Saturday, 8 October 2016

hakikat


"..Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu.."
Janganlah kamu nampak ada wujud selain Aku.. Dan janganlah kamu sekali-kali menduakan cintaKu..
Maka itu.. Kembalilah kepadaKu..
Hilangkan ke-AKU-an kamu itu..
Kerana Aku dan kamu itu..
Bersatu tidak bercerai tiada..
Tunggal lagi Esa.

Himpunan Hadis-Hadis Rasulullah SAW
Dari Abu Musa r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada siang hari, dan membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
Hadis sahih, riwayat Imam Muslim.

No comments:

Post a Comment