BUKTI BAHAWA NABI KHIDHIR MASIH HIDUP
Hadis-hadis yang menerangkan bahawa Nabi Khidhir masih hidup adalah:
1. Ad-Daruqutni meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas:
“Nabi Khidhir dan Nabi Ilyas bertemu setiap tahun saat musim haji, dan mereka berdua saling mencukur (tahallul) kepala satu sama yang lain.” Ibnu Hajar mengatakan sanadnya lemah. Sementara riwayat Ahmad dalam Az-Zuhd dan At-Thabrani dengan penambahan “Mereka berdua berpuasa Ramadhan di Baitul Maqdis.” Ibnu Hajar mengatakan sanadnya hassan.
2. Musnad Abu Usamah
“Nabi Khidhir di samudera dan Nabi Ilyas di daratan, mereka bertemu tiap malam di samping tembok yang dibuat Zulqarnain.” (Lihat Syawahid al-Haq halaman 200 tentang 4 hadis yang dibawakan Ibnul Jauzi)
Al-Hafiz Al-Munawi mengatakan bahawa hadis tentang ini dha‘if, akan tetapi menjadi kuat (hassan) kerana banyaknya riwayat dengan lafaz yang berbeza-beza termasuk dalam Al-Mustadrak. Dan kesimpulannya hadis-hadis di atas adalah hassan atau sahih bukan lagi dha‘if. (Faidh Al-Qadir juz 3 halaman 618-619)
Syaikh Yusuf An-Nabhani mengatakan: “Keterangan bahawa Nabi Khidhir masih hidup adalah sudah menjadi ketetapan para wali dan didukung oleh para ahli fiqh, ahli usul dan hampir majoriti ahli hadis, begitulah yang dikatakan oleh Syaikh Abu ‘Amr bin Ash-Shalah yang dinukil oleh An-Nawawi dan menyetujuinya.” (Syawahid Al-Haq halaman 198-200)
Beliau menambah, sejumlah masyayikh besar bahkan tidak terhitung jumlahnya, ada yang pernah berkumpul dalam satu majlis dengan Nabi Khidhir. Izzuddin bin Abdissalam saat ditanya apakah Nabi Khidhir masih hidup, beliau mengatakan: “Demi Allah, tujuh puluh para siddiqin mengkhabarkan bahawa mereka melihat Nabi Khidhir dengan mata kepala mereka.”
Kata beliau lagi (Yusuf An-Nabhani): “Demi Allah, telah mengkhabarkan kepadaku tidak hanya satu waliyullah, bahawa mereka pernah berkumpul dengan Nabi Khidhir. Bahkan demi Allah, para auliya’ mengkhabarkan kepadaku bahawa aku pernah berkumpul satu majlis dengan Nabi Khidhir dan bertanya sesuatu kepadaku dan aku menjawabnya, namun aku tidak mengenalnya kerana orang yang dapat mengenalnya hanyalah orang yang mempunyai nur (cahaya keimanan).
Keterangan ini disampaikan kerana Ibnul Jauzi ingkar terhadap masih hidupnya Nabi Khidhir serta menyelisih keterangan para wali yang siddiqin.
Menurut Al-Yafi‘i, keterangan yang diberikan Ibnul Jauzi dengan menyampaikan hadis-hadis tentang masih hidupnya Nabi Khidhir adalah saling bertentangan. Beliau ingkar tetapi anehnya juga meriwayatkan 4 hadis muttasil yang menerangkan tentang masih hidupnya Nabi Khidhir (Ibid. hlm. 200 dan Fatawi Haditsiyyah hlm. 218)
Di antara ulama yang mengatakan Nabi Khidhir masih hidup adalah:
1. As-Suyuthi dalam Khasha’ish
2. Wahb bin al-Munabbih dalam al-Mubtada’
3. Al-Khazin dalam tafsirnya
4. An-Nawawi
5. Ibnu Hajar al-Haitami dalam Fatawi Haditsiyyah
6. Al-Hafizh Ibnu Hajar
7. Ash-Shafuri dalam Nuzhatul Majalis
8. Imam Nawawi Banten dalam Nur azh-Zhalam. Beliau mengatakan masalah Nabi Khidhir masih hidup diperselisihkan ulamak namun pendapat yang boleh dipegang adalah Nabi Khidhir masih hidup.
9. Dan lain-lain.
2. Wahb bin al-Munabbih dalam al-Mubtada’
3. Al-Khazin dalam tafsirnya
4. An-Nawawi
5. Ibnu Hajar al-Haitami dalam Fatawi Haditsiyyah
6. Al-Hafizh Ibnu Hajar
7. Ash-Shafuri dalam Nuzhatul Majalis
8. Imam Nawawi Banten dalam Nur azh-Zhalam. Beliau mengatakan masalah Nabi Khidhir masih hidup diperselisihkan ulamak namun pendapat yang boleh dipegang adalah Nabi Khidhir masih hidup.
9. Dan lain-lain.
Bukti bahawa Nabi Khidhir masih hidup adalah:
1. Sayyidina Ali yang melihat Nabi Khidhir berada di Ka’bah. (Inayatul Muftaqir hlm. 52)
2. Al-Mursyi, murid Syaikh Abul Hasan asy-Syadzili mengatakan: “Nabi Khidhir masih hidup, dan aku benar-benar telah bersalaman dengan tanganku ini. Pernah suatu hari Nabi Khidhir mendatangiku dan beliau mengenalkan diri dan aku minta supaya diberi tahu tentang arwah-arwah orang muslim, apakah disiksa atau diberi nikmat? Andai datang kepadaku seribu ahli fiqh dan mendebatku bahawa Nabi Khidhir telah wafat, maka aku tidak akan mengikuti pendapat mereka.” (Al-Madrasah asy-Syadziliyyah hlm. 186)
3. Abul Hasan asy-Syadzili yang bertemu Nabi Khidhir di padang Aidzab. (An-Nafahat asy-Syadziliyyah hlm. 280)
4. ‘Umar bin Sinan mengatakan:
“Kami bertemu dengan Ibrahim al-Khawwash, aku berkata kepadanya: ‘Ceritakanlah kepada kami hal yang paling menakjubkan yang engkau lihat dalam perjalananmu!’ Ibrahim menjawab: ‘Aku bertemu dengan Nabi Khidhir dan minta untuk menemaniku dalam perjalanan, lalu aku khuatir malah merosakkan sifat tawakal aku (kepada Allah) dengan merasa selamat bersama dia, maka kemudian aku berpisah dengannya.” (Risalah al-Qusyairiyyah hlm. 166)
5. Bisyr al-Hafi menceritakan:
“Aku mendengar Bilal al-Khawwash berkata: ‘Suatu waktu aku berada di Padang Tih Bani Isra’il. Tiba-tiba seorang laki-laki menemaniku berjalan, dan aku kehairanan. Kemudian aku diberi ilham oleh Allah bahawa laki-laki tersebut adalah Nabi Khidhir. Kemudian aku bertanya kepada laki-laki tesebut: ‘Demi kebenaran Allah yang haq siapakah saudara?’ Laki-laki tersebut menjawab: ‘Aku saudaramu, Khidhir.’ Lalu aku katakan: ‘Bolehkah aku bertanya kepadamu?’ ‘Bertanyalah!’ jawab Khidhir. Lalu Bilal bertanya: ‘Bagaimana pendapat engkau tentang asy-Syafi’i?’ Khidhir menjawab: ‘Dia laki-laki yang shiddiq…’” (Ibid. hlm. 405)
Untuk penerangan yang lebih lengkap, sila rujuk ‘Inayatul Muftaqir karangan Syaikh Muhammad Mahfuzh Termas yang telah dikaji ulang oleh Syaikh KH. Maimun Zubair Sarang, sebuah kitab yang membicarakan tentang Nabi Khidhir secara lengkap yang dinukil dari kitab al-Ishabah karya al-Hafizh Ibnu Hajar.
No comments:
Post a Comment