Friday, 28 October 2016

Hakikat Insan

SATU lagi artikel kontroversi yang boleh mendatangkan marah pada orang awam...
RASUL ITU ADA BERSAMA ANDA… DI DALAM DIRI ANDA! RASUL ANDA BERKATA-KATA DALAM BAHASA MELAYU…
Anda memerlukan dalil dalilNya? Hendakkan Pedoman Al-Quran?
Memang semua yang dipinta jawapan boleh aku huraikan..
Firman Firman Allah : Dari pelbagai Surah & Ayat Ayat ; Yang Bermaksud :
Dan pada Diri kamu, mengapa tidak kamu perhatikan?
Kami mengutusnya menjadi Rasul kepada segenap manusia...
Kami tidak mengutus seorang Rasul pun melainkan dengan BAHASA KAUM-nya supaya ia dapat memberi PENJELASAN dengan terang kepada mereka (Ibrahim : 04)
Nabi Muhammad itu iktibar Rasul Yang Zahir yang mempunyai Budi Pekerti Yang Tinggi sebagai contoh manusia untuk mendalami Ilmu Ketuhanan..
Rasul itu zahir di Mekah dalam Negeri Arab.. Maka wujudlah Al-Quran di dalam Bahasa Arab.. Ini adalah Hikmah Allah untuk mengujudkan Rasul di Mekah kerana menunaikan Doa Nabi Ibrahim a.s.
Bagaimana pula memahamkan makna Ayat 04 Surah Ibrahim yang mengatakan rasul diutus di dalam bahasa kaumnya?
Adapun Ayat ini jelas lagi terang sehingga berkilauan.. Kerana kilauannya memanah MATA, maka mata terus gelap dan berpinarlah mata Penggubal Hukum Syariat / Feqah..
Gelap mata zahir.. Tidaklah mengapa asalkan Mata Hati terang benderang..
Janganlah pula kita mengikut Ulamak Syariat penggubal hukum itu kerana Ayat Ibrahim 04 ini terang dan jelas.. Maka janganlah diubah-ubah, dikurang atau ditokok tambah..
Kalau kitab ini dapat difahami oleh anda sebagai orang Melayu, maka ini adalah kerana aku ini menjalankan TINTA RASULKU yang bahasanya Bahasa Melayu dan bukannya bahasa Arab..
Istilahnya aku ini, Orang Melayu, kaum kerabatku juga orang Melayu, maka Yang Mengajar ILMULLAH kepada aku adalah RASUL MELAYU.. Maksudnya Rasulku juga Melayu sebab aku ini berbangsa Melayu..
Kalau Rasulku orang Arab, maka mungkin Bahasa Arab yang diajarnya kepadaku yang melayu ini, maka setakat dengar sajalah nampaknya..
Bila tidak faham bagaimanakah aku boleh dapat Mengenal Al-Quran, Mengenal Allah dan mendapat RahsiaNya..
Ini adalah HIKMAH Mengenal Rasul Yang Sejati.
Datangnya dari NURULLAH.. Terbitnya dari air mani lelaki.. Suara itulah RAHSIA DIRI.. NAFAS itulah Rahsia Malaikat.. NYAWA itulah RAHSIA RASUL..
Eloklah kita tumpukan kepada NAMA RASUL kita itu.. Kenapakah ianya bernama MUHAMMAD (eja Mim – Ha – Mim – Dal)
Sesungguhnya Muhammad itu ialah IBU SEGALA ILMU DUNIA (LADUNI) kerana Allah jadikan Dunia dan segala isinya untuk MUHAMMAD..
SIAPAKAH RASUL ANDA ITU?
Firman Allah : Yunus : 47 bermaksud :
Dan tiap tiap umat mempunyai Rasul (nya)..
Firman Allah : Al-Baqarah : 213 yang bermaksud :
Manusia itu umat yang satu..
Firman Allah : Ali-Imran : 144 yang bermaksud :
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul..
Firman Allah yang terdapat di dalam Al-Quran telah menerangkan bahawa tiap tiap umat yang dalam erti kata lebih jelas TIAP TIAP ORANG mempunyai Rasulnya sendiri..
Maka Firman Allah ini manusia percaya.. TETAPI ulamak Syariat tetap tidak menerimanya.. Kerana apa? Mereka kata itu DAHULU, sekarang mana ada lagi Rasul? Bukankah Rasul sudah wafat?
Maka janganlah kita pertikaikan pendapat mereka itu.. Ini adalah kerana bagi orang yang belajar SEJARAH NABI sememangnya Nabi Muhammad ibnu Abdullah itu sudah wafat tetapi bagi orang YANG MENGKAJI AL-QURAN dari aspek KEIMANAN akan mendapat Petunjuk HAQ untuk mengenal akan NABI MUHAMMAD yang dikatakan telah wafat itu..
Maka setiap yang Allah wujudkan di muka bumi ini siap BERPASANGAN.. Ada Dunia ada Akhirat.. Pahala pasangannya Dosa, Loh pasangannya Kalam, Syurga pasangannya Neraka dan sebagainya..
SIAPA PULA PASANGAN NABI MUHAMMAD ibnu ABDULLAH?
Isterinyakah? Ya kata Ilmu Syariat.. BUKAN kata Ilmu Hakikat..
Adapun yang disebut PASANGAN itu adalah KEMBARNYA seperti Dosa & Pahala.. Maka jika dikatakan pasangan Nabi Muhammad adalah SITI KHADIJAH, maka ini amatlah tidak adil kepada isteri isteri baginda yang lain..
JAWAPAN SEBENAR ialah :
RASUL ZAHIR = Nabi Muhammad ibnu Abdullah
RASUL BATIN = Nabi Muhammad Mustaffa Rasullullah
Di atas Kebijaksanaan Allah Yang Maha Mengetahui, jika dihidupkan Nabi Muhammad tanpa wafat, nescaya umatnya TIDAK AKAN MENGENAL DIRINYA ALLAH itu.. Maka Amanat Allah kepada rasul agar Rasul mengajar umatnya MENGESAKAN ALLAH semata-mata dalam segala Amal Ibadahnya..
Firman Allah : Saba’ : 46 yang bermaksud :
Katakanlah sesungguhnya Aku hendak memperingati kepadamu SUATU HAL SAHAJA iaitu SUPAYA KAMU MENGADAP ALLAH berdua-dua atau SENDIRI SENDIRI.. Kemudian kamu fikirkan (lah)
Allah Berfirman kepada Rasul, maka Rasul sampaikan kepada umatnya.. Bagi umat YANG MAHU BERFIKIR dalam Hal Ketuhanan akan dapat jawapannya.. Bagi umat PAK TURUT yang hanya mengikut-ngikut akan dalam KERUGIAN.. Kerugian bagaimanakah itu?
Pertama : Ikut Hukum Allah tetapi TIDAK KENAL siapakah Allah itu! Kenal atau tidak dengan Allah? ENTAH jawabnya, guru kata berfikir dalam dalam tentang Allah itu hukumnya HARAM.. Maka haramlah Ilmu Ketuhanan itu.. Kenapakah berfikir tentang Allah itu dikatakan haram?
Kalau kita tidak tahu akan Allah maka nyatalah hanya takut pada Hukum tetapi tidak takut akan Allah.. Kalau kita takut akan Allah kenapakah kita tidak merapatkan diri kita kepada RasulNya dan bertanya kepada Rasul itu siapa itu Allah?
Tentu Syariat akan menjawab : Bukankah Rasul sudah wafat?
Balik balik wafat, wafat, wafat.. Apakah wafat itu? Wafat itu mati.. Apakah mati itu? Entah..
Kalau hendak juga jawapannya akan aku terangkan tetapi dengarkanlah lafaz kita ikut Firman Allah :
Al-An Am : 163 yang bermaksud :
Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah Yang Diperintahkan Kepadaku..
Manusia tahu bahawa Allah itu tidak boleh dipersekutukan, tetapi mereka tidak sedar bangun sahaja dari tidur mereka pun mulalah sekutukan Allah, ambil wudhu (subuh) sekutukan Allah, berjalan sekutukan Allah dan yang lebih berat bila Sembahyang, Puasa, Berzakat dan Menunaikan Fardhu Haji pun sekutukan Allah.. Subhanallah !!!
Ikut Hukum, tunaikan Rukun Islam tetapi semuanya MENSEKUTUKAN ALLAH.. Bagaimanakah ini boleh terjadi?
ZAHIRnya manusia ikut hukum dan menunaikan Rukun Islam.. Tetapi BATIN-nya bergelar SYIRIK KHAFI.. Kerana apa? Kerana manusia yang MENGATAKAN MEREKA-lah YANG BERBUAT segala Ibadah itu.. Kerana mengharapkan balasan PAHALA dan ganjaran SYURGA..
RASUL lagi...
Cuba anda tulis sendiri Nama Muhammad di dalam tulisan Jawi : Tulis dua nama Muhammad kerana sebenarnya ada dua Muhammad, satu Zahir dan satu lagi Batin..
MIM PERTAMA = Kepalanya manusia
HA = Tangannya manusia
MIM KEDUA = Pusatnya manusia
DAL = Kedua kaki manusia
Cantumkan kedua Ejaan
Muhammad anda itu.. Bukankah sudah lengkap GAMBAR MANUSIA yang mempunyai satu kepala, dua tangan, satu pusat, dan dua kaki?
Daripada Nukilan Dua Muhammad itu, maka TERCIPTALAH bentuk manusia yang lengkap, bukankah begitu?
Cuba anda eja dan tulis nama anda seperti anda lakukan kepada nama Muhammad tadi.. Adakah ia merupakan gambar manusia?
Ini adalah SATU MUKJIZAT..
Ada berbilion nama di dunia ini dulu, kini, dan selamanya.. Bila ditulis dalam huruf huruf Al-Quran.. Tidak akan jadi gambar manusia melainkan NAMA MUHAMMAD !!!
Maka nyatalah Muhammad itu adalah SIFAT bagi manusia jua yang ZAHIR.. Maka pasangannya adalah BATIN..
Yang Batin ialah yang bernama SUARA bagi Diri Zahir.. Ini dinamakan sebagai NYAWA.. Ianya BERSUARA tetapi suara itu sebenarnya adalah satu RAHSIA atau SIRR..
Kalau dipanggil ianya MENYAHUT, tetapi jika hendak dipegang atau dijamah TIDAK DAPAT.. Kerana apa?
Kerana MUHAMMAD MUSTAFFA RASULULLAH itu ialah NUR atau CAHAYA.. Kejadian yang terjadi dengan sendirinya..
MUSTAFA itu YATIM PIATU.. Maksudnya tiada ber-ayah dan tiada ber-ibu.. Jika tiada ibu, maka tiadalah ia diperanakkan..
"RASUL ITU ADALAH NYAWA ATAU NAFAS ANDA"
Rasul itu adalah Nyawa Manusia yang bermaksud MENYAMPAIKAN..
NYAWA & NAFAS
Adapun Nyawa itu terbahagi kepada 4 (Empat) Nama Nama iaitu :
NAFAS MULUT
ANPAS HIDUNG
TANAPAS ANTARA 2 TELINGA
NUPUS JANTUNG
Hidupnya Nafas kerana Anpas.. Hidupnya Anpas kerana Tanapas.. Dan hidupnya Tanapas kerana Nupus.. Hidupnya Nupus kerana HIDUPNYA ZAT YANG MELIPUTI sekalian Alam Badan dan juga Alam Maya ini..
Di sini penulis mengemukakan Nukilan perkataan RASUL yang dieja dalam huruf Jawi iaitu RA – SHIN – WAU – LAM (fakir)
RA = Nafas
SHIN = Anpas
WAU = Tanapas
LAM = Nupus
Nyatalah Muhammad itu SIFAT bagi Jasad dan SESIFAT dengan RUH atau Muhammad Mustaffa Rasullullah..
Nyata Rasul adalah NUR atau ANGIN pada zahirnya yang TIDAK NAMPAK dilihat tetapi ADA dan Memberikan kita Hidup.. Inilah Nyawa manusia yang keluar masuk 24,000 kali sehari semalam dengan gelaran NADI manusia..
Manusia yang TIDAK BERNAFAS tiada lagi denyutan nadinya, maka itulah MATI namanya..
Kalaulah kita tidur nadi kita terus juga berdenyut.. Tetapi jika tidur diangkat orang keluar, kita terus juga tidur ini namanya TIDUR MATI.. Ingatlah biarlah kita Tidur Mati asalkan kita jangan jadi HIDUP TETAPI MATI..
Apakah yang dikatakan Hidup Tetapi Mati itu?
Firman Allah :
Allah telah mengunci MATA HATI dan pandangan mereka dan penglihatan mereka ditutup..
Yang dimaksudkan Ayat di atas ialah manusia yang telah DISERU KE JALAN MENGESAKAN ALLAH namun mereka masih INGKAR dan masih menyatakan bahawa Syariat yang mereka ikuti itu yang betul..
Kerana apa?
Kerana Allah telah MENGUNCI MATI hati mereka.. Maka hiduplah mereka secara terus menerus mensyirikkan Allah.. Hidup dengan PERASAN dan bukan dengan PERASAAN..
Sesungguhnya Rasul hanya menyampaikan HAQ DIRI ALLAH yang ada kepada manusia dan terpulanglah kepada manusia itu sendiri menerimanya..
Kalau betul betul ikhlas mengerjakan Rukun, maka ini ada sedikit PANDUAN untuk mendapatkan PETUNJUK SIRATUL MUSTAQIM..
Buat SOLAT HAJAT waktu tengah malam.. Mohon buka pintu Makrifah kepada Allah..
Kemudian tidur semula...
InsyaAllah wahai orang orang yang beriman, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar sekalipun terdetik di hati..
Tetapi janganlah buat sekali sahaja kalau kita sakit, kalau makan ubat bukan terus sembuh.. Hilangnya sakit bukan kerana ubat tetapi kerana Keizinan Allah.. Ubat itu penyebabnya sahaja..
Sama juga dengan Ilmullah, Solat Hajat, Solat Tahajjud dan Zikir itu, Hanya Penyebabnya.. Kalau tidak buat pun jika Allah nak beri IlmuNya siapa yang dapat menghalang?
Firman Allah :
Akan tetapi Allah berbuat apa yang di-KehendakkiNya..
Tetapi ADAB-nya ada.. Kalau manusia berkehendakkan sesuatu ada dua jalan; pertama meminta, kedua mencuri.
Contohnya kita hendakkan burung merbuk yang merdu suaranya.. Diminta tuannya tidak hendak memberi, hendak dibeli tidak dijual.. Jika hendak sangat terpaksalah di-CURI.. Barulah sampai hajat dihati..
Sama jugalah dengan Wahdaniatullah ini.. Untuk Mengenal Allah perlu mendalami Sifat Tuhan.. Untuk mendapat Rahsia Tuhan perlulah Mengenal Rasul..
Tetapi satelah belajar Mengenal Rasul masih lagi tidak dapat berjumpa dengan Rasul.. Belajar Ilmu Ketuhanan masih lagi belum dapat berjumpa Tuhan..
Maka jalan yang akhir barangkali ialah Mengaku Jadi Tuhan.. Kalau kafir kata manusia, biarlah dia kata asalkan jangan Allah yang kata..
Lama kelamaan akan datanglah Rahsia Tuhan itu sendiri dan barulah manusia itu tahu ERTI ESA Tuhan itu bagaimana..
Namun janganlah berputus asa, kerana putus asa itu orang yang tidak beriman.. Allah ciptakan Rasul sebagai Pemberi Ingatan agar manusia jangan mensekutukan Allah.. Huraian demi huraian, Firman demi Firman, maka kalau masih tidak dapat banyak, dapat sedikit pun jadilah.. Maka yang SULIT itulah yang dapat mengingatkan manusia..
Adalah menjadi SATU AMANAT kepada Umat Islam agar Menemukan Diri mereka kepada Tuhannya.. Salah satu caranya melalui Rasul.. Yang telah kita tahu ialah rasul itu ialah NAFAS atau NYAWA atau RUH yang SESIFAT dengan NABI MUHAMMAD MUSTAFA RASULULLAHI TAALA.. Amiin²

No comments:

Post a Comment