9 JENIS ROH MANUSIA
Menurut ilmu makrifat, pada diri manusia terdapat sembilan jenis Roh. Masing- masing roh mempunyai fungsi yang tersendiri. Kesemua sembilan jenis roh yang ada pada manusia itu adalah seperti berikut :
1. Roh Idafi
Roh yang sangat utama bagi manusia. Roh Idafi juga disebut ”JAUHAR AWAL SUCI”, kerana roh inilah maka manusia dapat hidup. Apabila roh tersebut keluar dari tubuh, maka manusia akan mati. Roh ini sering disebut ”NYAWA”. Roh Idafi merupakan sumber untuk roh-roh lainnya. Tetapi sebaliknya kalau salah satu roh lain yang keluar dari tubuh, maka roh Idafi tetap akan tinggal di dalam jasad. Dan manusia itu tetap hidup.
Bagi mereka yang sudah sampai pada iradat Allah atau kebatinan tinggi, tentu akan dapat menjumpai roh ini dengan penglihatannya. Dan ujudnya mirip diri sendiri, baik rupa mahu pun suara serta segala sesuatunya. Bagai berdiri di depan cermin. Meskipun roh- roh yang lain juga demikian, tetapi kita dapat membezakannya dengan roh yang satu ini. Alamnya roh idafi berupa nur terang benderang dan rasanya sejuk tenteram (bukan dingin). Tentu sahaja kita dapat menjumpainya apabila sudah mencapai tingkat “INSAN KAMIL”.
2. Roh Rabani
Roh yang dikuasai dan diperintah oleh roh idafi. Alamnya roh ini ada dalam cahaya kuning dan diam tidak bergerak. Apabila kita berjaya menjumpainya maka kita tidak mempunyai kehendak apa- apa. Hati juga terasa tenteram. Tubuh tidak merasakan apa- apa.
3. Roh Rohani
Roh ini juga dikuasai oleh roh idafi. Kerana adanya roh Rohani ini, maka manusia memiliki dua kehendak yang berbeza. Kadang- kadang suka sesuatu, tetapi di lain waktu ia tidak menyukainya. Roh ini mempengaruhi perbuatan baik dan perbuatan buruk. Roh inilah yang menepati pada 4 jenis nafsu, iaitu :
• Nafsu Lawamah
• Nafsu Amarah
• Nafsu Supiyah
• Nafsu Mulhamah
• Nafsu Amarah
• Nafsu Supiyah
• Nafsu Mulhamah
Jika manusia ditinggalkan oleh roh rohani ini, maka manusia itu tidak mempunyai nafsu lagi, kerana semua nafsu manusia itu roh rohani yang mengendalikannya. Maka, kalau manusia sudah dapat mengendalikan roh rohani ini dengan baik, ia akan hidup dalam kemuliaan.
Roh rohani ini sifatnya selalu mengikuti penglihatan yang melihat. Di mana pandangan kita tempatkan, di situ roh rohani berada. Sebelum kita dapat menjumpainya, terlebih dahulu kita akan melihat bermacam-macam cahaya bagai kunang- kunang. Setelah cahaya-cahaya ini menghilang, barulah muncul roh rohani itu.
4. Roh Nurani
Roh ini di bawah pengaruh roh Idafi. Roh Nurani ini merupakan pembawa sifat terang. Kerana adanya roh ini menjadikan manusia yang dimaksudkan itu jadi terang hatinya. Jika Roh Nurani meninggalkan tubuh maka orang tersebut hatinya menjadi gelap dan fikirannya juga gelap.
Roh Nurani ini hanya menguasai nafsu Mutmainah sahaja. Maka apabila manusia dipengaruhi Roh Nurani maka nafsu Mutmainahnya akan menonjol, mengalahkan nafsu- nafsu lainnya.
Hati orang itu jadi tenteram, perilakunya pun baik dan terpuji. Air mukanya bercahaya, tidak banyak bicara, tidak ragu-ragu dalam menghadapi segala sesuatu, tidak bersangka buruk apabila ditimpa kesusahan. Suka, sedih, bahagia dan menderita dipandang sama.
5. Roh Kudus (Roh Suci)
Roh di bawah kekuasaan Roh Idafi juga. Roh ini mempengaruhi orang yang mahu memberi pertolongan kepada sesama manusia, mempengaruhi berbuat kebajikan dan mempengaruhi berbuat ibadah sesuai dengan kepercayaan yang dianutinya.
6. Roh Rahmani
Roh di bawah kekuasaan roh idafi juga. Roh ini juga disebut Roh Pemurah. Kerana di ambil dari kata ”Rahman” yang ertinya pemurah. Roh ini mempengaruhi manusia bersifat sosial, suka memberi.
7. Roh Jasmani
Roh yang juga di bawah kekuasaan Roh Idafi. Roh ini menguasai seluruh darah dan urat saraf manusia. Kerana adanya roh jasmani ini maka manusia dapat merasakan adanya rasa sakit, lesu, lelah, segar dan lain-lain. Apabila Roh ini keluar dari tubuh, maka ditusuk jarum pun tubuh tidak terasa sakit. Kalau kita berhasil menjumpainya, maka ujudnya akan sama dengan kita, hanya berwarna merah.
Roh jasmani ini menguasai nafsu amarah dan nafsu haiwani. Nafsu haiwani ini memiliki sifat dan kegemaran seperti binatang, misalnya pemalas, suka bersetubuh, serakah, mahu menang sendiri, pentingkan diri, dan sebagainya.
8. Roh Nabati
Roh yang mengendalikan perkembangan dan pertumbuhan badan. Roh ini juga di bawah kekuasaan Roh Idafi.
9. Roh Rewani
Roh yang menjaga tubuh kita. Apabila Roh Rewani keluar dari tubuh maka orang yang berkaitan akan tidur. Apabila masuk ke tubuh orang akan terjaga. Apabila orang tidur bermimpi dengan arwah seseorang, maka roh rewani dari orang bermimpi itulah yang menjumpainya. Jadi mimpi itu hasil kerja roh rewani yang mengendalikan otak manusia.
Roh Rewani ini juga di bawah kekuasaan Roh Idafi. Jadi kepergian Roh Rewani dan kehadirannya kembali di atur oleh roh idafi Demikian juga roh- roh lainnya dalam tubuh, sangat dekat hubungannya dengan Roh Idafi.
No comments:
Post a Comment