Friday, 28 October 2016

PENZAHIRAN


PENZAHIRAN
Segala sesuatu itu kenyataan Allah dari penzahiran Roh yang bersumberkan Allah..
Penzahiran Allah itu dinyatakan ke atas Roh.. Dan penzahiran Roh itu dinyatakan kepada makhluk (manusia)..
Bagi menampakkan, memberitahu, dan menggambarkan bahawa manusia itu tidak mampu melakukan segala sesuatu apa pun selain dariNya Allah.. Walaupun untuk beribadah sekalipun..
Manusia itu memerlukan Roh dari Allah untuk membolehkan manusia itu menzahirkan, dan menyatakan segala perihal makhluk..
Manusia itu memerlukan Allah untuk beribadah, manusia itu memerlukan Allah untuk Berkata2, manusia itu memerlukan Allah untuk pendengaran, manusia memerlukan tangan bagi kudratnya, manusia itu memerlukan mata untuk penglihatan dan sebagainya..
Jasad itu Roh.. Tanpa Roh matilah jasad..
Segala penzahiran Allah melalui Roh dan melalui jasad itu juga bagi menyatakan akan hebatnya Allah.. Memberitahu bahawa Allah itu Esa, Allah itu Wujud, Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu dan itu adalah kenyataan diriNya..
Rahman dan Rahimnya Allah itu telah menzahirkan diriNYA melalui perantara Roh.. Bagi membolehkan manusia dan segala makhluk ciptaanNya dapat merasakan, melihat akan kenyataanNya..
Walaupun Allah menzahirkan akan DiriNya melalui roh dan manusia, namun hakikat diri manusia itu sendiri masih tetap tidak ada..
Diri yang bertubuh dan berjasad yang kelihatan melalui penglihatan mata itu sebenarnya tidak ada dan tidak nyata.. Jasad yg bernama Ahmad ini juga tidak ada..
Apabila ditunjuk pada badan.. Itu bukan bernama Ahmad, itu merujuk kepada badan milik Ahmad..
Bila mana dipegang pada pipi.. Itu juga bukan Ahmad, itu adalah pipi milik Ahmad..
Tunjuk ke mana pun.. Kepala, tangan, kaki, dada, tulang, daging tetap tidak menunjukkan Ahmad.. Ia milik pada jasad yg bernama Ahmad..
Ternyata diri yang bernama Ahmad itu tidak ada.. Yang ada hanyalah Nama.. Nama sekadar untuk menunjukkan jasad yang bernama Ahmad itu agar boleh mengenal akan jasad..
Apabila direnung2 lagi.. Badan, pipi, tangan, kaki, kepala dan lain2, Ahmad juga tiada.. Prinsip yang sama apabila dicari, ianya tidak ada..
Tunjuk tangan nampak Kulit.. Tunjuk tangan nampak jari.. Tunjuk tangan nampak bulu.. Dibelah tangan nampak daging.. Dibelah daging nampak tulang.. tetapi tangan tidak juga kelihatan.. Yang ada hanya nama yg bernama tangan.. Sebegitulah Kiasannya terhadap Allah..
Umpama Cahaya dengan mentari, Api dengan panas, garam dengan masin.. Allah cahaya langit dan bumi.. Nampak ada tetapi tiada.. Allah itu berbeza dari makhlukNya sehingga ia tidak boleh dinampak walaupun kelihatan Ada.. Tidak dapat dirasa walaupun dapat merasakannya.. Allah itu meliputi.. Melangkaui segala sesuatu.. Amiin²

No comments:

Post a Comment