HATI
HATI adalah tempat di mana Tuhan mengungkapkan diri-Nya sendiri kepada manusia. Kehadiran-Nya terasa di dalam hati, dan wahyu mahu pun ilham diturunkan ke dalam hati para Nabi dan juga Wali-Nya.
"Ketahuilah bahawa Tuhan membuat batasan antara manusia dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya lah kamu sekalian akan dikumpulkan" (QS 8:24)
"(Jibril) menurunkan wahyu ke dalam hati nuranimu dengan izin Tuhan, membenarkan wahyu sebelumnya, menjadi petunjuk dan khabar gembira bagi orang-orang yang beriman" (QS 2:97)
HATI adalah pusat pandangan, pemahaman, dan ingatan (zikir)
"Apakah mereka tidak pernah berpergian di muka bumi ini supaya hatinya tersentak memikirkan kemusnahan itu, atau mengiang di telinganya untuk didengarkan? Sebenarnya yang buta bukan mata, melainkan "hati" yang ada di dalam dada." (QS 22:46)
"Memang hati mereka telah kami tutup hingga mereka tidak dapat memahaminya, begitu pula liang telinganya telah tersumbat" (QS 18:57)
"Apakah mereka tidak merenungkan isi Al-Qur'an? Atau adakah hati mereka yang terkunci?" (QS 47:24)
"Janganlah kamu turutkan orang yang hatinya telah Kami alpakan dari mengingat Kami (zikir), orang yang hanya mengikuti hawa nafsunya sahaja, dan keadaan orang itu sudah keterlaluan" (QS 18:28)
"Sesungguhnya telah Kami sediakan untuk penghuni neraka dari golongan jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak menggunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat, mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka adalah orang-orang yang alpa (tidak berzikir)" (QS 7:17)
IMAN tumbuh dan bersemayam di dalam hati, begitu juga kekafiran, kemungkaran serta penyelewengan dari jalan yang lurus.. Oleh sebab itu, Allah tetap menegaskan bahawa perilaku seseorang tidak hanya sekadar syarat sah rukun syariat sahaja, akan tetapi harus sampai kepada pusat iman iaitu "hati".. Amiin²
No comments:
Post a Comment