JALAN RASULULLAH S.A.W.
Tidak ada jalan, kecuali jalan yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w.. Tidak ada hakikat, kecuali hakikat yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w.. Tidak ada syariat kecuali syariat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.. Tidak ada aqidah, kecuali aqidah yang ditauhidkan oleh Rasulullah s.a.w.. Seorang makhluk, setelah diutusnya Nabi Muhammad, mereka tidak akan mendapatkan keredhaan Allah, tidak akan sampai ke syurga dan kemuliaannya serta melihat 'Wajhullah' melainkan dengan ittiba’ (mengikuti) kepada Rasulullah s.a.w. secara Zahir dan Batin.
Barang siapa yang tidak membenarkan apa yang diberitakan dan disampaikan atau mengikuti dengan jazamnya apa yang telah dinyatakan dan dilalui Rasulullah s.a.w, tidak berpegang dan tidak taat terhadap apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w, sama ada dalam perkataan yang batin (yang ada dalam hati) mahu pun perkataan yang zahir (dengan lisan dan anggota tubuh), maka dia tidak termasuk orang yang beriman.
Jika dia tidak membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, tidak taat kepada Rasulullah s.a.w, tidak tunduk, tidak taslim hatinya, dan anggota tubuhnya tidak melaksanakan sesuai dengan ketentuan Rasulullah s.a.w., maka dia bukan termasuk orang yang mukmin, apalagi dikatakan sebagai wali, meskipun dia terbang di udara atau berjalan di atas air
No comments:
Post a Comment