Friday, 7 October 2016

Hakikat Insan

MAHABBAH
ABU NASR AS SARRAJ AT TUSI seorang tokoh Sufi terkenal membahagikan 'mahabbah' kepada tiga tingkatan :
1) Mahabbah orang biasa, iaitu orang yang selalu mengingati Allah SWT dengan zikir dan memperolehi kesenangan dalam berdialog dengan-Nya serta sentiasa memuji-Nya.
2) Mahabbah orang siddiq (orang jujur, orang benar) iaitu orang yang mengenal Allah tentang kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya dan ilmu-Nya. Mahabbah orang siddiq ini dapat menghilangkan hijab, sehingga dia menjadi kasyaf, terbuka tabir yang memisahkan diri seseorang dari Allah SWT. Mahabbah tingkat kedua ini sanggup menghilangkan kehendak dan sifatnya sendiri, kerana hatinya penuh dengan rindu dan cinta kepada Allah.
3) Mahabbah orang arif, iaitu cintanya orang yang telah penuh sempurna makrifatnya dengan Allah SWT. Mahabbah orang arif ini, yang dilihat dan dirasakannya bukan lagi cinta, tetapi diri yang dicintai. Pada akhirnya sifat-sifat yang dicintai masuk ke dalam diri yang mencintai. Cinta pada tingkat ketiga inilah yang menyebabkan mahabbah orang arif ini dapat berdialog dan menyatu dengan kehendak Allah SWT.

No comments:

Post a Comment