Monday, 17 October 2016

sufi

PANDANGAN HIDUP SEORANG SUFI
Marilah kita menjadi seorang sufi. Kerana kita adalah pengikut nabi yang telah disucikan dan dibersihkan. Marilah kita menjadi sufi, dalam menghadapi kehidupan sehari-hari, sufi dalam perniagaan, sufi dalam pergaulan, sufi dalam hidup kasih sayang, dan sufi dalam hubungan dengan Tuhan. Sufi sejati luas perasaannya, tinggi hikmahnya dan putus segala tali pengikat yang mengikat kebebasan jiwa, terikat oleh siapa pun, dan oleh apa-apa saja, selain terikat oleh Allah.
Sufi yang sejati meleburkan dirinya ke dalam masdar tempat asalnya, fana diri ke dalam baqa. Dalam manusia biasa, maksudnya dalam pandangan manusia biasa, Tuhan adalah yang maha kuasa atas alam ini. Alam ini dibolak balikkan, ditelentangkan dan ditelangkupkan oleh satu zat yang maha kuasa : ALLAHU AKBAR. Dalam pandangan sufi memandang bahawa Tuhan itu adalah hakikat ujud dalam hidup ini atau hakikat kekuatan dalam hidup. Kekuatan dan tenaga itulah menjadi gerak geri hati manusia bahawa gerak geri alam maya pada ini. Sufi yang sejati ialah : yang selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan lidah tidak kering-kering menyebut Allah, dengan maksud nyawanya tidak putus mengingat Allah. Meskipun lidah jasmaninya berdiam diri saja.
Sufi sejati telah putus segala-gala rantai yang beri batas dengan alam. Rohaninya terbang tinggi laksana burung yang terbang ke angkasa luas menyusup awan hijau, ditinggalkannya sangkar, naik ke atas puncak gunung, ditinggalkannya gunung naik ke atas awan hijau, dia bertakhta di atas awan hijau, dipandangnya sangat lemah sekali alam semesta ini, termasuk dirinya, kian lama kian terasa semakin lemah, AKUNYA : yang akhirnya leburlah AKU ke dalam hakikat AKU yang sebenarnya. Itulah ufuk tinggi luar biasa, kadang-kadang ia berjumpa dengan orang-orang suci, atau aulia Allah, dan wali Allah, serta orang-orang ahli tasawuf. Inilah mi’rajnya yang pertama bagi seorang sufi. Jadi kalau aku masih merasa aku, maka belumlah aku sampai kepada inti cinta. Kalau AKUKU : Aku leburkan ke dalam engkau, maka AKU adalah ENGKAU dalam segala hal.
Kini AKU tiada di sana. Hanya engkau tinggal semata. Sekarang AKU tak dapat berkata-kata lagi. Bagaimana AKU menerangkan tentang DIA. Sedangkan AKU dengan AKU, dan AKU dengan di mana. Kalau AKU kembali, maka dengan AKU kembali itu terpisah. Kalau AKU lalai, dengan lalai itu, AKU diringankan. Apabila AKU berpadu kembali barulah jiwaku menjadi tenteram dan damai/bahagia. Inilah pendirianku atau akidahku yang terakhir. Akhirnya : AKUKU LEBUR.
LAHURUFIN WALA SAUTIN, ertinya : Tiada huruf, tiada suara, tiada kata-kata, zat dirinya.
Jadi kalau seorang penuntut telah sampai kepada LA HURUFIN WALA SAUTIN : Maka pastilah ia faham akan apa-apa yang dibicarakan. Jadi siapa-siapa belum faham, bererti dia belum dapat menangkap segala perbicaraan yang amat halus ini dan sulit baginya untuk memahami. Demikianlah apa-apa yang dapat saya sampaikan. Amiin²

No comments:

Post a Comment