Tuesday, 25 October 2016

MENGENAL DUA MACAM MAQAM

MENGENAL DUA MACAM MAQAM
Dalam ILMU TAUHID telah dipecahkan kepada dua jenis maqam:
1). MAQAM FANA
Iaitu memandang dan bermusyahadah tentang EMPAT perkara = "TAUHIDUL AF'AL, TAUHIDUL ASMA, TAUHIDUS SIFAT, dan TAUHIDUZ ZAT".
2). MAQAM BAQA
Terdiri dari SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH, yang ertinya ;
"memandang yang banyak di dalam yang satu". Dan SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH, yakni memandang yang satu di dalam yang banyak.

MAQAM BAQA lebih tinggi dan lebih mulia daripada MAQAM FANA. Kerana, MAQAM FANA akan binasa dan lenyap di bawah AHADIYYAH ALLAH, sedangkan MAQAM BAQA adalah maqam yang tetap dan kekal di dalam WAHDIYYAH ALLAH.
Selain itu, MAQAM FANA adalah MAQAM dari pandangan, bahawa ;
TIADA YANG MAUJUD KECUALI ALLAH, sementara MAQAM BAQA adalah MAQAM dari pandangan, bahawa ALLAH dan QAYYUMIYYAH-NYA senantiasa menyertai setiap ZARRATTUL WUJUD (bahagian terkecil dari wujud), yang bererti ia QAIM (berdiri) di atas segala Wujud.
MAQAM BAQA dinamakan juga MAQAM TAJALLI, ZHUHUR (penampakan).

Penjelasan lebih lanjut mengenai MAQAM ini, dapat dilihat dari kalimat-kalimat berikut:
"AKU TIDAK MELIHAT SESUATU MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH BERSAMANYA."
"AKU TIDAK MELIHAT SESUATU MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH DI DALAMNYA."
"AKU TIDAK MELIHAT SESUATU MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH SEBELUMNYA."
"AKU TIDAK MELIHAT SESUATU MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH SESUDAHNYA."

MAQAM BAQA tidak dapat dicapai kecuali telah melewati MAQAM FANA. Dengan kata lain, MAQAM BAQA merupakan MAQAM yang dihasilkan dari MAQAM FANA.
Kerana dihasilkan dari MAQAM FANA, maka MAQAM BAQA tidak lain daripada FANA UL FANA (lenyap dalam kelenyapan), yang akan dicapai setelah fana. Amiin²

No comments:

Post a Comment