaan zouk (karam) seperti itu, apa sahaja yang orang tanya kepada dia, dia hanya tahu jawab dengan dua perkataan, pertama menjawab dengan perkataan “aku” dan keduanya adalah dengan menjawab perkataan “Allah”. Walaupun mereka menggunakan dengan perkataan “aku”, aku di sini adalah merujuk kepada Allah (aku Allah). Sebutan perkataan aku oleh orang yang dalam berkeadaan zouk, berkeadaan fana, berkeadaan baqa dan dalam berkeadaan karam kepada Allah itu, adalah merujuk kepada Allah Taala. Sungguhpun mulut Abu Yazid menjawab dengan perkataan “aku”, namun aku di situ adalah merujuk kepada Allah!
Dalam penceritaan di atas, kita dapati Abu Yazid menjawab dengan perkataan “aku”, akulah takhta, akulah ganjalan kaki Allah, akulah luh hul mahfuz, akulah Nabi, akulah malaikat dan sebagainya itu, adalah menggambar dan merujuk kepada Allah Taala. Inilah yang dikatakan mabuk tanpa minum arak. Mabuk (zouk) kepada Allah itu, adalah mabuk yang melebihi mabuknya minum arak.
Janganlah kita menghukum sesat, salah atau terpesong akidah kepada mereka-mereka sebegini. Itulah makanya kata Imam Al Ghazali, kalau aku hidup sezaman dengan Al-Hallaj (Mansur Al Hallaj), tidaklah aku persetujui hukuman pancung terhadapnya. Al-Hallaj dan juga Syekh Siti Jenar telah dijatuhi hukum bunuh (pancung) adalah dikeranakan kata-kata sebagaimana kata-kata Abu Yazid. Kata-kata seperti itu, hanya difahami dan akan hanya dimengerti oleh mereka-mereka yang makrifat kepada Allah. Bagi mereka-mereka yang belum sampai kepada makam makrifat kepada Allah, itulah makanya timbul fitnah dan timbul tuduhan sesat dan salah terhadap ulama-ulama makrifat!
Seperkara lagi, kita ini sebenarnya sudah mati dan sudah tiada:
Apa lagi yang tinggal dan apa lagi yang tersisa pada kita. Kita sesungguhnya sudah dan telah pun mati sejak dari azali dan sejak dari dalam luh hul mahfuz lagi. Mati itu hanya sekali dan tidak berulang kedua kali. Kita ini sesungguh dan sebenarnya sudah dan telah pun mati. Janganlah bersifat hidup kerana sifat hidup itu adalah hanya milik dan hak Allah Taala. Kalau kita bersifat hidup dan Allah juga bersifat hidup, apa bezanya sifat kita dengan sifat Allah? Kalau kita juga bersifat hidup bermakna kita telah menduakan sifat Allah dan mengguna pakai sifat Allah. Kalau kita mengguna pakai sifat Allah, ertinya di sini kita seolah-olah menjadi Allah dan mengaku Allah (Nauzubillah Minzalik).
Inilah yang berlaku pada kita-kita sekarang, tidak sedar yang bahawasanya kita ini sebenarnya sudah dan telah pun mati!
Kalau kita sudah tidak ada, siapakah yang bersifat ada? Sesungguhnya yang bersifat ada itu, adalah hanya Allah. Jika yang tinggal itu hanya Allah, maka Allahlah yang berkata-kata. Itu makanya bila Abu Yazid berkata perkataan “aku” atau perkataan “Allah” itu, itulah yang dikatakan kata-kata Allah dan bukannya kata-kata Abu Yazid. Abu Yazid bersifat bisu. Orang yag bersifat bisu mana mungkin boleh berkata-kata. Melainkan hanya yang bersifat berkata-kata sahaja yang boleh berkata-kata. Inilah fahaman orang makrifat yang tidak dapat dijangkau oleh akal orang yang berilmu akal. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua. Amiin²

No comments:

Post a Comment