MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT
Dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah itu, perlu tanjakan atau tingkatan-tingkatan dari satu tingkat ke tingkat yang lebih tinggi. Seperti lazim dikerjakan oleh Kaum Sufi yang merupakan kesempurnaan Agama Islam.
Sebagaimana Ilmu Tasawuf menerangkan, bahawa Syari’at itu hanya peraturan-peraturan belaka. Tarekatlah yang merupakan perbuatan untuk melaksanakan Syari’at itu. Apabila Syari’at dan Tarekat itu sudah dapat dikuasai, maka lahirlah Hakikat yang tidak lain dari pada perbaikan keadaan Ahwal. Sedangkan tujuan terakhir ialah Makrifat, iaitu mengenal Tuhan yang sebenar-benarnya serta mencintainya sebaik-baiknya. Syari’at ialah pengenalan jenis perintah dan Hakikat ialah pengenalan pemberi perintah.
Demikianlah maka benar sekali apa yang diterangkan oleh Imam Al Ghazali, merupakan jalan ini mendekat diri kepada Allah, memerlukan tanjakan-tanjakan batin. Hal ini perlu mengosongkan batin manusia dan mengisinya dengan zikir/ingat kepada Allah.
Sebuah Hadist Qudsi mengatakan :
“Adalah Aku suatu perbendaharaan yang tersembunyi. Maka inginlah Aku supaya diketahui siapa Aku. Maka Kujadikan makhluk.
Maka dengan Allah mereka mengenal Aku."
Maka dengan Allah mereka mengenal Aku."
Ali Bin Abi Talib bertanya kepada Rasulullah SAW :
“Ya Rasulullah, manakah Tarekat yang sedekat-dekatnya mencapai Tuhan?"
Yang dijawab oleh Rasulullah SAW :
“Tidak lain daripada zikir kepada Allah”
Pada Suatu hari datang seorang lelaki (Jibril) dan bertanya :
"Apakah itu Iman?"
Rasulullah SAW menjawab,
"Iman itu adalah : Engkau percaya adanya Tuhan. Percaya Malaikatnya. Percaya pertemuan Tuhan di Akhirat. Percaya Rasul Rasulnya. Percaya Hari Kebangkitan."
"Apakah Islam itu?"
Rasulullah SAW menjawab,
"Islam itu adalah menyembah Allah dan jangan persekutukanNya, menegakkan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan."
"Apakah Ihsan itu?"
Rasulullah SAW menjawab,
"Ihsan itu adalah keadaan engkau menyembah Tuhan, seakan akan engkau melihatnya, sekiranya engkau tidak melihatnya, maka Allah melihat engkau. (Al Bukhari)
No comments:
Post a Comment